“Aduhhhh matilah aku kali ini Nur Dhia...!Macam manalah kau tak sedar dengar bunyi jam loceng yang kuat macam bunyi bom atom nih.!Haishhhh Dhia apa nak jadi dengan kau ni Nur Dhia.Confirm lecterur aku mengamuk macam singa kejap lagi”ngomel aku terhadap diri aku yang sentiasa cuai ini.
Aku berjalan sedikit laju dan juga tergesa gesa kerana jam di pergelangan tangan aku telah menunjukkan lagi 5 minit kelas aku pada pagi yang malang itu akan bermula.Aku sedikit gelisah kerana membayangkan raut wajah muka lecterur aku yang garang seperti singa kelaparan.
Dan tiba-tiba.....“Bokkkk”
“Aduhhh sakittt!!!”aku mengerang kesakitan disebabkan terjatuh di atas lantai yang keras itu.Buku buku yang aku pegang di tangan aku berselerak di atas lantai tersebut.
“Ya Allah maaf cik.Maafkan saya.Saya tergesa gesa tadi.Sampai terlanggar awak.Maafkan saya sangat sangat.Saya tak sengaja terlanggar awak.Awak okay ke?Ada kecederaan ke?”ujar pemuda yang melanggar aku itu sambil menolong aku mengutip buku buku aku yang terselerak di atas lantai tersebut.Pemuda tersebut memohon maaf akan kesilapannya terhadap aku.
“Maafkan saya ya cik.Saya betul betul tidak sengaja langgar cik”ujar lagi pemuda tersebut kerana kemungkinan terdetik perasaan serba salah di dalam hatinya.
“Tak apa saya salah juga sebab tergesa gesa sampai tak tengok kiri kanan saya.Maafkan saya juga.Tak apa saya okay.”ujar aku sambil mengambil buku buku aku yang dihulurkan oleh pemuda tersebut.
Aku cuba melihat wajah pemuda tersebut tetapi pemuda tersebut telah menoleh kebelakang sambil bercakap dengan seseorang di telefon bimbit miliknya.Tidak lama daripada itu,pemuda tersebut berjalan dengan tergesa gesa dan hilang daripada pandangan aku.
“Siapakah pemuda itu...”aku tanpa sengaja tertanya tanya pada diri aku siapakah pemuda yang melanggar dirinya sebentar tadi sambil menghayunkan langkah menuju ke kelas aku...
Share this novel