"KID, tolong ambilkan order customer yang duduk hujung tu kejap. Aku nak buang hajatlah pulak." Bisik Zharif di telinga aku yang sedang duduk jaga kaunter kat kafe tu.
"Hahaha. Tak macho betullah kau ni. Haa... yelah, yelah." Balasku acuh tak acuh.
Laju aku berjalan ke arah meja yang Zharif beritahu aku tadi. Nampak macam ada seorang pemuda yang tinggi berbadan tegap memakai kasut but berwarna kuning sedang bermain telefon di salah satu kerusi di meja itu.
Aku melihat jam di pergelangan tanganku. 4.06 petang. 'Ni mesti kontraktor baru lepas habis kerja ni. Habis kerja terus lepak kafe. Sorang pulak tu. Aku respect kau, bro.' Desisku perlahan. Ya. Aku memang suka berangan, bercakap seorang diri dan mengelamun jauh. Haha. Kadang-kadang orang tengok aku pun orang pelik dan maybe diorang akan kata aku gila.
Sampai je kat meja pelanggan tadi, aku keluarkan buku nota khas yang telah disediakan oleh pemilik Khasyah Cafe iaitu ayah aku sendiri dengan tujuan untuk mengambil order pelanggan di situ. Pen hitam di dalam poket apron pun aku keluarkan.
Dengan senyuman ikhlas yang aku berikan, aku memulakan tugasku. "Hello, bro. Want to eat anything?" Soal aku dengan ramah sambil buka helaian pertama menu restoran yang memang dah sedia ada kat atas meja tu.
Pemuda tadi pun alihkan pandangan dia ke arah aku sambil tersenyum. Lepas tu, dia alihkan pandangannya ke arah menu yang aku dah buka tadi.
"Hmm... saya dengar ada menu baru dekat kafe ni. Tu yang lepas kerja saya datang sini tu. Where is it? Can I see?" Soal pemuda tadi sambil tak lekang senyuman di bibirnya. Tergambar perkataan 'excited ' di wajahnya.
Aku hanya tersenyum dan mengangguk. "Oh, sure. Let me show you."
Aku pun tutup balik menu tadi lepas tu aku tunjukkan muka depan menu tu dekat pemuda tadi. Sebab memang menu terbaharu akan diletakkan di hadapan muka surat menu. Supaya dapat menarik minat pelanggan.
Lagipun semua restoran dan kafe kut buat macam tu. Kan? So, tak peliklah kan bila kafe aku buat macam tu.
Haha. Tak. Yang aku nak overthinking ni asal?
Yalah. Siapa tak kenal Akid yang tak habis-habis berangan, mengelamun jauh aje kerjanya. Perasan hot je lebih.
"Okay. So far, ini dia menu terbaharu our cafe yang paling latest. Bomboloni Honey Bun with different flavours, Special Fried Ice Cream, Naan Cheese with Extra Meatballs and lastly, Cheesekut Leleh. So, is it interesting?" Soalku selepas tamat sesi perkenalan desert yang latest dekat kafe aku ni.
Kering juga air liur aku ulang benda sama dari pagi tadi. Almaklumlah, nak cari rezeki halal mana kira penat lelah. Kan?
Nampak macam pemuda tadi still fikir mana yang berselera dengan tekak dia kut. Maklumlah, tekak kontraktor sama ke dengan tekak penjaga kaunter kafe?
"Hmm, yang first sekali tadi tulah. Ada perisa apa je, ya?" Tanya pemuda tadi sambil memandang ke arah aku.
Sebelum membuka mulut, aku perasan Zharif baru keluar dari tandas. Dah selesai buang hajat agaknya. Muka pun muka lega. Memang tak pandai cover betullah Zharif ni.
Nabil pulak, memang dari tadi aku nampak bertungkus-lumus siapkan tugas dia kat dapur. Menyiapkan hidangan maybe.
"Okay. For that menu, we have four flavours. Nutella, strawberry, blueberry and peanut butter. So, which one do you want?" Soalku penuh ramah.
Senyum? Memang tak lepas lah dari bibir aku ni. Lagipun, memang itulah perkara yang digalakkan oleh pemilik Khasyah Cafe ni. Iaitu ayah aku sendiri.
Kenapa 'Khasyah'? Hm, abah kata sempena nama abah dan umi. Khaliff dan Aisyah. Tu yang jadi Khasyah tu. Sweet jugak abah aku ni.
"I prefer blueberry lah. Okay. This menu I just want one set. And that Cheesekut Leleh also one set."
"Alright. Ada nak minum apa-apa tak?" Sambungku. Aku kan memang. Dulu masa kecil-kecil teringin nak jadi guru Bahasa Inggeris. Tapi tulah. Setiap kali kelas BI berlangsung, aku ponteng.
Hahaha. Aku pun tak tahu apa yang aku nak. Maklumlah, dulu masih mentah.
"Just one Boba Brown Sugar." Senyum pemuda tadi.
Aku pun angguk mesra. Balik ke kaunter, ada pemisah antara ruang pembayaran dengan dapur. Macam sliding window gitu lah.
Aku pun bertenggek kat sliding window tu. Aku buka cerminnya. Kemudian, aku nampak Nabil tengah lap ruangan blender.
"Nabil, ni aku letak customer order ni. Siapkan." Arahku sambil menyepit kertas memo tadi pada wooden clip yang tergantung di situ.
Nabil hanya memberi isyarat 'OK' pada aku.
Aku pun balik ke kaunter. Bosan sebenarnya. Serious, aku tak tahu nak buat apa. Sebab selalunya petang-petang ni kafe penuh. Hari ni maybe sebab ada kafe baru yang baru bukak kat hujung jalan tu. Huh. Aku ada pesaing baru ni. Getus hatiku.
Zharif yang tadinya duduk di salah sebuah meja di dalam kafe itu, mula mendekatiku.
"Bro. Nak minta izin keluar kejap, boleh?" Soal Zharif padaku. Zharif pun duduk di sebelah aku yang memang ada kerusi kat situ.
Aku mengangkat sebelah kening. Menunjukkan isyarat 'kenapa'.
"Tak ah, sana kan ada Tealive baru buka. So, aku nak singgahlah ni. Kau ada nak kirim pape tak? Puteri? Nabil?" Soal Zharif kepadaku.
Aku kalau Boba-Boba ni aku tak layan sangat. Aku better Ice Blended je.
Ya. Aku tahu Ice Blended ni ketinggalan zaman. Kut lah. Tapi itulah favourite aku. Aku stress, aku layan Ice Blended. Aku happy, aku layan Ice Blended. Even Boba Brown Sugar sekarang memang dah meluas ke serata negara. Eh, dunia maybe.
Aku hanya menggeleng. "Tapi tak tahulah dengan Nabil and Puteri."
"Aku belikan Puteri sama ngan aku jelah. Nabil tu pandai-pandai dialah. Asyik duk terperuk dalam dapur je. Menu dah siap pun still nak duduk dapur. Entah apalah dia tu." Bebel Zharif sambil menggelengkan kepalanya.
Aku hanya tersenyum saja. Faham dengan kerenah Zharif yang tak habis-habis membebel.
Tak lama lepas Zharif keluar, kelihatan Puteri sedang menatang dulang yang terdapat desert dan minuman diatasnya. Mesti kontraktor tu punya.
Lepas Puteri dah letak semua desert tu, dia datang dekat aku. Muka dia macam penat. Kesian jugak lah aku tengok dia. Sebab sebelum dia datang kerja tengahari tadi, dia ada mesej aku yang dia tak berapa sihat. Demam katanya. Aku dah beritahu dia jangan datang kerja. Tapi dia nak jugak. Hm, lantaklah.
"Puteri, are you okay?" Tanyaku prihatin.
Puteri hanya mengangguk lemah sambil tersenyum. Dia duduk di sebelahku. Termenung lagaknya. Sebab customer pun dah kurang. So, kerja dia settle dah lah.
Aku pun malas nak bukak mulut. So, aku diam ajelah.
Beberapa minit lepas tu, aku nampak Zharif masuk ke kafe. Tangannya membawa dua cawan air yang disangkutnya plastik.
Dihulurkan satu cawan air kepada Puteri. Dia duduk sebelah aku.
"Brown sugar?" Puteri bertanya.
Zharif angkat kening sambil mengeluarkan phonenya di dalam poket apron yang dipakainya.
Eh, wait. Aku perasan something weird ni. Oh, ya!
"Zharif, kau keluar beli Tealive sambil pakai apron, eh?" Soalku dengan muka terkejutnya.
Zharif yang ligat bermain handphone lantas memandang ke arahku. Matanya terbeliak.
"What the fish? Patutlah tadi aku keluar semua pandang aku macam aku ni pembunuh bersiri!" Jerit Zharif.
Aku apa lagi? Ketawa terbahak-terbahaklah dengan Puteri.
Petang tu walaupun bosan adakalanya Zharif memang penghibur aku. Hahaha.
Nabil? Huh. Takyah tanyalah... Dapur ajelah dia tu.
Share this novel