SENYUMAN manis menghiasi wajah gadis yang diberi nama Izzara itu. Kelihatan dia melayan baik karenah rakan-rakannya itu. Dua belas yang dikatakan oleh gadis itu rupa-rupanya terdiri daripada 10 orang rakan-rakannya bersama anak-anak.
Malam ini Zharif dan Puteri yang mengambil alih pelanggan tersebut.
Aku? Heh, ni Akidlah... Tengok crush je kerja dia. Eh, crush ke?
Hah, makin melalut pulak otak aku ni! Dahlah, baik aku pergi jalan-jalan kat luar sekejap. Daripada pandang anak dara orang aje. Boleh dapat dosa tau.
Semasa aku berjalan keluar pintu kafe, hujung lengan bajuku ditarik.
Aku pun toleh belakang. Ada Puteri tengah diri tegak kat belakang aku. Kepalanya ditunduk ke bawah.
"Eh, Puteri. Ya, nak apa?" Aku memulakan mukaddimah.
Puteri masih menunduk. Jarinya bermain satu sama lain. "Emm... Akid dah ingat ke belum?"
Aku kerut dahi seribu. Hah? Soalan apa Puteri bagi kat aku ni?
"Err... Apa maksud Puteri? Akid tak fahamlah." Aku cuba berlembut dengannya. Mana tahu mood Puteri yang tak baik, kan?
"Alaa... Yang pagi tadi tu. Akid dah lupa la tu." Puteri mengeluh perlahan.
Aku kerut lagi dahi. Sejuta kerutan.
Pagi tadi? Hah? Ada apa ek pagi tadi?
Hah! Ingat!
"Pasal... Ashiqin ke?" Soalku inginkan kepastian.
Puteri mengangguk.
Aku tergamam sekejap. Pasal tu ke? Aku tak fikir apa-apa pun. Huu... nak jawab apa ni?
"Err... Akid tak ingat."
Puteri buat muka kecewa aku agak. "Hmm... yeke. Okay..."
Aduh... Bersalah pulak aku. "Takpe, Puteri. Nanti Akid ingat Akid bagitahulah."
Puteri senyum segaris. Lalu dia duduk di kaunter.
Aku pun apa lagi? Fikir dan cuba ingat-ingatkanlah siapa... Ashiqin?
Malas aku nak fikir sekarang sebab aku takde mood. So, apa lagi? Media social mood on!
Aku cubalah godek-godek aplikasi Twitter aku ni. Macam dah lama pula tak on app ni.
Tengah scroll-scroll Twitter, terhenti pulak dekat satu account ni. Eh, macam kenal! Ya, username dia.
PFarahani68
Ni akaun Puteri, kan? Kalau tak silap ni memang dia! Sebab aku tahu nama penuh dia. Puteri Farahani. P mesti untuk Puteri.
Then, aku terus check latest tweet yang dia post. Bingo!
PFarahani68
Setiap yang hidup pasti merasai kematian. Innalillahiwainnailaihirojiun. Farah redha dengan pemergian awak, Ikin. Banyak kenangan manis kita bersama. Cuma... Farah nak sangat tahu why you died suddenly?!
Wait? Ini ke yang Puteri maksudkan? Jap. Otak aku tengah berfungsi ni. Sabar...
Okey! Dapat! So, nak dijadikan cerita... Ashiqin is Puteri's best friend? Then, she asked me why Ashiqin died? Is it like that? So, that's mean... Ashiqin is died?! What?
Patut aku tengok Puteri macam tak bermaya je. Okey. Now, aku faham.
Her friend is died suddenly. Takde khabar berita. But... why she asked me?
Hmm... Think and think...
Still thinking...
Okay, gotcha! She knows I can see spirits in my dream! Uh-oh... What must I do?!
Apa aku nak jawab ek dekat Puteri nanti? Haduh... patutlah semalam...
Hah?! Semalam aku ada mimpi someone! Someone mati dibunuh! Ya, mati dibunuh! Lebih tepat sekali, diseksa!
Ya! Aku patut bagitahu Puteri sekarang! Tapi kan... mood Puteri tengah swing sikit. Hah, lantaklah!
"Puteri!" Panggilku.
Puteri yang sedang duduk di kaunter sambik bermain telefon bimbitnya memandangku.
Aku melambaikan tangan tanda menyuruh Puteri untuk datang ke sini.
Puteri sekarang berada di hadapanku.
Ya Allah, apa aku nak cakap ya? Macam mana nak mulakan? Gugup pulak terasa.
"Err... Puteri."
"Hmm?"
"Akid dah ingat dah siapa Ashiqin."
Mendengarkan ayat aku itu, Puteri membeliakkan matanya.
"Hah? Yeke? Okay, so how?"
Aku mengerutkan kening.
Puteri mencebik. "How. She's. Died?"
Ouh. Aku faham. Tapi takkanlah Puteri tak tahu. Gaya Puteri macam kenal sangat Ashiqin tu. Ah, lantak.
"Okey. In my dreams, Akid tak pastilah itu Ashiqin ke tak, but I think yes. Because she's the last one 'spirits' I've dream. You know, my dreams is only about the nearest spirits into me. No, I mean..." kata-kataku tergendala seketika apabila Puteri mencantas dialogku.
"Okey, okey. Puteri faham. Sebenarnya, Akid nak cakap yang semua roh yang Akid pernah mimpi mesti adalah orang terdekat Akid? Atau lebih tepat sekali... Ada hubungan? Pernah jumpa? Or anything else?" Soal Puteri inginkan kepastian.
Aku memetik jari. "Yups. Betul tu!"
"Jadi, apa lagi yang Akid tahu daripada mimpi tu?"
Aku gagap seketika. "Err... Puteri tahu? Yang mimpi Akid ni sentiasa tak 'Full Movie'?"
Puteri membeliakkan matanya. "Hah? Alaa... takpelah. Tapi kan, kalau boleh setiap kali Akid mimpi... boleh tak bagitahu Puteri selalu? Boleh kan, boleh kan?"
Terkedu aku tengok Puteri yang sekarang ni. Bapak ah berubah betul ni! Sebelum ni lemah lembut. Cakap slow-slow je. Sambil kelip-kelipkan mata dia tu. Aduh!
Lambat-lambat aku mengangguk.
Tengok Puteri aku dapat agak dia happy. Sebab tadi macam pucat tak bermaya. Macam zombie hidup pun ada!
Haih, apalah nasib bila ada mimpi yang berepisod-episod macam drama ni. Haih...
ASHIQIN...
Ashiqin...
Hmm, asal aku mimpi lain daripada yang lain eh malam tadi?
Korang nak tahu aku mimpi apa?
Mari aku ingat balik.
-flashback-
Sepasang kasut kulit mahal menghentak perlahan tetapi bunyi yang terhasil sangatlah gerun apabila berada di tempat yang sunyi.
Gema. Ya, tapak kasut itu bergema. Pemakai mendekati seorang gadis yang ketakutan. Perlahan dia mendekati gadis itu.
Tup! Sampai betul-betul di hadapan gadis polos itu.
Wajah gadis itu penuh dengan peluh yang merenek di dahi. Jelas ketakutan pada wajahnya.
Semakin gadis itu takut, semakinlah pemuda berkasut kulit itu suka. Senyum. Dia senyum lebar. Alangkah gembiranya dia apabila melihat seorang gadis di hadapannya takut untuk berdepan dengannya. Terasa bagaikan Tuhan.
"Noor Ashiqin binti Kamarul."
"Hmm... buen nombre... I mean, sedap nama..."
Pemuda misteri itu bersuara perlahan. Seperti berbisik.
"Kau... Aku berminat nak kenal kau... Dengan lebih mendalam... Umur kau... Aku suka umur kau... Wajah kau... Bagaikan bidadari... Yang ketakutan apabila... Berdepan dengan... Bidadara syaitan..."
"Me gustas..."
Bersuara dengan penuh bernafsu. Semakin melebarlah senyuman pemuda misteri itu.
"You know what the mean of 'me gustas'?"
Tangannya dimasukkan ke dalam poket sutnya. Kelihatan sesuatu yang dikeluarkan.
Pisau.
Kilat, licin dan tajam.
Gadis tadi terduduk. Terkedu. Terkejut. Takut. Itulah yang boleh dinyatakan untuk gadis itu.
"A-Ap... Apa yang... awak... n-nak buat?"
Tergagap-gagap gadis itu menuturkan kata. Peluh semakin membasahi wajah.
Pemuda itu tersenyum sinis sambil berbisik.
"I am... Asesino."
Buk!
"Arghhh!"
Share this novel