....Tanpa aku sedari,kejadian pelanggaran antara aku dan juga pemuda di pagi hari tersebut sering bermain di minda aku.
“Siapa pemuda yang langgar aku tadi tu?Kenapa aku rasa dia lain daripada yang lain?”ngomel aku sendirian seperti orang yang....DILAMUN CINTA!!!!
“Haaa Dhia,kau kata kat aku malam tadi kau ada jumpa buku aku kat atas meja kelas..Mana buku tu?kau bawa tak weh?”ujar Nad kepada aku.
Aku yang termenung jauh tidak mendengar soalan yang telah diajukan oleh sahabat aku itu.
“Ya Allah Dhia aku tanya kau ni ada tak bawa buku tu?Kau sihat tak ni?”ujar Nad terhadap aku sambil mengetuk meja menyebabkan aku tersentak daripada lamunan aku sebentar tadi.
“Ya Allah kau ni Nad!tanyalah elok elok..ni tak yang kau ketuk meja ni dah kenapa?”ujar aku sambil mengusap perlahan dada aku disebabkan kerana terkejut akibat kelakuan Nad sebentar tadi.
“Ya Allah aku dah tanya kau Dhia sayang.....tapi kau tu termenung macam orang mati laki..!”jawab Nad terhadap aku.
“Alaaa sorry lah sorry sorry..Haa kau tanya apa tadi?”jawab aku dengan membuat muka selamba.
”Aku tanya kau..Kau kata kau ada jumpa buku aku atas meja dalam kelas..jadi kau bawa tak buku tu?tanya Nad lagi sekali kepada aku.
“ohh kejap ekkk...”ujar aku kepada Nad.
Aku menyelongkar perut beg milikku untuk mencari kelibat buku milik sahabatnya itu tetapi.....TIADA!!!!
“Alaaaa Nad sorry aku terlupa bawak tertinggal atas katil aku..Sorry wey...Next class aku bawa buku kau okay”ujar aku kepada Nad.
“Haa yerlaa nanti bawa tau Dhia....jangan lupaa...”..pesan Nad kepada aku.
“Iya syantikk nanti aku bawak okayy”ujar aku kepada Nad.
“Okaylah aku balik dulu sebab ada hal sikit okayy..jumpa next class Dhia cantik..”ujar Nad sambil berjalan ke arah tempat meletak kereta.
“okayy wehh take care Nad..enjoy your weekend okay”jawab aku kepada sahabat aku sehingga Nad hilang daripada pandangan aku.
“Aduhh macam mana ni...aku bawa buku tu tapi asal tak ada pulak...”Ngomel aku sendirian.
“entah entah buku tu......PEMUDA YANG LANGGAR AKU TU TERAMBIL!!!!!!!”ngomel aku terhadap diri aku.
“Mana pulak aku nak cari pemuda tu aduuuhhh haihhh dah lah muka pun tak cam ni kan pulak nak cari.!Ya Allah kau temukanlah aku dengan lelaki tu”ujar aku sendirian.
Share this novel