0.3-Save Him

Short Story Series 2611

"Cik."

Perlahan Sha rasa bahunya ditolak perlahan. Sha tegakkan badan di atas kerusi sebelum dia kesat matanya. Ya Allah, sakit gila belakang dia.

Tak sangka dia tertidur di atas kerusi.

"Cik."

Sha cari arah suara yang memanggil nama dia. Kepala ditoleh ke kanan. Seraut wajah lembut yang memakai baju berwarna putih menyapa mata.

Jururawat yang memakai nametag berwarna Ros senyum manis pada Sha.

"Cik Raysha, boyfriend cik dah sedarkan diri. Cik boleh jenguk dia sekarang." Lembut dia tuturkan ayat tersebut.

Sebaik sahaja mendengar ayat jururawat tersebut, terus segar mata Sha. Dia bulatkan matanya sambil memandang jururawat tersebut.

"Dia dah sedar?" Suara Sha jelas tak percaya.

Ros anggukkan kepala sebelum senyum kecil dihulur. " Ya. Encik Adam Zafran dah sedarkan diri."

Laju Sha berdiri sebelum ucapkan terima kasih pada jururawat yang kejutkan dia. Setelah itu, dia melangkah ke arah wad yang menempatkan Adam. Pintu wad ditolak perlahan sebelum anak mata Sha jatuh pada sekujur tubuh di atas katil.

"Adam!"

Wajah Adam berubah kelat sebaik sahaja dia terlihat kelibat Sha. Kepala dipaling ke arah lain sebelum matanya dilarikan daripada memandang Sha.

Sha buat bodoh. Dia melangkah merapati Adam sebelum duduk dilabuh di atas kerusi sebelah katil Adam.

" Awak dah okay?"

Diam.

Langsung Adam tak jawab soalan Sha. Malahan dia palau Sha pula.

Sha berdehem kuat. Cuba tarik perhatian Adam.

"Awak tak nak bagitahu saya kenapa awak ambil keputusan drastik ni?"

Masih lagi diam.

Putus harapan jadinya Sha nak pujuk Adam.

"Kalau awak tak nak bagitahu, saya call Reen." terus Sha gunakan nama Reen untuk mengugut Adam. Mungkin Adam takut kekasihnya kecewa dengan keputusan dia.

Zap!

Adam berpaling laju. Matanya membara menahan amarah.

"She already left me for someone else." beku. Tajam.

Oh. Sha angguk kepala tanda faham. Kecewa dengan aweklah kiranya ni. Entah kenapa Sha rasa kecewa dengan tindakan Adam. Perempuan bukan sekuntum.

Boleh aje kalau dia nak cari orang lain dengan muka kacak dia. Berduyun rasanya perempuan yang datang ke kafe semata-mata nak jumpa Adam. Termasuklah Sha.

Sha mengeluh lemah.

Dia berdiri sebelum nelangkah ke arah meja kecil di sebelah katil Adam. Al-Quran kecil dia capai sebelum diletakkan di atas tangan Adam. Muka Adam terkejut.

"Jangan pernah lupakan Allah, kerana Allah sentiasa ada dengan kita. Lain kali, mengadu pada Allah. Bukan ambil keputusan drastik macam ni!" Sha membebel sebelum jari telunjuk kanan dihala ke arah pergelangan tangan kanan Adam yang berbalut.

Adam diam. Sha lihat wajahnya sedikit berubah.

Mungkin kesal dengan perbuatan dia sebelum ni.

Bunuh diri boleh masuk neraka kot.

Siapa yang tak menyesal.

Kepala Adam tertunduk. Anak matanya tepat pandang Al-Quran kecil berwarna hijau gelap di tangannya. Lama dia menunduk, sebelum Sha perasan bahu Adam menggeletar.

"Boleh ke tuhan ampunkan dosa aku?" suara Adam menggeletar. Menahan sebak mungkin.

Sha tarik senyum manis.

"Allah sentiasa ampunkan hambanya."

××××××

"Awak dah boleh discharge."

Adam angguk. Bajunya sudah bertukar lain. Baju milik abang Sha. Sempat Sha balik sebelum dia bawa baju tu dari rumah.

Yalah, takkanlah nak suruh si Adam pakai baju yang ada kesan darah.

Adam mengikut langkah Sha. Masuk saja ke dalam kereta Viva milik Sha, mulut Adam masih terkatup. Langsung tak keluarkan sebarang suara.

Sha hidupkan kereta milik dia.

"Awak nak suruh saya hantar awak dekat mana?"

"Kafe Sunflower."

Sha kerut kening. Wajah Adam dia pandang. "Awak takde rumah ke?"

Adam geleng kepala. " Bukan takde rumah. Kafe tu milik abang saya. Saya nak pergi jumpa dia kejap."

Penerangan daripada Adam buatkan kepala Sha terangguk-angguk. Laju Sha bawa kereta milik dia ke arah kafe tersebut.

Janggal. Itu yang mampu Sha describe situasi dia dan Adam sekarang.

"Adam."

Adam diam.

"Saya harap awak tak buat keputusan drastik macam ni lagi."

Masih lagi diam.

Hmm. Ikut suka hati kaulah Adam. Puas dah aku nasihat kau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience