Suasana di pagi hari Kampung Sentosa sungguh nyaman dan mempunyai udara yang segar.Kelihatan sekumpulan burung sedang terbang di langit untuk mencari makanan.Sungguh indah melihat pemandangan di kampung yang indah ini.Kelihatan gunung ganang yang sungguh tinggi lagi menambahkan keindahan ciptaan Allah SWT yang tiada tandingan ini.Kelihatan sosok seorang gadis ayu yang berlari anak ke keretanya sambil menjinjing beg dan menyandang beg berisi buku buku dan barang kepunyaannya.
“Dhia..!”panggil ibu aku di muka pintu di dapur.
“Ya bu"jawab aku sambil meletakkan beg aku serta barang yang lain ke dalam perut kereta milik aku.
“Dhia,kalau iya pun kamu dah lambat..Jamah sikit makanan ibu buat tu..Isi perut kamu yang kosong tu”ujar ibu aku sambil melihat aku yang tergesa gesa.
“Maaf bu,tapi kelas Dhia harini mula pukul 9 pagi..Maaf ya ibu”ujar aku sambil mengucup kedua belah tangan syurga aku dan mencium pipi ibu aku yang berkedut kerana dimamah usia yang semakin meningkat.
“Takpa ibu,nanti Dhia makan waktu tengah hari kat kolej okay.Ibu jangan risaukan Dhia ya.”ujar aku kerana melihat raut wajah ibu aku yang bimbang akan diri aku.
“Iyalah Dhia,hati hati memandu jangan tergesa gesa sangat...Ya Allah risau ibu tengok kamu ni."Celoteh ibu aku terhadap aku.
“Okay baik ibu insyaAllah tiada apa apa,bye ibu assalammualaikum"ujar aku terhadap ibu aku sebelum memulakan perjalanan aku ke kolej yang mengambil masa 30 minit kesana.
Aku terpaksa membatalkan niat aku untuk bersarapan bersama sama ibu aku disebabkan oleh aku terbangun lambat.Ini semua disebabkan aku mengulangkaji pelajaran sehingga lewat malam.Haihhh biasalah student tak pernah nak tidur awal.Haaa inilah jadinya.
“iya sayang waalaikumussalam wbt"sahut ibu aku sambil melihat kenderaan aku sehingga kenderaan aku hilang daripada mata ibu aku.
Share this novel