0.5-Finding Her

Short Story Series 2611

Sha menguap lemah. Rasa mengantuk masih lagi tersisa sebab dia tertidur waktu kelas teacher Sally. Perlahan kaki dilangkah ke arah kereta miliknya sebelum Sha masuk ke dalam kereta miliknya. Kepala disandar pada stereng kereta.

Laparnya.

Petang-petang macam nilah dia rasa nak makan benda manis. Laju Sha keluarkan phone dia sebelum nombor Aina didail.

"Jom pergi makan."

"Dekat mana?" Aina di hujung talian bertanya.

Sha kerut kening. Otak dah malas nak berfikir. "Ikut suka hati kaulah. Aku ikutkan aje."

"Good." suara Aina ceria.

"Kau datang Kafe Sunflower sekarang."

Tegak badan Sha dibuatnya. Rasa mengantuk terus hilang. Pergi kafe tu? Lepas sebulan dia mengelak?

Hell no!

"No!"

"Aku dah ada kat kafe ni. Ikut suka hati kaulah Sha. Bye."

Tet!

Dan Sha pandang telefon sendiri dengan pandangan tak percaya. What?! Sampai hati si Aina buat dia macam ni.

Macamlah Aina tak tahu kenapa dia mengelak sangat nak pergi Kafe tu.

Urghh!

Akhirnya setelah berperang dengan akal sendiri, Sha memandu ke arah kafe tersebut dengan hati yang berat.

Lebih baik dia pergi. Makanan tetap makanan. Takkanlah dia nak mengelak daripada si Adam selamanya kan?

×××××

"Dah siap call dia." Aina letakkan telefon miliknya ke atas meja sebelum smoothie strawberry mikiknya dikacau perlahan menggunakan straw. Kedua kening diangkat kepada barista lelaki di hadapannya.

"Kenapa awak nak jumpa dia?"

Alif garu kepala yang tak gatal. "Bukan saya yang nak jumpa dia. Kawan saya yang nak jumpa dia."

"Untuk?"

"Ermm. I dunno."

Aina hampir tergelak kecil. Gelabah habis si lelaki depan dia ni. Muka Aina ni garang sangat ke? Sampaikan lelaki ni terkulat-kulat macam baru nampak buaya.

"Mana kawan awak?"

"Dia ada dekat dapur."

Aina angguk kepala tanda faham. Usai sahaja lelaki tadi minta diri, dia sandarkan badan pada kerusi. Laptop dikeluarkan sebelum Aina mula menaip assignment yang baru sahaja diberi oleh pensyarahnya hari ini. Kelas dia dan Sha banyak yang tak sama. Maka peluang untuk berjumpa agak tipis.

Hampir lima belas minit berlalu sebelum kerusi di hadapan Aina ditarik. Aina angkat wajah.

Dia kerut kening.

"Err. Awak buat apa dekat sini?" terkelip-kelip mata Aina lihat Adam yang selamba labuhkan duduk depan dia. Terus tak jadi dia nak sambung assignment depan mata bila lihat crush Sha depan mata.

Pandai Sha pilih lelaki. Kacak.

Tinggi. Rambut hitam pekat yang lurus. Mata coklat cair.

Tapi sayang, masih tak boleh lepaskan perempuan lain

Kesian kau Sha.

"Saya nak tunggu Raysha."

Aina diam. Rasa nak ketawa ada. Tapi muka Adam yang langsung tak bersalah buatkan dia tak sampai hati nak ketawa. "Kenapa awak nak sangat jumpa Sha?"

Adam diam. Dia berdehem sebelum mengusap belakang leher dengan tangan kanan.

"Saya nak balas budi Raysha. Dia dah tolong saya sebelum ni." suara garaunya sedikit terketar.

Aina senyum lebar.

"Tu , dia dah datang."

Laju Adam palingkan kepala miliknya ke arah pintu.

Zap!

Anak mata Sha dan Adam bertemu.

Sha kalut. Perutnya rasa memulas sebaik sahaja matanya jatuh pada seraut wajah Adam. Jantung Sha mula mengepam darah dengan laju. Liur yang diteguk terasa berpasir.

Adam pula kaku. Segala ayat yang dia rangka dalam otaknya lesap sebaik sahaja matanya jatuh pada seraut wajah Sha yang pucat. Adam rasa.. janggal mungkin.

"Raysha!"

Adam panik bila Sha mula berpaling ke belakang dan melangkah pergi. Laju Adam mengejar langkah Sha. Baru sahaja Sha nak buka pintu kereta miliknya, lengannya dipaut daripada belakang.

Bam!

Badannya ditolak menyandar pada keretanya.

Bam!

Bulat mata Sha bila Adam kepung dia. Kedua tangan Adam melekat kemas di kira dan kanannya. Mamat ni ingat mereka dalam cerita korea ke nak buat kabe don dekat tempat awam!

Sha dah menyumpah dalam hati.

Laju kepala ditunduk. Nafas yang mengah kerana berlari cuba diatur perlahan.

Adam juga mengah. Peluh mula membentuk di dahinya. Adam sendiri tak pasti, kenapa dia nekad nak kejar Sha. Mungkin dia rindukan Sha.

Kerana sebelum ni Sha selalu pandang dia dengan senyuman setiap kali Sha datang ke kafe.

Namun kini Sha mengelak daripada dia. Buatkan Adam terasa kosong.

"Awak buat apa ni?!" Sya bersuara marah. Badan Adam ditolak menjauh namun Adam keraskan badannya.

"Kenapa awak lari dari saya?"

Soalan dari Adam buatkan Sha gigit bibir. Mana ada dia lari dulu. Adam yang elakkan diri dari dia dulu!

"Saya takut awak tak selesa dengan saya."

Adam diam.

Betul kata Sha. Tapi dia tetap nak pandang wajah Sha.

"Raysha, awak mungkin ingat saya gila tapi.."ayat Adam mati.

Lama. Buatkan Raysha tak puas hati.

Apa ni buat ayat tergantung!

Raysha angkat wajah. Wajah mereka amat rapat kerana Adam rapatkan jarak antar tubuh mereka. Wangian sitrus Adam menyapa mukus hidung Sha. Buatkan Sha sesak nafas dengan kehadiran Adam.

Perasaan Sha pada Adam sebelum ini mula berputik kembali.

Anak mata mereka bertembung.

Nafas Adam menyapa pipinya.

Hangat. Suam.

"Tapi?"

"I miss you badly."

Sha rasa nafasnya tersekat.

Share this novel

Syahadah Mrizan
2021-02-24 22:21:56 

sambungan cerita ni ke


NovelPlus Premium

The best ads free experience