Bab 3

Romance Series 3480

Aku membuka mata perlahan-perlahan.Aku tertidur ke tadi?Seingat aku, aku tidur atas sofa.Macam mana aku boleh tidur atas katil pulak ni?Aku dapat rasa pinggangku dipegang seseorang.Aku terkejut melihat Kou di sebelahku sedang memelukku.Ahhhh!!!Jeritan aku hanya mampu dilepaskan di dalam hati.Aku melihat ke siling dan melihat jam di dinding.Pukul 5.00?Lamanya aku tidur!

"Hmmm,"aku terdengar suara Kou.Aik,mengigau ke dia ni?Dia mengeratkan pelukan secara tiba-tiba.

"Futaba,maafkan saya.Jangan tinggalkan saya,"aku tersentak mendengar ayat yang keluar daripada mulutnya.Paling aku terkejut,dia menangis!Aku memegang pipinya.Aku mengesat air matanya.

"Kou,saya pun nak minta maaf.Saya tak patut marahkan awak terlalu lama,"aku berkata dengan perlahan kepadanya.Aku mendekatkan dahiku dengan dahinya.

"Futaba?"aku terdengar suara dia memanggil aku.Kali ni dia tak mengigau!Aku melihat wajahnya dan nampak matanya sudah celik.Alamak,macam mana ni?Aku menjauhkan diriku daripadanya.Aku duduk di tepi katil ni.Mukaku terasa panas.Aku menekup mukaku dengan tanganku.Dia turut bangun dan duduk di birai katil.

"Awak malu ke?"dia tersenyum nakal ke arahku.

"Hmph,tak hingin!"aku berkata dengan kasar kepadanya.Aku keluar daripada bilik ni.Besarnya rumah.Majlis kami buat kat rumah baru aku dan Kou.Mak aku mesti dah balik.Aku pergi ke dapur sebab lapar sangat ni.

Aku melihat ke dalam peti sejuk.Penuh.Lucu jugak bila teringat momen mak aku kalut suruh aku pindah apa yang patut kat rumah baru aku ni.Peti sejuk pun mak aku beli siap-siap apa yang patut.Hmmm,tak apa nak makan,aku masak aje la.Lagipun dah nak pukul 6 dah ni.Aku mengambil penyepit buaya di dalam bilik.Aik,tak ada pun Kou tu.Aku terdengar bunyi pancuran air di dalam bilik air.Dia tengah mandi agaknya.Aku menyepit rambut panjangku ni dan keluar untuk sediakan makan malam.

Aku sudah sedia menyiapkan makan malam.Aku ke bilik untuk memanggil Kou.Saat aku membuka pintu,aku hanya melihat kelibatnya berseluar panjang dan tidak berbaju.Dia sedang mengelap rambutnya menggunakan tuala.Dia beralih melihat ke arah aku.Muka berasa panas sangat ni!Terus aku mengalihkan pandangan ke arah pintu.

"Ce..cepat pakai baju,saya dah sediakan makan malam!"aku cuba untuk keluar tapi tangannya lebih pantas menahan aku ke arah dinding.Ekkk?!

"Muka awak merah,"dia berkata sambil tersenyum nakal ke arah aku.Dia mengunci pergerakan aku di dinding.

"Shut up!"aku menolak badannya.Ish susahnya nak tolak 'tugu' ni!

"Awak demam ke?Ke merah sebab malu tengok saya macam ni?"dia berkata lagi kepada aku.

"Tak pernah dan tak akan!"aku menolak badannya dengan lebih kuat.Dia hampir terjatuh ke belakang.Aku ingin menyambutnya tetapi badannya berat sampai aku pun terjatuh sekali.

Aku terasa sesuatu berada di mulutku.Apabila aku membuka mata,Kou dan aku tercium secara tak sengaja!Terus aku bangun dan berlari keluar ke dapur.Aku memegang bibirku.Tarik nafas...lepas.Tenang,Futaba.Benda biasa saja ni.No it's not!Hatiku yang lain berkata.Calm down,Futaba.

~Kou POV~

Aku menghempaskan badan di atas katil.How could it be?!Ok,calm down.Hanya benda yang biasa.Tapi, dia rasa biasa ke?Aku teringat kata-katanya semasa aku sedang tidur.Aku separuh sedar waktu tu.Aku terdengar kata-katanya yang dia memaafkan aku.Tapi,aku tak pasti.Ah,peninglah!!Aku meramas rambutku sehingga serabut.

Aku teringat setahun lalu...

"Kou!Buat la betul-betul!"Futaba memarahi aku.Aku dah penat lah!Aduhh...

"Saya penat lah!Bagi saya rehat jap,"aku mencebik sambil berkata kepadanya.Dia hanya ketawa.

"Sejak bila awak jadi macam budak-budak ni,Kou?"dia berkata sambil duduk di sebelahku.Dia menghulurkan aku sebotol air mineral.

"Mana yang lain?Kenapa kita aje?"aku bertanya kepadanya.

"Lagu ni tertumpu secara duet.Awak yang nak sangat kan bernyanyi duet dengan saya?"dia mengjongketkan keningnya.Aku memandang ke sebelah lain.Malunyaa..Itulah,siapa suruh kau galak sangat tawarkan diri nak nyanyi duet dengan Futaba.

"Yang lain akan datang hari lain untuk jadi backgroud singer,"dia menerangkan lagi kepada aku.

"Yelah,saya akan buat,"aku berkata lagi kepada dia.

"Hahaha!Awak ni selalu merajuk budak-budak,Kou!Hahaha!"aku dengar dia ketawakan aku.Aku pun ketawa sekali.

Tapi, di mana ketawa yang manis didengar pergi?Di mana senyuman yang membolehkan hati ni bagai terkena renjatan elektrik?Mana? Mana?Yang ada hanyalah EGO!Futaba,sayakah yang menyebabkan awak berubah sebegini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience