Series
2611
Sha kalut kemaskan barang di atas mejanya. Ya Allah, langsung dia tak sedar masa berlalu dengan cepat bila dia ralit buat assignment. Laptop ditutup sebelum dimasukkan ke dalam beg laptop.
Setelah selesai, Sha sangkut beg laptop ke bahu sebelum kaki laju dilangkah ke arah kaunter kafe SUnflower. Tema kafe ini ialah bunga matahari, penyebab utama kenapa Sha selalu lepak dekat sini.
"Adik, bayar."
Si perempuan menjaga kaunter anggukkan kepala. Sha keluarkan beg duit sebelum telefon Oppo miliknya diletak sebentar di atas meja kaunter. Kelam-kabut dia cari not kertas sepuluh ringgit.
Setelah selesai membayar, Sha masukkan kembali beg duit ke dalam beg laptopnya.
Bam!
Cium lantai Sha dibuatnya bila ada seorang wanita yang kelam-kabut seperti dia melanggar bahu dia. Nasib tak lebam aje punggung si Sha ni.
"Eh, sorry!" si perempuan berambut panjan g berulang kali meminta maaf sebelum dia bantu Sha untuk berdiri. Tangan kanan si perempuan Sha sambut sebelum dia angkat kedua tangan tanda dia tak apa-apa.
"Sorry. Saya betul-betul minta maaf. Saya dah lewat untuk ke kelas ni." suara lembut si perempuan buatkan Sha tak jadi nak marah.
Memang jelas yang perempuan cantik depan dia memang nak cepat.
"It's okay. Saya tak kisah." Sha beri senyum kecil. Yakinkan si perempuan yang dia okay.
Akhirnya si perempuan balas senyuman Sha. Dia hulur telefon Oppo milik Sha yang sudah tercampak di atas lantai kafe. "Saya betul-betul minta maaf. Saya pergi dulu."
Dan kelibat si perempuan berlari hanya Sha hantar dengan anak mata. Sha usap belakang dia yang agak ngilu. Gila kuat perempuan cantik tadi rempuh dia. Hampir lebam rasanya punggung si Sha.
"Awak okay?"
Suara garau yang menegur Sha dari belakang buatkan Sha berpaling.
Kelu.
Si Adam, barista yang selalu menarik perhatian Sha tegak di hadapan Sha. Wajah Adam jelas kelihatan dia risau. Memang wajarlah dia risau sebab Sha pelanggan tetap kafe ni kut.
"Okay. Saya tak apa-apa." Kalut Sha hulur senyum sebelum laju kaki dibawa melangkah keluar daripada kafe sunflower tersebut.
Sebaik sahaja melangkah keluar, Sha tersenyum sendiri. Bukan senang nak berbual dengan si Adam. Tahap beku si Adam tu sampaikan Sha kadang-kadang terfikir si lelaki ni gay ke apa?
Ralit berfikir pasal Adam, baru Sha teringat sesuatu.
Ya Allah, kelas dia!
Jam dikerling sekilas.
Ya Allah, dia dah lambat hampir sejam ni. Matilah aku lena laser dengan mulut Teacher Sally nanti. Berlari Sha dibuatnya mencari teksi untuk ke universiti.
×××××
Rambut yang basah Sha lap dengan tuala berwarna biru. Telefon Oppo berwarna hitam yang tersadai di atas meja belajar Sha renung macam nak tembus.
Terkejut Sha waktu kuliah tadi bila panggilan masuk ke dalam telefon ni bukannya orang yang dia kenal. Lepas Sha check telefon Oppo ni, baru dia sedar sesuatu.
Dia dah tertukar telefon!
Tertukar telefon dengan perempuam cantik yang dia bertembung dalam kafe tadi.
Matilah dia macam ni!
Macam mana Sha nak dapatkan balik telefon dia yang tertukar tu?
Sha labuhkan duduk atas kerusi depan meja belajar miliknya. Telefon Oppo tersebut dia teliti.
Model telefon sama.
Casing pun sama.
Padanlah boleh tertukar.
Lagu Yummy by Justin Bieber yang tiba-tiba berdentum buatkan Sha tersentak. Kelam-kabut Sha baca nama si pemanggil.
Baby sayang.
Sudah.
Jangan kata pakwe si perempuan cantik ni call.
Takkan aku nak angkat.
Tapi mungkin si perempuan cantik yang suruh call kan? Mungkin dia nak cari telefon dia.
Setelah lama berperang dengan perasaan sendiri, ikon warna hijau Sha slide ke atas.
"Good bye."
Diam.
Suara garau tadi buatkan kening Sha naik. Apahal tiba-tiba lepas angkat call je nak goodbye. memang semua yang berpasangan macam ni ke?
Atau Sha aje yang lembap sebab tak pernah ada pakwe.
"Reen, I'm sorry for everything. Lebih baik kalau I tinggalkan aje dunia ni."
Krekkk!
Dha dengar bunyi besi berlaga dengam lantai.
Jangan.. jangan kata lelaki ni nak bunuh diri.
Liur yang terasa berpasir Sha telan payah. Degupan jantung Sha mula meningkat laju. Wajah Sha mula berpeluh dingin.
"Where are you?"
Diam.
"Who are you?"
Kali ini Sha yang mati kata mendengar soalan daripada suara garau tersebut.
TBC.
Share this novel