Rate

BAB 4

Romance Completed 555

Natalya melangkah keluar dari lif. Dia hanya menurut apabila Zalna merengek ingin makan mihun sup Siam yang terdapat di foodcourt Paradise Parade. Zalna memang gemar makan makanan Thai. Mereka berada di tingkat dua kerana Natalya ingin mencuci gambar. Ketika mereka sedang menaiki escalator Natalya terpandang seseorang yang amat dikenalinya. Herman ! Herman sedang makan dengan seorang perempuan. Mesra bukan main. Zalna turut terlopong melihat Herman ada di situ. Maknanya benarlah kata-kata Zariff mengenai Herman .

Natalya seolah-olah terpaku di depan escalator tersebut. Zalna cuba menenangkan perasaan rakan baiknya dengan memegang tangan Natalya erat. Tiba-tiba Herman turut terpandang ke arah mereka. Pucat lesi muka jejaka itu.

Natalya berjalan melintasi meja pasangan tersebut sambil memandang ke arah perempuan yang duduk semeja dengan Herman . Zalna pula hanya mampu mengikut tanpa kata. Mereka memesan makanan dan kemudian duduk berdekatan dengan meja Herman . Natalya masih terus memandang pasangan tersebut. Matanya merah tanda dia sedang berperang dengan perasaan sendiri.

” Kau ok ke Nat ?” Zalna bertanya perlahan.

” Kau rasa apa yang patut aku buat sekarang?” Natalya menyoal semula

” Kalau kau rasa kau nak biar, kau duduk je dekat sini tapi kalau kau rasa nak buat Herman lagi gabra, kau pergi la tegur dia” apa punya cadangan aku bagi ni? Tapi Herman ni memang dah lebih. Kalau tak suka cakap jela tak payah nak tipu. Zalna berasa amat kasihan kepada Natalya .

Tiba-tiba Natalya bangun menuju ke arah meja Herman dan pasangannya. Zalna yang terpinga-pinga turut bangun mengekor. Nak serang Herman ke? Natalya bukan orang macam tu. Zalna bingung dengan kelakuan rakannya itu.

” Hai Herman . Ingat saya lagi? Tak sangka jumpa awak kat sini” Natalya tersenyum melihat Herman yang sudah tidak keruan itu. Pasangannya turut memandang ke arah kami.

” Amboi kau Herman … Dah ada awek baru bukan nak bagitau kitorang kan Nat ? Diam-diam je kau ek?” Zalna sudah mula faham permainan Natalya .

” Er… kenalkan ni Misha. Misha, ni Zalna dan Natalya . Kawan sekolah saya” Herman terpaksa memperkenalkan kami kepada pasangannya.

Misha bersalam dengan Zalna dan Natalya dengan ragu-ragu.

” Eh Herman ! Kami gerak dulu la. Makanan kami dah siap. Maaf la ganggu korang” Natalya mula ingin melangkah.

” Herman ” seru Natalya sambil tersenyum.

“Ya” Herman terkejut apabila Natalya memanggil dirinya.

” Semoga bahagia” dan Natalya terus berlalu. Zalna pula hanya mampu tersenyum kepada Misha yang sedang kehairanan. Nasib kau la Misha tiba-tiba jadi pelakon tambahan pulak. Sama macam aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience