Series
2611
"Who are you?"
Diam.
Mati kata Sha dibuatnya bila suara garau lelaki tersebut bertanya. Sha mula kalut. Kardigan kait dia capai dari almari sebelum dipakai. Telefon tersebut masih tidak dilepaskan.
"I ask you , who the hell are you?!" berdentum suara lelaki tersebut bertanya namun Sha masih tak membalas. Pintu rumah dia buka sebelum dia melangkah ke arah kereta miliknya.
" I don't know who are you mister. Tapi telefon saya tertukar dengan pemilik phone ni,"
"Shit!"
Si lelaki potong ayat Sha. Keluhan berat Sha lepaskan.
"May I know where are you mister?"
Diam.
"Jangan kacau hal orang lain." keras suara si lelaki.
Tett!
Dan panggilan diputuskan.
Sha menyumpah marah dalam hati. Segera Snapchat dibuka sebelum dia cari lokasi si lelaki. Nasiblah perempuan ni save nama lelaki ni Baby Sayang. Kalau tak sampai ke sudah Sha tak jumpa lokasi si lelaki.
Namun, Sha kelu bila lihat lokasi lelaki tadi berada sekarang.
Kafe Sunflower?
Apahal dia nak bunuh diri dekat kafe orang?
Dah takde kerja sangat ke lelaki ni?
Laju Sha hidupkan kereta sebelum dia memandu ke arah kafe Sunflower. Dalam hati Sha tak henti berdoa agar si lelaki belum cabut nyawa sendiri.
Sampai sahaja depan kafe, Sha berlari ke arah pintu Kafe tersebut. Pintu cuba dibuka namun gagal kerana kafe tersebut berkunci. Berulang kali Sha ketuk pintu kafe tersebut namun langsung takde orang yang keluar. Sha mengeluh lemah.
Damn it!
Macam mana lelaki tersebut boleh masuk ke dalam kafe kalau pintu kafe tersebut.
Badan dia sandar pada pintu kafe sebelum telefon Oppo milik Reen dia keluarkan daripada poket seluar. Flashlight dibuka.
Kosong.
Langsung tiada kelibat orang dalam kafe tersebut.
Habis kenapa Snapchat tunjuj lelaki yang nak cabut nyawa sendiri ada kat sini?
Lama Sha berfikir sebelum dia teringat sesuatu. Pintu belakang Kafe! Laju Sha berlari ke arah pintu belakang kafe. Tombol pintu dia pegang sebelum dipulas.
Berjaya!
Laju Sha tolak pintu besi tersebut menggunakan seluruh tenaga yang dia ada. Sebaik sahaja pintu terbuka, Sha lihat ada cahaya yang datang daripada bilik Staf.
Dah jumpa!
Bam!
Kelu.
Sha kedu.
Sha rasa kakinya kini terpasak pada lantai.
"Adam?"
Suara Sha menggeletar. Terlalu terkejut melihat lelaki yang terbaring kaku di atas lantai dengan pergelangan tangan kanan yang berdarah.
Wajah Adam langsung tak berubah. Wajahnya muka berubah pucat. Bibir merahnya kini kelihatan seperti tiada darah.
Jantung Sha hampir berhenti berdegup sebaik sahaja melihat keadaan Adam. Laju Sha bersila fi sebelah Adam sebelum kepala Adam dia tampung. Nadi Adam dia cari.
Lemah.
Damn it!
Terketar-ketar Sha cuba capai telefon Oppo di dalam poket. Baru sahaja nombor kecemasan hendak ditekan, tangan kanannya dipegang lemah.
Sha jatuhkan pandangan pada Adam. Anak mata Adam yang dulunya sentiasa bersinar terang kini kelam. Matanya merayu pada Sha.
"Please.. don't." suara garau yang dulunya selalu menggoncang iman Sha kini tersekat-sekat merayu agar jangan selamatkan dia.
Sha gigit bibirnya kuat. Mata yang panas Sha tahan. Dia pekup kedua pipi Adam.
"I'm sorry. Saya tak tahu apa masalah awak Adam tapi jangan lupa awak ada Allah. Jangan lupa yang kita ni hanyalah hamba dia."
Wajah Adam berubah sebaik sahaja nama tuhan disebut. Perlahan dia lepaskan tangan Sha sebelum mata dipejam. Erat.
Sha laju mendail nombor kecemasan.
Apa-apa pun yang jadi, Adam perlu diselamatkan!
××××××
Mata Sha yang berair jatuh pada tubuh Adam yang terbaring di atas katil hospital. Wajah Adam masih lagi pucat tapi tidaklah sepucat sebelum ini. Keluhan nafas berat dilepas.
Sha tak tahu masalah Adam.
Sha tak kenal Adam.
Tapi dia ingin selamatkan Adam.
Kerana semua manusia berhak diselamatkan.
Rambut hitam pekat Adam yang serabai Sha usap perlahan menggunakan tangan kanan. Lembut rambutnya, tak seperti wajahnya.
Ralit Sha usap rambut serabai Adam sebelum dia betulkan sedikit. Perlahan wajah Sha tarik rapat ke arah Adam. Nafas Sha menampar lembut pipi Adam.
"Sleep tight."
Dan Sha tarik wajahnya daripada wajah Adam sebelum dia jatuhkan kepala di sisi Adam. Menunggu Adam untuk bangun mungkin mengambil masa. Kerana si lelaki kelihatan enak dibuai mimpi.
Perlahan buku yassin Sha capai sebelum dibuka.
Bismillah.
Share this novel