CHAPTER 8

Short Story Series 726

“sebenarnya tujuan tujuan lain saya bawa awak keluar sebab saya nak pulangkan balik buku ini..”ujar Syafiq sambil mengeluarkan buku tersebut daripada beg sandang kecil kepunyaannya itu.

Syafiq menghulurkan buku kepunyaan rakannya, Nadhrah yang hilang tempoh hari itu.Aku mengambil buku yang dihulurkan oleh Syafiq.

“macam mana buku ni ada dekat awak?”aku menanyakan soalan kepada Syafiq.

“Maaf saya terambil sebab masa saya tolong awak kutip buku tu buku saya dan buku awak tercampur jadi saya tidak perasan terambil buku awak.”Syafiq menjelaskan kepada aku.

“Terima kasih Syafiq sebab pulangan buku saya.”aku mengucapkan terima kasih kepada Syafiq sambil tersenyum.

“Sama sama.Awak mesti suka membaca buku kan?erm bagus wanita macam awak dahlah cantik,suka membaca pula tu.Limited edition awak ni.”ujar Syafiq sambil ketawa kecil.

“Oh ni bukan buku saya tapi buku kawan saya..”ujar aku kepada Syafiq sambil tersenyum.

Sedang aku berborak bersama Syafiq,terdengar suara memanggil namanya yang sedang menghampiri kami berdua.

“Syafiq..!!”
Kami mencari gerangan suara tersebut.Terlihat sosok tubuh seorang lelaki yang memakai baju celoreng tentera darat sedang menghampiri kami.

“Ya Tuan”.Syafiq lantas bangun dan menghampiri lelaki tersebut sambil menggelar diri lelaki tersebut sebagai ''Tuan''

“Mungkin pegawai dia kot..”bisik aku di dalam hati.

“Syafiq puas aku cari kau tadi.Ingatkan kau balik kem dah.Rupa rupanya dengan marka yaa...Amboiii pandai kau ya sekarang.”ujar Tuan Amri terhadap anak buahnya sambil senyum meleret.

“Maaf Tuan tadi saya ajak kawan saya makan kejap sementara tunggu Tuan habis beli barang.”ujar Syafiq terhadap pegawainya sambil senyum seperti kerang busuk.

“Iya ke kawan...Lainn macam je nak dikatakan kawan nii..kalau dah berkenan masuk meminang cepat takut nanti putih mata kamu Syafiq..”ujar Tuan Amri mengangkat sebelah keningnya serta ketawa.

Aku meminta untuk pulang kerana hari sudah hampir senja dan ibu aku mesti risau kerana aku pulang lewat.
“Haihh Nur Dhia..Ni dah kali kedua kau tak menepati masa.So careless!”aku mengomel sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience