0.4-My Phone

Short Story Series 2611

Sha tolak pintu kafe Sunflower. Lama juga dia tak singgah ke sini selepas kejadian dia selamatkan Adam, barista yang dia minat dari bunuh diri. Hari ni dia datang pun sebab nak tukar kembali telefon dia dan Reen.

Bau kopi menusuk hidung sebaik sahaja Sha langkahkan kaki ke dalam kafe. Sha hirup bau kopi tersebut. Rindu dia dengan kafe ni. Yalah, sebelum ni dia akan datang ke kafe ni hampir setiap hari untuk siapkan assignment dan usha Adam.

Tapi lepas kejadian minggu lepas, dia rasa janggal. Janggal dengan Adam.

Mata Sha mula meliar cari kelibat perempuan cantik berambut panjang sebelum matanya jatuh pada meja yang berada di sudut kafe. Perempuan tersebut ralit menaip pada komputer miliknya.

Nampaknya tak susah mana nak cari perempuan ni.

Kaki Sha bawa ke arah perempuan tersebut.

"Hai!" ceria Sha menegur sebelum duduk dilabuh bertentangan dengan perempuan cantik tersebut. Perempuan cantik tersebut senyum manis. Dia hulurkan tangan kanan untuk berjabat.

"Aireen Husna."

Sha sambut huluran Aireen. " Nura Raysha."

Dan jabatan tangan terlepas. Laju Aireen hulurkan telefon milik aku. Sha hulurkan telefon miliknya kembali. Wajah Aireen jelas ceria sebaik sahaja dia pegang telefon milik dia.

"Terima kasih banyak awak. Dah lama saya cari telefon saya. Silap saya langgar awak."

Sha angguk. " Takpe."

Dia tersenyum manis pada Sha sebelum rambut hadapan diselit ke belakang telinga. "Orderlah. Saya belanja."

Namun Sha jawab dengan gelengan. "It's okay. Saya ada kelas lepas ni. Ini pun saya singgah sekejap aje."

Aireen angguk kepalanya tanda faham. Mata hitam pekatnya jelas menunjukkan yang dia rasa bersalah.

"Sorry, saya ada jawab beberapa panggilan milik awak."

Sha tak terkejut. Sebab Sha sendiri jawab beberapa panggilan milik Aireen. Hinggakan dia terpaksa selamatkan Adam. Dan tahu perangai sebenar Adam.

Hilang sedikit minat dia pada Adam bila tahu Adam masih sayangkan perempuan di hadapannya.

"Saya ada jawab juga panggilan awak. Baby sayang."

Dan wajah Aireen berubah. Dia berdehem. " Takpe. Saya sambung buat kerja balik okay?"

Aku angguk sebelum berdiri perlahan. " Saya pergi dulu." Setelah itu aku laju bawa kaki aku ke arah pintu kafe.

Nafas terasa sesak bila berada dalam kafe ni. Haraplah tak terserempak dengan Adam.

Baru aje Sha nak tolak pintu kafe, pintu tersebut dibuka dari luar. Si lelaki melangkah dengan yakin ke dalam kafe.

Sha pula kaku.

Janggal.

Adam yang perasan akan kelibat Sha jeling Sha sekilas sebelum terus melangkah pergi.

Caranya seperti Sha langsung tak wujud. Hati Sha sakit. Sumpah. Sudahlah lelaki ini sayangkan perempuan lain. Siap layan dia seperti tak wujud pula.

Sedikit sebanyak, Sha menyesal selamatkan lelaki ni.

×××××

"Raysha order apa tadi?" kasual Adam bertanya Alif, rakan sekerja dia. Tangan Adam sibuk mengikat apron hitam di pinggang.

Alif yang sedang leraikan ikatan apron di pinggang angkat kepala. Kedua keningnya berkerut. "Raysha?"

"Budak perempuan yang datang kafe ni hari-hari."

Namun kening Alif masih berkerut. Apron tadi dia angkat sebelum lipat ke lipatan kecil. " Rasanya dah dekat seminggu dia tak datang kafe ni. Mungkin dia sibuk. Kenapa?"

Adam diam.

Seminggu?

Bukan ke si Raysha selalu datang hari-hari. Sampaikan hampir semua barista tahu nama dia. Adam mengeluh perlahan. Maknanya selama Adam cuti seminggu langsung si Raysha tak datang.

Tapi kenapa?

"Adam, kau okay tak?"

Adam angkat wajah. Perlahan kepala diangguk. " Aku ok."

Alif senyum kecil merapati Adam. Bahu Adam dia tepuk perlahan. " Dahlah, kau tak payah fikir pasal benda lain. Kau kan baru balik bercuti."

Dan Alif terus berlalu pergi. Shiftnya sudah habis. Kini Shift Adam pula.

Adam masih lagi berfikir.

Kenapa Raysha tak datang kafe. Takkanlah sebab dia. Keluhan berat dilepas sebelum Adam melangkah ke arah kaunter luar.

Otak masih lagi ligat berfikir. Dia nak balas jasa si Raysha. Tapi macam mana?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience