Bab 5:I care for you

Romance Series 3480

Aku mengelap muka Kou menggunakan tuala basah di tangan.Kemudian aku keluar untuk menyediakan makanan untukknya.Sebelum tu,aku menelefon ibu mertuaku.

"Helo?"aku terdengar suara di hujung talian.

"Helo ibu,ibu sihat?"aku bertanya dengan ramah kepadanya.

"Ibu sihat saja.Kamu dan Kou macam mana?"dia bertanya kepada aku.Wajahku menjadi suram.

"Saya ok je tapi Kou..."aku melihat bilik yang pintunya terbuka sedikit.

"Kenapa dengan Kou?"aku menarik nafas.Aku memberitahu segalanya kepada ibu mertuaku.

"Tak sangka dia sanggup jadi macam ni untuk saya,ibu,"aku berkata kepadanya.

"Dia memang sayangkan kamu,Futaba.Masa kami dah pindah,ibu asyik dengar Kou meracau nama kamu bila dia tidur malam.Dia asyik sebut perkataan maaf banyak kali.Dia buat begitu lama juga.Dalam dua tiga bulan,"ibu mertuaku menerangkan panjang lebar.

"Dia ada buat macam tu juga bila dia tidur tadi,"aku memberitahunya.

"Macam ni lah,dia selalunya cepat sembuh bila kamu ada di sisinya.Jadi,kamu cuma perlu pastikan dia cukup makan minum dan makan ubat.Ibu pergi dulu ya?"ibu mertuaku berkata.

"Baiklah,bu.Terima kasih,"dia menamatkan panggilan.Aku menyediakan sedikit makanan untuk kau.Aku membawa dulang naik ke atas.Saat aku memasuki bilik,aku melihat dia sudah bangun duduk di birai katil.Riak mukanya menunjukkan dia kelihatan lemah sekali.Aku meletakkan dulang di atas meja.

"Awak ok?Rasa lega sikit?"aku bertanyakan kepadanya sambil menekapkan tangan di dahinya.

"Umm,"itu saja yang dijawab.Rasanya dia letih sangat nak cakap.Aku mengambil bubur di atas meja aku menyudukan sesudu bubur kepadanya.Dia hanya membuka mulut dan makan.Selesai sahaja,aku mengambil besen yang berisi kain dan ais.Aku meletakkan kain tersebut di dahinya.Saat aku hendak pergi,dia memegang tanganku.Aku terasa bagaikan terkena renjatan elektrik terus melihat ke arah dia.

"Stay..."dia berkata kepada aku.Dia menarik aku dengan perlahan.Tapi aku tersadung lalu terjatuh di atas katil betul-betul di sebelahnya!Dia mengambil tanganku lalu diletakkan di bawah pipinya untuk dijadikan alas.Kehangatan dia demam turut menjalar di dalam darahku.Aku cuba untuk menarik tanganku tapi susah pula.Akhirnya,aku membiarkan sahaja tanganku berada di pipinya.Mataku juga terasa berat.Akhirnya,aku tidur di sebelahnya.

Aku membuka mata dan melihat Kou masih tidur di sebelahku.Aku perlahan-lahan menarik tanganku yang berada di pipinya.Aku mengurut sedikit tanganku yang terasa kebas.Aku melihat jam di dinding.Aku turun dan kudengar ketukan di pintu.Aku membuka sikit daun pintu.Aku tersenyum.

"Akane-chan!Sakura-chan!Asahi dan Roku-kun pun ada?"aku menjemput mereka masuk.Aku menyediakan minuman lalu membawanya ke depan.

"Apa khabar,Futaba?"Asahi(a.k.a Irfan dalam versi lama)bertanya kepada aku.Aku hanya tersenyum.

"Baik saja,Asahi.Kau dan Kaho-chan macam mana?"aku bertanya kepada dia pulak.Dia sekadar tersenyum.

"Dia dan Kaho-chan dah kahwin dah pun,Futaba,"Sakura berkata kepada aku.

"Ye ke?Bila?"aku melihat ke arah Asahi.

"Baru aje bulan lepas,Futaba,"dia berkata kepada aku."Kau dan Kou macam mana?"dia bertanya kepadanya aku.Erk?!

"O..ok saje,Asahi,"aku berkata kepadanya.

"Mana Kou?Tak nampak pun batang hidung dia?"Roku bertanya kepadaku membuatkan wajahku menjadi suram.Mereka semua tertanya-tanya.

PRANGGG!!!!Bunyi tersebut membuatkan aku dan rakanku terkejut.Aku bergegas ke atas.Apabila aku masuk ke dalam bilik,aku terlihat Kou terbaring di atas lantai.Mangkuk yang yang dingunakan sebentar tadi sudah pecah berderai di atas lantai di sebelahnya.Aku terus bergegas ke arahnya lalu menggoncangkan badannya.Dia bergerak sedikit.Syukurlah!

"Akane!Ambilkan penyapu di dapur,"aku berkata kepada Akane.Akane bergegas ke dapur.Dia kembali dengan penyapu.Aku mengangkat Kou ke atas katil.Aku menyapu bekas kaca yang berderai di atas lantai.Secara tak sengaja,aku terpijak sekeping kaca.

"Aduh!"aku melihat darah mengalir dari kakiku.Sakura terus mengambil tisu dan diserahkannya kepadaku.Aku mengambil dan menahan darah yang keluar.Aku menghela nafas lega.

"Sakura,tolong sapu dan buang kaca tu,"aku berkata kepada Sakura.Dia hanya mengangguk.Akane pula tolong membalut kakiku yang luka.

"Terima kasih.Awak semua dah boleh turun.Saya nak buat kerja kejap,"mereka hanya turun sejurus aku berkata begitu.

"Awak buat apa ni?Kalau nak apa-apa cuma panggil je saya!"aku berkata kepadanya.

"Maaf.Saya nak turun jumpa mereka.Tapi saya lemah sangat.Saya tak nak susahkan awak,"dia berkata kepada aku.Aku hanya menggeleng.Akhirnya,aku memapahnya turun ke bawah perlahan-lahan.

"Ok,duduk sini,"aku membiarkan dia duduk di sebelahku.

"Kou,lama tak jumpa,"Asahi berkata kepadanya.Kou hanya tersenyum lemah.

"Kenapa Kou boleh jadi macam ni?"Akane bertanya kepada aku.Aku menerangkan segalanya.

"Kemudian dia demam pulak tiba-tiba.Tapi dia degil nak turun ke bawah,"aku berkata kepada mereka.Mereka hanya mengangguk.

"Kalau kau demam pun Kou,tak payahlah turun.Terkejut aku tengok kau jatuh tadi,"Sakura berkata kepadanya.Aik,bukan ke kau bukan main benci dia dulu?

"Tak apalah,Sakura.Lagipun aku nak turun sebab lama tak jumpa korang,"Kou berkata dengan lemah.

"Kou,saya bawa awak naik balik ya?Saya nak awak rehat,"aku berkata kepadanya.Dia hanya menggeleng.

"Takpelah,Futaba.Saya masih boleh bertahan,"dia berkata kepada aku.

Kami semua berbual tentang masa kami semua pernah bersama.Kami bergelak ketawa.Kou pun adalah tersenyum nipis dan ketawa kecil.Aku lega tengok dia semakin pulih.Beberapa jam kemudian,semua rakan telahpun pulang.Aku memapah Kou naik ke atas semula.

"Awak rasa lebih baik?"aku bertanya kepadanya.Dia mengangguk.

"Terima kasih sebab jaga saya,"dia menarik aku dalam pelukannya.Aku terkejut.Aku meloloskan diri dengan pantas.

"Sa..sama-sama.Itu sebagai tanda terima kasih tolong saya semalam,"aku berkata kepadanya.Aku pantas keluar dari bilik.Berdebar betul bila aku dan dia.Aku tersenyum sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience