Bab 2

Romance Series 3485

"Oi,Futaba,kau termenung apa tu?"Sakura mengawang-awangkan tangannya di hadapan mukaku.

"Oh,maaf.Aku teralit tadi,"aku berkata kepadanya.Macam lemah semangat aje.

"Kau ni,macam tak kena aje akhir ni,"Sakura berkata kepada aku.Kau tak tahu yang aku akan kahwin dalam masa sebulan!

"Aku kena kahwin,Sakura-chan,"aku berkata kepada Sakura.Terbeliak mata gadis tu.

"Kahwin?!Dengan siapa?"suara Sakura separuh menjerit.Habis tarik perhatian orang!

"Sakura-chan,perlahankan sikit suara!"aku menutup mulutnya dengan pantas.Dia mengalihkan tanganku.

"Maaf,tapi dengan siapa kau kahwin?"dia bertanya kepadaku lagi.

"Kau tahu,"aku berkata kepadanya.

"Kuroshi?!"dia terkejut.Ish minah ni!

"Kau gila ke apa?Takkan aku nak kahwin dengan si stalker tu?"aku memarahinya.Kuroshi ni budak yang pernah mintak nak masuk team Candy JEM.Tapi aku tolak.Dia tu gila!Dia suka stalker aku sebab suka kat aku.Banyak kali aku tolak dia tapi dia tetap macam tu.

"Habistu siapa?Takkanlah...."kata-katanya hanya tergantung di situ.Aku mengangguk.

"Kau biar betul?Last dia muncul pun minggu lepas,"dia berkata kepada aku.

"Dia muncul kat rumah aku hari Khamis haritu,"aku memberitahu Sakura.Aku menyerahkan sekeping kad kepadanya."Dalam sebulan lagi majlis ni,"aku berkata kepadanya.Dia hanya tersenyum hambar.

"Baiklah,saya akan beritahu yang lain ya?"dia berkata kepada aku.

"Beritahu Roku-kun dan kawan Kou yang lain juga ya?"aku berkata kepada dia.Dia hanya mengangguk.

Aku hanya merenung kosong bilik aku dan Kou ni.Kami sudah dikahwinkan sebentar tadi.Dia masih di luar berbual dengan Roku-kun dan yang lain.Lama tak jumpa katanya.Aku pula sudah masuk ke dalam keran macam tak ada mood saja.Pejam celik kami dah bergelar suami isteri.

"Futaba-chan,"suara tersebut buat aku terkejut.Ah,kawanku rupanya.Aku hanya tersenyum hambar.

"Akane-chan,Sakura-chan,"aku berkata.

"Kau ok tak dengan semua ni?Maksud aku,dia kan..."Akane tidak menyambung kata-katanya.

"Nak buat macam mana lagi,Akane-chan?Itu pun aku kahwin sebab mak aku,"aku berkata kepadanya.Kawan aku yang lain sibuk.Jadi dua orang ni jela yang dapat datang.

"Akane-chan,kau dan Roku-kun macam mana?"aku cuba mengalihkan topik.Rimas pulak dalam topik perkahwinan aku dan Kou.Dia hanya tersenyum saja aku tengok.

"Roku-kun baru aje jadi tunang aku sebulan lepas.Kemudian dia melamar aku semalam,"kata Akane sambil menunjukkan cincin emas bertatahkan berlian.Cantiknya.Aku melihat cincin di tanganku ni.Sama aje.Tapi yang Akane lebih cantik sebab orang yang dia cinta yang berikannya berbanding aku yang kena paksa ni.

"Tahniah ya,Akane-chan!Bila korang nak kahwin?"soalan Sakura membuatkan Akane tersipu.Aku hanya ketawa melihat telatah dua orang kawanku ni.

"Dalam tiga bulan lagi lagi katanya,"Akane menjawab.Haihh.Akane tiga bulan.Aku pulak sebulan aje!Akane dengan tunang 'express'nya.Aku pulak kahwin 'express'!

"Oklah,kami balik dulu ya?Bye,"mereka berlalu pergi.Aku berseorangan di dalam bilik ni.Kemudian aku terdengar pintu terbuka.Aku melihat kelibat di hadapan pintu.Kou...

Aku cuba untuk lari ke luar tetapi dia lebih pantas memegang lenganku.Aku terkejut dengan tindakannya.

"Jangan cuba nak lari,"dia berkata kepada aku.Dia menarik aku dekat dengan badannya.

"Lepaslah!"aku berkata dengan tegas kepadanya.

"Kalau awak keluar,pandai-pandailah awak jawab dengan mama.Dia suruh kita berehat dalam bilik,"dia berkata kepadaku.Dia ni...macam tahu aje aku takut dengan ibuku.

"Fine!"aku meloloskan diri dan mengambil baju dari dalam almari.Aku masuk kedalam bilik air untuk menukar baju.Aku terdengar suara Kou ketawa kecil di luar.Apa hal dia ni?Lain semacam aje aku tengok.Aku pun kenapa nerdebar sangat ni?Ishh!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience