Bab 4

Romance Series 3480

"Kou,saya nak keluar,"aku berkata hanya sebegitu kepadanya.Dia yang sedang melihat telefon memandang aku.

"Dengan siapa?"dia bertanya kepada aku sambil matanya kembali melihat skrin telefon.

"Sakura,"aku membalas pendek.

"Hmmm,"dia membalas pendek.Kau ni cakap la betul-betul!Kau bagi ke tak?Aku menganggap dia membenarkan.Aku memakai kasut dan terus keluar.

~Kou POV~

Dia dan pergi ke?Aku mengambil jaket di dalam almari dan keluar dari rumah.Aku kena ikut dia!Satu saja tempat yang dia akan pergi.

~Futaba POV~

"Akane-chan!"aku memanggil Akane yang kulihat sedang berada di kedai buku.

"Futaba-chan?Sakura-chan?"dia kelihatan terkejut melihat aku disini bersama Sakura.Dia macam kalut aje aku tengok.

"Akane-chan,kau buat apa kat sini?"aku bertanya kepadanya.Dia seperti kalut sangat.Apa hal dia ni?

"Akane,"suatu suara memanggilnya membuatkan aku menoleh.Kemudian aku melihat semula ke arah Akane sambil tersenyum.Ooo,dating ye?

"Roku-kun!Lama tak jumpa,"aku berkata kepadanya.

"Saya pun sama Futaba-chan.Tahniah untuk perkahwinan awak dan Kou,"dia berkata kepada aku.Aku hanya tersenyum hambar.

"Saya dengar awak dan Akane-chan akan berkahwin dalam tiga bulan lagi,"aku dan Sakura mengusiknya.Dia hanya tersengih dan menggosok belakang lehernya manakala Akane sudah memerah muka.Hehe.

"Baiklah,saya dan Akane pergi dulu,"kata Roku sambil memimpin tangan Akane pergi bersamanya.Akane hanya menunduk.Aku dan Sakura hanya tersengih melihat dua merpati sejoli ni.

"Oklah Futaba,aku balik dulu.Mengamuk mak aku nanti,"dia berkata kepada aku.Aku hanya mengangguk.Dia berlalu pergi.Aku juga pergi.

Sunyinya tempat ni.Tiba-tiba aku ditarik dari belakang memasuki satu lorong sunyi.Aku melihat terdapat empat orang lelaki di hadapanku ini.Mereka hanya ketawa.

"Helo cik adik.Manis aje kami tengok cik adik ni,"salah seorang daripada mereka bersuara.Dia memegang lenganku.Aku menarik dengan kasar.

"Ooo,cik adik main kasar ye?Takpe," dua orang daripada mereka memegang kedua belah lenganku.Aku meronta untuk melepaskan diri.

"Hoi!Jangan kacau isteri aku!"aku kedengaran suatu suara menjerit ke arah mereka.Kou!

"Ish,kau mengganggu la!Guys,pukul dia!"dia cuba untuk menyerang Kou bersama seorang konconya.Tapi dia lebih cepat mengelak.Tapi kemudian dia ditumbuk dari belakang mengenai kepalanya.Badannya terhentak ke dinding.

"Kou!"itulah kali pertama aku menyebut namanya setelah lama aku menggunakan perkataan 'kau,aku'.Aku meronta untuk dilepaskan.

Dua orang tersebut memukul dan menendangnya berkali-kali.Darah mula tersembur dari mulutnya.Badannya mula luka dan lebam-lebam.Aku terus menendang salah seorang daripada mereka menyebabkan dia terjatuh.Seorang lagi cuba menyerang aku tapi aku lebih pantas mengelak dan memukul perutnya sehingga menyebabkan dia jatuh sebab senak.Aku melihat batang paip besi lalu memgambilnya.Aku terus menolak dua orang lelaki tersebut dan berdiri membelakangi Kou.

"Baik kau jauh!Kalau tak,mampus kau aku kerjakan sorang-sorang!"aku menjerit memberi amaran kepada mereka sambil mengacukan batang paip ni kepada mereka.Mereka mula takut.Akhirnya,mereka mula mengundurkan diri.Aku membaling batang paip ke tepi.Aku melihat ke arah Kou.Dia luka-luka dengan teruk sekali.

"Apa yang awak buat ni?Kenapa awak risikokan diri untuk selamatkan saya?!"aku memarahinya.Dia kelihatan lemah.Dia memegang pipku.

"Saya buat ni....sebab....saya cintakan awak,"aku tersentak.Air mataku mengalir?Kerana dia cedera?Tidak.Kerana aku terharu?Tidak juga!Aku memukul dadanya dengan perlahan.

"Lembab..."aku terus memukul dadanya lagi dan lagi."Lembab"aku mengulang perbuatan yang sama.

"Aduh,Futaba,berhenti,"dia mengerang kesakitan.Aku masih lagi tidak berhenti.Aku terus memukul dadanya dan mengulangi perkataan 'lembab' padanya.Akhirnya,dia memeluk aku untuk memberhentikan aku.

Aku membawanya pulang ke rumah.Aku mencuci luka yang berada di badannya.Saat aku menyentuh luka yang berada di pipinya menggunakan kapas basah,dia mengerang kesakitan.

"Hisss!"dia menjauhkan sedikit mukanya dengan kapas di tanganku.

"Tahanlah sikit,"aku berkata kepadanya.Dia masih degil.Ish,macam kucing aje aku tengok!Aku terus memegang tangannya menyebabkan dia diam.Terus aku membersihkan luka di pipinya.Dia menahan pedih di lukanya ni.Aku meletakkan ubat lalu membalutnya dengan kain kasa.Luka dia bahagian badannya yang lain pun aku bersihkan dan balut dengan teliti.Akhirnya,aku selesai merawatnya.Aku menyuruhnya menukar pakaian dan sediakan sesuatu untuk dimakan.

"Kou,saya sediakan bubur ayam kat awak,"kataku sejurus memasuki bilik.Dia sudah siap menukar pakaian.Dia duduk di birai katil.Aku meletakkan dulang di atas meja tepi katil.

"Awak lembab,"aku berkata kepadanya.

"Saya ikut awak keluar,"dia berkata kepada aku.

"Kenapa?"aku bertanya kepadanya.

"Saya risaukan awak,"dia berkata kepada aku.

"Kou,saya boleh lindungi diri sendiri,"aku berkata kepadanya.

"Habis tadi tu?!Tak ke naya ke kalau saya tak datang?"dia meninggikan suara kepadaku.Dia menarik tanganku dengan kasar.Dia mendekatkan mukanya dengan mukaku.Kou!Dia mencium bibirku.

"Lepaslah!"aku berkata kepadanya.

"Kalau awak tak datang pun saya boleh lepas lah!"aku berkata dengan kasar kepadanya.

"Awak jangan...uhuk,uhuk!"kata-katanya tergantung apabila dia batuk secara tiba-tiba.Banyak pulak tu.Aku terus menyerahkan segelas air padanya.Dia terus meminum air tersebut sehingga habis.Dia bersandar di birai katil.

Aku mengambil semangkuk bubur dia atas dulang dan menyudukan sesudu kepada Kou."Aaaa.."aku menyuruhnya membuka mulut.Pada mulanya dia agak kekok,tapi kemudiannya dia membuka mulut lalu aku menyuapkan sesudu bubur kepadanya.

Setelah habis semangkuk bubur tu,aku menyuruhnya memakan ubat.Kemudian aku menyuruhnya berehat.Aku menyelimutkan badannya lalu turun ke bawah untuk mem basuh pinggan.Kemudian aku mengemas dapur sikit.

"Uhuk,uhuk,uhuk!!"aku terdengar bunyi Kou batuk dari atas.Terus aku bergegas ke atas.Aku menuangkan air ke dalam gelas.Aku mengangkat sedikit kepalanya dan memberi minum air.Aku menurunkan kepalanya semula setelah dia habis minum air.Aku menekapkan tangan di dahinya.Panasnya!

Aku turun ke bawah dan menyediakan besen berisi air dan ais.Aku mengambil tuala kecil lalu rendamkan di ke dalam besen itu.Aku membawanya ke atas.Aku meletakkan kain tersebut di dahinya.Aku menyelimutkan dia hingga paras dadanya.

Adakah aku sudah lama menyiksa lelaki ni?Sungguh,aku berasa bersalah sangat.Mungkin dia telah lama selalu jadi begini.Aku melihat wajahnya yang sedang tidur.Saya tak marahkan awak,Kou.Saya masih lagi cintakan awak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience