Rate

BAB 3

Romance Completed 555

” Zalna! Tunggu! Aku ada benda nak cakap dengan kau sikit” Zariff berlari-lari anak menuju ke arah Zalna yang sedang membuat regangan untuk latihan hoki. Lah… Apsal pulak mamat ni jerit-jerit kat aku ni?

” Apa? Kau nak cakap apa?” Zalna melihat lelaki itu lengkap berpakaian sukan untuk latihan bola sepak. Muka handsome tapi sayang…Buaya…

” Semalam aku nampak kau dengan kawan kau kat Parade. Dia nama apa?”

” Natalya . Apsal? Kau nak try dia pula ke?” Zalna menyoal semula sambil mengerutkan dahinya. Takkan nak try kawan aku pulak?

” Lelaki yang duduk dengan dia tu pakwe dia ke?”

” Yela. Pakwe dia la. Memang tak ada peluang la kau sebab dia memang sayang kat pakwe dia tu” Zalna membalas pedas.

” Kalau aku cakap kat kau mesti kau tak percaya”

” Apa?” hah ni dah lain macam dah mamat ni

” Semalam lepas korang balik, aku tengok pakwe dia berkepit dengan perempuan lain pergi karaoke. Sumpah Zalna! Aku tak tipu. Kalau kau tak percaya kau tanya Fendy dengan Iqmal. Dorang pun nampak. Mesra semacam aku tengok. Sebab tu aku tanya pakwe dia ke?” Zariff bercerita serius.

” Kau biar betul Zariff ? Kau jangan nak main-main dengan aku. Kang kayu hoki ni jadi coki-coki pula dalam mulut kau” Zalna mula terbakar mendengar ayat yang terkeluar dari mulut Zariff .

” Sumpah Zalna! Aku tak tipu. Lagipun buat apa aku nak tipu kau? Aku bukan kenal kawan kau pun. Aku kenal kau je” Zariff mula geram apabila Zalna menyoal kejujurannya. Memang dia tiada kaitan dengan Natalya tetapi dia tak mahu melihat gadis itu ditipu oleh kekasih sendiri. Sejak terpandang Natalya tempoh hari dia sudah mula mengurangkan sifat kasanovanya itu. Hatinya seolah-olah sudah terpaut pada gadis berlesung pipit dan dagu terbelah itu. Eh tak boleh jadi!

” Betul ke Zariff ? Habis tu macam mana aku nak bagitau kat Nat ? Aku tak sampai hati la” Zalna mula mengendurkan suaranya.

Cakap-cakap dari rakan-rakan sepasukannya mengenai Herman mula menerpa. Mereka pernah terserempak dengan Herman bersama seoarang perempuan tetapi Herman menafikan bila dia bertanyakan soal itu kepada Herman . Selepas itu dia tidak pernah mengungkit soal itu lagi kerana tidak mahu dikatakan penyibuk. Sudahlah Herman tidak berapa menyukainya kerana selalu jadi ‘ubat nyamuk’ ketika dia dan Natalya berdating.

” Aku tak tau la Zalna tapi satu lagi aku nak bagitau kau” dahi Zariff mula merenik dengan peluh. Serba salah hatinya samada hendak memberitahu atau tidak isi hatinya kepada Zalna.

” Apa lagi?” Zalna masih bingung memikirkan soal Herman .

” Aku suka kawan kau. Sejak kali pertama aku pandang dia. Aku betul-betul ikhlas dengan perasaan aku kali ni. Aku tau kau mesti cakap aku playboy sebab aku ramai awek tapi sejak aku pandang kawan kau aku dah pencen jadi playboy. Dalam hati aku cuma ada dia saja. Dah lama aku pendam perasaan ni sebab aku rasa aku tak layak dengan dia lagipun aku kan ada bad reputation kalau bab hati ni” perlahan Zariff menuturkan kata-katanya sambil merenung jauh ke tengah padang.

Zalna pula ternganga dengan apa yang baru didengarnya. Biar betul mamat ni? Dia nak jadikan kawan aku mangsa dia yang ke berapa pulak? Tapi muka macam serius… Kesian pulak aku tengok. Gawat…

” Er… macam ni la Zariff . Soal Nat dengan Herman nanti aku cari jalan macam mana nak settle. Soal hati kau tu aku rasa baik kau cakap sendiri tapi kalau kau nak mainkan saja perasaan dia baik tak payah. Satu je aku nak pesan. Kau jangan mainkan perasaan orang sebab satu hari nanti mungkin orang akan mainkan perasaan kau pula” Zalna turut merenung ke tengah padang. Memang gawat la kali ni…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience