CHAPTER 6

Short Story Series 726

Suasana di jalan raya itu sungguh lengang.Tidak terlalu sibuk seperti hari yang lain.Aku memandu sambil mendengar lagu yang di dendang di radio kereta aku.Aku mahu pergi ke kedai buku yang terletak di Bandar Aman.Aku ingin mencari bahan bacaan untuk dibaca pada masa aku yang terluang.

Di kedai buku...

“Hermm buku apa yang menarik kat sini ek...”ngomel aku sendirian.
Tiba-tiba mata aku tertarik melihat sebuah buku yang bertajuk Warkah Cinta Buat Tentera.aku mengambil buku itu lalu membaca serba sedikit isi kandungan buku tersebut.

“Hrmmm menarik jugak buku ini..”bisik aku di dalam hati.

sedang membelek buku yang berada di tangan aku,tiba tiba-tiba terdengar suara garau dan sopan menyapa aku daripada belakang.

“Assalamualaikum cik..”ujar pemilik suara itu.

Aku menoleh kebelakang untuk melihat gerangan pemilik suara itu.Aku melihat satu sosok tubuh tegap yang menyarungkan pakaian celoreng tentera darat.Iya milik gerangan pemilik suara itu.

“Waalaikumsalam iya..?”jawab aku kepada pemuda itu dengan sedikit kehairanan.

“Siapa pulak askar ni..”bisik aku di dalam hati.

“Cik masih ingat saya lagi?Saya yang terlanggar cik di lobi kolej masa itu..Maafkan saya sebab masa tu saya tergesa gesa sampai terlanggar cik..Maaf sangat sangat cik saya tidak sengaja..”ujar pemuda itu terhadap aku dengan penuh serba salah

“Ouh iya iya saya ingat..Takpa saya dah maafkan awak..lagipun salah saya juga sebab tergesa gesa juga.”jawab aku sambil tersenyum terhadap pemuda itu.

“Sebagai tanda untuk saya memohon maaf kat awak sebab
terlanggar awak..Boleh saya nak belanja awak makan tengahari dekat kedai makan area sini?Awak sudi?”tanya pemuda itu terhadap aku.

“Erm maaf awak tapi saya terpaksa balik sebab ibu saya tinggal seorang diri dekat rumah.Mungkin lain kali kita makan sama sama..”jawab aku sambil menolak pelawaan pemuda itu secara baik.

“Tolong terima pelawaan saya...Lagipun saya belanja awak makan sebab saya rasa tidak cukup hanya memohon maaf..izinkan saya bawa awak sebagai tanda mohon maaf terhadap awak?”ujar pemuda itu sambil memujuk aku.

Aku serba salah untuk menolak pelawaan pemuda itu kerana riak wajah pemuda itu sungguh ikhlas untuk belanja aku makan sebagai tanda mohon maaf dia terhadap aku.

“Okay baiklah saya terima pelawaan awak..”ujar aku sambil tersenyum melihat pemuda itu.

Akhirnya aku terpaksa mengalah untuk menolak pelawaan pemuda itu.Kami bersama sama pergi ke restoran yang berdekatan kedai buku dan juga tempat parkir kereta aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience