"Psst!"
"Hei..."
Kepala Norah tersentak. Dia mengangkat kepala dari mencatat.
"Hai... kau Norah kan?" tegur seseorang di hadapannya dengan tiba-tiba.
Membuatkan Norah terpaksa melarikan pandangannya sebentar dari Madam Sophie.
"Hai... dan kau?" balas Norah perlahan.
"Sana... ini Naylie... selamat datang..." gadis berambut kerinting paras bahu itu menghulurkan tangan ingin berjabat.
Tanpa berlengah, Norah menyambut tangan itu dengan senyuman di bibir. "Selamat berkenalan..." bisiknya perlahan-lahan.
Naylie, gadis berambut panjang paras dada, melirik Norah dengan minat. "Jadi kawan kami kalau sudi," ajaknya.
"Sure. Why not. Terima kasih..." angguk Norah perlahan.
Lalu dua orang itu pun kembali memandang ke depan. Fokus pada sesi syarahan Madam Sophie. Hampir sejam kemudian kelas itu berakhir. Pelajar-pelajar mula bergerak bangun dari situ untuk bubar. Ada yang bergerak ke Madam Sophie menghantar tugasan. Ada juga pelajar masih duduk berlengah di kerusi. Ada yang sudah tergesa-gesa menuruni tangga dari situ untuk ke pintu keluar.
"Hei, Norah... kelas kamu seterusnya apa? Mungkin kita akan sekelas. Boleh kita bergerak sama nanti," tanya Sana apabila dia dan Naylie sudah sedia hendak bergerak keluar.
Norah yang masih menyimpan pen dalam pencil case tersentak. Dia memandang ke arah Sana dengan kekok. "Administration and Management..." jawabnya.
"Oh ya ke... kalau macam itu mari la... kami pun ada kelas yang sama," ajak Naylie pula.
"Okay..." angguk Norah kerana berasa senang sebab dia dapat menemui kawan baru tanpa menyusahkan dirinya untuk mengenalkan diri dan mendekati orang lain.
Namun Norah yang masih kekok dan janggal itu lambat-lambat mengemas barang ke dalam beg galasnya. Apabila dia telah selesai, langkahnya terhenti apabila pelajar lelaki ber-hoodie yang dia nampak di laluan masuk tadi sedang mendekatinya dan berdiri di depannya dengan mengejut.
Agak takut dan gemuruh dengan kehadiran lelaki lampai itu, Norah hanya berdiri kaku memandang lelaki tersebut.
Takut dan tertunggu-tunggu. Itulah perasaan yang dirasai Norah. Tangannya erat mencengkam tali beg galas yang ada di bahu.
Here goes for nothing.
Greyson tunduk memandang Norah. Tidak menghiraukan dua hantu yang berdiri di belakang gadis itu.
"Berikan aku nombor telefon kau..." serahnya telefon skrin sentuhnya ke depan Norah.
Kening Norah terangkat. Matanya tunduk memandang telefon di depannya sebelum ke lelaki di depannya.
Ingat dia ini apa? Suka-suka sahaja meminta nombor.
"Maaf... saya tak kongsi maklumat peribadi pada orang yang tidak dikenali," tolaknya dengan nada tidak berminat.
"Hah! Apa dia!? Berani kau tolak permintaan Greyson?" sampuk Chester tiba-tiba dari belakang sewaktu menyandarkan lengan di atas bahu sepupunya. Dia menarik sengih meleretnya sewaktu melihat wajah Norah.
Perhatian Norah beralih pada Chester. Dia berkerut tidak suka. Hak alah mamat ini... menyampuk pula!
"Memangnya siapa awak berdua ini?" soalnya. "Saya kenal ke? Takkan?" balasnya dengan jengkel. Makin rimas dia dibuat dua orang ini. Sudahlah pelik... makin pelik dia perhatikan adalah! Ingat kacak dia akan hairan ke? Tolonglah! "Ke tepi! Saya ada kelas lain, nak pergi!"
Greyson maju satu langkah di depan Norah dengan mengejut.
"Nama aku Greyson Blake... panggil aku Greyson..." ajunya yang masih menyerahkan telefonnya kepada Norah. "Sebab kita tak kenal, aku nak kenal dengan kau..." dia memandang dalam-dalam ke wajah polos Norah. Nampaknya Norah benar-benar tidak mengingati dirinya siapa.
Telefon itu ditepis Norah. "Saya tak berminat. Excuse me!" dia menolak tepi lengan Greyson dan berjalan melewati Chester begitu sahaja dan menjauh dari dua lelaki itu.
Langkahnya diatur lekas ke arah pintu. Apabila dia keluar dari situ, Sana dan Naylie sedang menunggunya di depan bilik kuliah itu.
"Dah kenapa tadi itu?" tanya Naylie yang perasan apa yang berlaku di dalam tadi.
"Huh?" Norah memandang bingung ke arah Naylie. "Apa yang kenapa?" tanyanya.
"Greyson... dia minta nombor telefon kamu ke?" reaksi wajah Sana berubah sedikit dari mesra kepada tidak selesa.
Norah menjungkit bahu. "Dia ada minta... tapi aku tak beri... memangnya kenapa?"
Naylie ketawa. Dia merangkul lengan Norah dan membawa Norah pergi dari situ sebelum Greyson dan Chester berjalan keluar dari situ.
Tepat pada masa tiga orang gadis itu berlalu pergi, Greyson dan Chester tiba di depan pintu keluar tersebut. Mereka berdua memerhatikan langkah tiga orang gadis itu sekejap sebelum bergerak ke arah bertentangan.
Naylie tersengih, dia memandang muka Norah dengan kening terangkat sebelah.
"Well... kalau kau nak tahu, Greyson Blake adalah pelajar lelaki popular dalam fakulti ini... dia juga adalah pelajar lelaki paling berpengaruh dalam kolej ini. Mana-mana gadis yang belajar di sini pernah ada skandal dengan dia..." ceritanya. "Pendek ceritanya, dia adalah 'trouble bomb'. Kau libatkan diri dengan dia, masalah akan datang mencari kau..."
Mendengar hal itu, Norah memandang ngeri ke arah Naylie. Berasa tidak sedap hati. Entah kenapa dia agak terkilan mengetahuinya.
"Dan tak lupa juga... Ada gosip mengatakan Greyson ini gila... suka bercakap sendiri... Sama ada betul atau tidak, masih tak pasti..." tambah Naylie.
Sana melepaskan hela nafas panjang. Dia menyeluk tangan dalam poket jaket yang terpasang di badannya. Dia memandang ke depan. "Aku tak kisah kalau dia gila atau bukan... aku suka dia..." nyatanya. Mahu dua orang gadis di sebelahnya itu tahu yang dia ada perasaan pada lelaki itu.
Naylie berdecit menyampah.
"Nasihat sebagai kawan untuk budak baru macam kau... jauhkan diri kau sahaja, okay... dia dah repeat subjek untuk tahun ketiganya, kau tahu..." pesan Naylie dengan ikhlas. "Nak berjaya dekat sini... stay out of trouble, okay, my friend?"
Norah memandang Naylie dengan muka tidak pasti tetapi tetap mengangguk. Dia bukan budak kecil yang tidak tahu apa-apa. Sah-sah dia akan menjauhkan diri daripada Greyson selepas tahu siapa lelaki itu.
"Oh ya... kau duduk dekat asrama ke?" tanya Sana yang teringat sesuatu. "Atau rumah sewa?"
"Dorm persendirian," jawab Norah semasa memalingkan kepala ke arah Sana.
"Oh ya? Bilik nombor berapa? Boleh kita orang datang melepak nanti bila free..." sampuk Naylie dengan teruja sewaktu mereka bertiga berjalan beriringan merentasi koridor mahu ke bilik kuliah seterusnya.
"Boleh sahaja..." jawab Norah.
Share this novel