Bab 8

Romance Series 3480

Hari ni merupakan hari istimewa.Hari ni merupakan hari perkahwinan Akane dan Roku!Kawan aku yang sorang tu mulalah gugup dalam bilik persalinan.

"Rileklah,Akane!Nanti awak terkencing dalam kain!"Sakura melawak bagi menghilangkan rasa resah Akane.

"Macam mana kalau betul-betul terjadi?"Akane terketar.Aduh,Sakura!Kalau buat lawak biarlah berpada-pada!Aku memukul lengan Sakura.

"Tarik nafas,Akane.Jangan nervous sangat.Mesti Roku pun sama.Jadi awak tak perlu risau,"aku berkata kepadanya.

"Ta..tapi,saya takut saya tak pandai jadi isteri nanti!"Akane berkata.

"Jangan risau.Awak cuma perlu patuh arahan suami awak,selalu jaga hati dia.Saya pun risau masa hari pertama saya dan Kou,"aku menceritakan pengalaman aku berkahwin kepada Akane.

"Walaupun kami kahwin paksa,cinta mula berputik antara kami membuatkan kami saling menyayangi.Kami melalui pelbagai pengalaman bersama,"aku berkata kepada Akane.Dia kelihatan tenang sedikit.

"Tapi awak berdua kan saling mencintai dari dulu lagi?"Akane berkata.

"Ya.Kemudian dia pergi.Saya rasa macam dikhianati.Hati saya bagaikan kaca terhempas di tanah.Dibuang begitu.Saya hilang rasa betapa seronoknya rasa cinta itu.Bila dia muncul,dia memberi warna semula pada hati saya yang telah kusam ni.Cinta saya pada dia mula berputik semula tanpa saya sedari.Akhirnya,kami saling memahami dan menunjukkan sayang kami.Awak dan Roku sudah lama menunjukkan kasih sayang masing-masing.Jadi jangan kehilangan peluang ni,"aku berkata.

"Emm,baiklah!Saya akan ikut cakap awak.Marilah kita keluar,"Akane berkata.Akhirnya berani juga dia.

Perkahwinan Akane berjalan lancar sekali.Aku begitu terharu.Selesai sahaja,aku pulang bersama Kou.

"Futaba,abang ada benda nak cakap,"Kou berkata saat aku membuka tali lehernya.

"Apadia,abang?"aku bertanya.Kou menunjukkan sepeket ubat kepadaku.Alamak!
? "Sayang ambil pil ni ke?"pertanyaannya membuatkan tanganku meluruh turun.Aku menggigit jari.

Aduh,kenapa boleh jadi macam ni?Aku ingat dia tak akan jumpa peket pil perancang tu.Yelah,aku ambil pil sebab risau 'melekat' nanti!Perlahan aku mengangguk.

"Sayang,sayang tahu tak yang abang suka budak-budak?Abang pun nak ada anak sendiri,"dia berkata dengan sayu.

"Futaba tak sedia nak ada anak lagi,"aku berkata.

"Kenapa tak beritahu abang?Kalau sayang buat macam ni,sayang buat abang rasa kena tipu,"Kou berkata lagi.Aduh..

"Abang,Futaba minta maaf.Futaba tak bersedia,"aku berkata kepadanya.Isteri apa aku ni?Baru tiga bulan kahwin,banyak salah aku dah buat.

"Tak apalah.Bila Futaba sedia,beri tahu abang.Bila Futaba sedia?"dia berkata.

"Emm,setahun?"argh,hentam jelah!

"Hah?!"

Alah,masalah betullah!Marah aku latu!Dua tiga hari ni dia tidur kat sofa aje.Nasib baik dia tido mati.Aku memapah dia naik ke atas.Bangun esok tu,dia hilang pulak.Pergi joging latu.Ke cari ketenangan?Jumpa perempuan lain ke?Aduh,sampai aku pun susah nak fokus buat sarapan.Takut dia jumpa perempuan lain ke?Wajahku berubah sugul.

Aku terdengar bunyi keriukan pintu.

"Abang dah balik,"dia memeluk aku dari belakang.Kenapa mood dia baik pula?Dia mesti jumpa perempuan lain ni.Balik aje gembira.Aku pantas meloloskan diri.Dia terkejut.

Selepas menghidangkan makanan,aku terus naik ke atas menguncikan diri di dalam bilik.Tangisan aku bergema di dalam bilik.

"Futaba?"suara Kou kedengaran dari luar.Aku hanya mendiamkan diri.Klik!Kunci pintu dibuka.Aku terkejut.Aku melihat Kou masuk.Aku berpaling ke arah lain.

"Futaba?Kenapa ni sayang?"aku terdengar suaranya lembut bertanya.

"Kenapa masuk?Ingat awak dah kisahkan saya,"aku berkata.Lagipun,memang dua tiga hari ni,dia selalu sibuk,balik lewat.Bila dia balik,waktu tu aku dah tidur.

"Kenapa pula?Futaba,abang ni sayang Futaba tau.Kenapa tak kisahkan sayang?"dia berkata kepada aku dengan lembut.

"Yelah,dah selalu balik lewat.Pastu pagi-pagi keluar.Pergi jumpa perempuan lain lah tu,"aku berkata kepadanya.

"Perempuan lain?Apa sayang mengarut ni?Abang balik lewat sebab abang ada banyak kerja.Pagi-pagi abang keluar pergi joging,"dia berkata lagi.

"Tak pun abang marah sebab Futaba tak bersedia lagi,"aku berkata sambil air mataku mengalir.Dia menarik aku ke dalam pelukannya.

"Abang memang marah.Tapi,abang juga kena hormat keputusan sayang yang tak bersedia lagi,"dia berkata dengan lembut padaku.

"Abang mencintai sayang separuh mati.Sepenuh hati.Sayang seperti nyawa abang sendiri.Hati abang tak mudah beralih pada perempuan lain,"dia berkata lagi.Aku terharu sangat.

"Maafkan abang sebab tak pedulikan sayang dua tiga hari ni.Dah,jangan nangis lagi ya?"dia mengesat air mataku.Aku memeluk dia.Dia membalas pelukanku.

"Maaf sebab tuduh abang yang bukan-bukan.Macam nilah,sayang buat keputusan dah sedia.Kalau tak boleh juga,kita sama-sama berusaha,"aku berkata kepadanya.

"Betul ni?"Dia berkata kepada aku.Aku mengangguk.

"Kalau macam tu,"dia menarik pinggangku dekat dengannya.Susah nak bernafas bila mukanya beberapa sentimeter saja dari aku.

"Ehem,sekarang ni tak boleh.Dah pagi.So jom kita breakfast ya,"aku pantas ke arah pintu.Saat aku ingin membuka pintu,dia membisik kepadaku membuatkan aku terkaku.Wajahku terasa panas.Dia terus keluar.Aku pun keluar untuk makan.Aku hanya menunduk sahaja semasa makan.Aku teringat kata-katanya.

"Kalau tak boleh sekarang,malam ni abang buat suprise attack,"wajahku terasa terasa panas sangat sekarang ni!Aku memjeling dia yang sedang tersenyum nakal kepadaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience