Bab : 2

Thriller Completed 6396

"Pastikan kamu telefon mak cik, okay?"

"Ingat, tekan satu ianya akan dihubung terus ke mak su kamu, tekan dua untuk dihubung terus ke pak su. Kalau ada apa-apa, kamu hanya perlu tekan nombor ini."

"Lagi satu, please, okay? Please pilih kawan dengan baik..."

Satu lagi pelukan hinggap di badan Norah buat sekian kalinya. Dia tidak dapat menghitung lagi pelukan yang diberikan kepadanya sejak dari sebelum bertolak sehingga tiba di sini.

"Saya akan baik-baik saja... janganlah risau sangat..." Belakang badan mak sunya ditepuk perlahan.

"Oh, sayang... terima kasih sebab kamu pilih untuk meneruskan hidup... kami benar-benar gembira mengenainya..." ucap pak sunya sebelum memeluk mereka berdua sekaligus.

Norah yang mendengar ketawa. Dia memejam mata dengan senyuman lebar di bibir. Berasa lucu dengan sikap overprotective pak cik dan mak ciknya terhadap dirinya. Dia faham kenapa mereka bersikap begini. Dan dia tidak kisah pun mengenainya. Malah dia berterima kasih kerana pasangan ini tidak pernah memberikan kasih yang berbelah bahagi terhadap dirinya.

"Norah sudah lewat ini... kelas pertama sudah pun bermula..." pintanya sambil menepuk perlahan lengan pak sunya lembut-lembut.

Mak su Norah melepaskan pelukan itu. Dia memberikan kucupan terakhir di tepi pipi lembut anak saudaranya dengan kasih. Rasa sebak mula menjalar ke dalam dadanya. Dia rasa gembira dan sedih pada masa yang sama. Gembira sebab anak saudaranya akhirnya dapat menjalani hidup dengan normal selepas ini. Sedih kerana ibu bapa Norah tidak dapat melihat anak mereka membesar menjadi seorang gadis yang cantik dan tabah.

"Terima kasih untuk segalanya... bye!" pamit Norah apabila pelukan mereka terlerai. Dia memandang wajah dua insan yang telah menjaganya selama empat tahun ini bersama senyuman lebar di bibir. Buat pertama kalinya dia dapat menjejakkan kaki keluar selepas bertahun-tahun lama terlantar di atas katil tidak sedarkan diri.

"Bye, sayang!" lambai pak su Norah sambil merangkul bahu isterinya dengan tangan sebelah lagi.

Tanpa berlengah, Norah pun berpaling ke arah pintu masuk fakulti. Ramai pelajar-pelajar sedang berlegar di sekitar kawasan laman depan pintu masuk tersebut. Semakin berkobar-kobar semangat di dadanya selepas melihat semua wajah ceria pelajar di situ. Namun sewaktu dia melewati kumpulan pelajar perempuan di depan laluannya, deruman enjin kenderaan yang kuat menyentak sedarnya.

Ketika itu, pelajar-pelajar di situ mula berpaling, mereka memfokuskan ke arah kereta mewah yang bergerak masuk ke kawasan parkir satu persatu. Dan setelah ia siap terparkir, maka pemandu kenderaan pun keluar seorang demi seorang.

Enam lelaki berjalan dalam kumpulan menyusuri laluan pejalan kaki itu dengan seragam. Menjadikan kehadiran mereka itu tarikan utama para pelajar di situ termasuk Norah sendiri.

Seakan terpana sendiri, Norah berdiri tegak di situ memandang lelaki paling hadapan di antara lima lelaki di situ. Seseorang yang mengenakan jaket di bahagian luar dan hoodie di bahagian dalam. Lelaki itu berjalan dengan pandangan mata tunduk memandang ke lantai sehingga melewati tempat dia sedang berdiri.

Seakan sudah biasa dengan perhatian yang diberikan, kumpulan enam orang lelaki itu berjalan dengan wajah dingin dan postur berlagak masing-masing. Mungkin bangga kerana menjadi perhatian semua di situ. Tetapi tidak orang yang berada di depan sekali.

Norah memerhatikan pergerakan kumpulan itu sehingga mereka hilang di muka pintu bangunan tersebut. Dia memandang tidak berkelip buat seketika. Entah kenapa hatinya terdetik apabila melihat lelaki ber-hoodie yang dipandangnya tadi. Sesuatu memberitahunya ada yang membuatkan dia tertarik untuk memandang lelaki tadi.

Tanpa berlengah, Norah bergerak ke arah pintu masuk yang sama dan menuju ke bilik kuliah pertamanya pada pagi itu di hari pertamanya.

Akhirnya dapat juga dia menyambung belajar. Disebabkan dia telah banyak ketinggalan dan telah hilang peluang, maka kolej swasta sahaja menjadi pilihan terakhirnya.

Maka dengan menggunakan hasil tabungan milik mendiang ayah dan ibunya, dia dapat memohon masuk ke sini. Dengan ini, tidak akan dia sia-siakan peluang yang telah diberikan kepadanya. Akan dia usahakan sebaik mungkin untuk tamat belajar di sini dan menjadi orang yang berjaya.

Kertas yang ada di tangan diteliti. Ingin memastikan dia menuju ke tempat yang sepatutnya. Norah kemudiannya mengatur langkah ke arah anak tangga untuk naik beberapa tingkat sebelum berhenti di sebuah koridor yang sudah pun lengang.

Apabila dia tiba, senyuman lebar terus terukir. Daun pintu yang tertutup rapat di depannya itu ditolak perlahan ke dalam.

Sebaik sahaja pintu itu ditolak, kaki kanan masuk terlebih dahulu sebelum dia berdiri di tepi podium kecil bilik kuliah tersebut. Seorang pensyarah wanita berdiri di situ memandang ke arah Norah seperti possum jumpa pisang. Mata pensyarah itu berkedip-kedip beberapa kali sebelum dia bergerak mencekak pinggang memandang Norah dengan pandangan menilai.

"Ya? Boleh saya bantu, pelajar?" soal pensyarah itu.

Semua penuntut yang ada di dalam ruangan itu memalingkan kepala ke arah gadis berambut pendek dan mengenakan beg galas di belakang yang asing bagi pandangan mereka di situ. Pertama kali mereka melihat kehadiran pelajar itu.

"Hai... selamat pagi. Nama saya Norah Grace. Saya adalah pelajar baru di dalam kelas ini," sapa Norah yang berjalan mendekati pensyarah itu lalu menghulurkan tangan mahu berjabat.

Pensyarah itu terkejut dengan tindakan Norah. Dia mahu tidak mahu terpaksa membalas huluran itu lalu berjabat tangan.

"Panggil saya Madam Sophie. Saya adalah pengajar kelas ini... rasanya saya telah diberikan makluman mengenai kehadiran kamu..."

Norah menggoncang jabatan tangan itu dua kali lalu menarik tangannya semula.
"Maaf kerana lewat. Pak cik dan mak cik saya enggan melepaskan saya..." beritahunya dengan senyuman mesra.

Madam Sophie berdengus kecil. Dia kemudiannya tersenyum senang kerana turut suka apabila Norah tersenyum kepadanya.

"Tidak mengapa. Kalau begitu, mari kenalkan diri kamu kepada rakan sekelas kamu yang lain..." tangannya diacukan ke depan pelajar-pelajar di situ.

Alahh...videonya dh dipadam. Tk de dh dlm ig.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience