Bab 2 - Airis Qaireena

Action Series 543

AKU memaksa kelopak mata aku supaya terbuka. Terpisat-pisat aku menggosok mata. Buka-buka je mata, first benda aku cari ialah... Handphone. Yup. My phone.

Haha. Aku tahu teknologi yahudi sekarang memang bertujuan untuk menyesatkan umat Islam. Tapi aku pun tak tahu. Memang bangun pagi, aku akan cari phone. Tapi aku taklah lupa nak baca doa bangun tidur dulu. Memang umi ngan abah dari kecil dah ajar aku and siblings macam tu. So, dah terbiasa.

Lantas aku duduk dan bersandar di kepala katil. Mata aku fokus memandang ke arah skrin even sepet sebab baru bangun tidur.

Tengok jam. Pukul 6.20 a.m. Check notifications jap. Hm, 2 missed calls sejak pukul 11.15 p.m. Daripada Zharif? Hah... Lantaklah. WhatsApp? Hm, malas nak bukak. Beratus-ratus. Nantilah.

"Huargh, ngantuknya. Subuh dululah. Then, breakfast. Then, siap-siap. Lastly, go to the cafe." Bebelku sendiri mengatur aktiviti untuk hari ini.

Aku pun ambil tuala, masuk tandas. Mandi-mandi, bersihkan diri dan berwudhu'. Lepas aku dah siap segalanya kat dalam tandas, aku terus solat Subuh.

Kriukk... Kriukk...

Haih, dah start dah perut aku nak berkaraoke time ni. Makan dululah. Siapa je eh yang dah bangun. Okay, jom turun bawah.

Aku turun tangga dengan perlahan. Kelihatan ruang tamu gelap dan kosong. Tapi kat dapur terang-benderang. Aku melintasi ruang tamu yang gelap gelita itu.

Selak je langsir kat dapur...

"Oh, morning along." Tegur Airis, adik manja aku sambil tersenyum manis menampakkan barisan giginya yang putih.

Aku membalas senyuman. Tetapi segaris jelah. Buat apa nak senyum sampai ke telinga macam adik aku tu. Buang masa je.

By the way, Airis memang. Kerja dia senyum aje. Kadang-kadang meluat jugak aku tengok dia asyik tersengih sorang-sorang. Macam kerang busuk. Katanya, biarlah. Senyum banyak-banyak dapat mengekalkan awet muda. Heh. Muda la sangat.

Tapi... Bila sekali senyuman dia hilang di wajah, semua orang haru-biru. Gundah-gulana. Dan macam cacing kepanasan. Tak tahu nak buat apa. Itulah dia aura seorang Airis Qaireena binti Dato' Khaliff Rais.

Aku memulakan mukaddimah. "Dik buat apa tu? Awal bangun." Sambil menarik salah sebuah kerusi yang ada di dapur kemudian duduk sebentar.

Kedengaran pertanyaanku seperti menyindir. Tetapi percayalah, tak sebenarnya. Orang sayang adik kut.

Kalau nak ikutkan, nak aje aku sindir adik aku ni. Mana taknya, terkejut jugak aku bila nampak dia kat dapur early morning macam ni. Sebab, kalau nak ikutkan... actually Airis ni selalu bangun paling awal pukul 9.30 pagi. Kalau awal sangat pun just untuk solat Subuh. Then, she continued her sleep. Haih, adik, adik.

Tapi tulah, kan aku dah kata. Orang sayang adik memang macam ni. Tak nak sindir- menyindir. Dahlah sekali si Airis tu merajuk, hampir satu Johor cari pun tak jumpa-jumpa. Hmph, memang takleh buat bini.

"I'm gonna wake up for Subuh. Then, I feel like I can't sleep. So, I tried to sleep. But I can't. I tried again and again, but no choice. I still can't sleep. So, that's why I'm here. In Umi's Kitchen. With my favourite Essenso. Mmuah!" Balas Airis panjang lebar sambil mencium muk yang dipegangnya.

Hm, Airis kan memang. Orang tanya sepatah, sekamus dia jawab.

Tapi kadang aku jealous jugak ngan Airis ni. Bukan sebab dia anak emas umi ngan abah. Cuma dia lebih terror speaking daripada aku. Aku tanya macam mana boleh pandai sedangkan dia taklah rajin mana nak pergi sekolah dulu. Dia jawab umi ajar. Hailah, umi. Ajar Airis aje ke, Along ni tak nak ajar?

Aku hanya mengangguk perlahan apabila bebelan adik aku menemui noktah. Malas nak layan sebenarnya, tapi tulah. Airislah satu-satunya adik perempuan aku yang patut aku jaga dan lindungi dia, yang suka ambil berat hal aku, sporting ngan aku... and other.

Angah? Hm, dia 24 jam dengan buku dia ajelah. Tak. Bukan aku nak marah dia sebab asyik baca buku. Yelah kan, membaca kan jabatan ilmu.

Cuma, sebab bukulah dia ignore aku dan Airis. Sanggup ke kedai buku ketika demam panas bila buku yang dibacanya dah habis. Aku ngan Airis? Hm, macam ada dua orang adik-beradik ajelah.

"Dik, tolong buatkan aku sandwich telur boleh? Please..." rayuku pada Airis.

Sengaja aku buat muka kawaii depan dia, biar dia terkesan sikit. Sebab Airis memang pemalas pun. Dengan umi and abah je dia rajin. Itupun tak tahulah pura-pura ke tidak.

Airis yang sedang minum kopi kegemarannya sambil bermain handphone, lantas memandangku.

Kemudian, dia memandang ke tempat lain pula. Kejung di situ. Seperti sedang berfikir. Ceh, nak buatkan sarapan untuk abang sendiri pun kena berfikir dua tiga kali dulu.

"Hmm... What will I get?" Soal Airis kepadaku. Keningnya diangkat berkali-kali.

Aku pun apa lagi? Haih, Airis... Airis... Sandwich telur je pun.

"Hmm... you will get... A Cadbury Bubbly Chocolate?"

Airis mengangguk laju. Setuju dengan cadangan aku.

"Alright. I'll make it now!" Sahut Airis sambil mengangkat tinggi tangan kanannya ke udara.

Dengan pantasnya, Airis membasuh muk yang digunakannya tadi. Kemudian, dia mengeluarkan bahan-bahan yang sepatutnya. Dengan lincahnya, Airis menyiapkan request order aku tadi.

Kira-kira 10 minit lebih gitu, Airis meletakkan sepinggan roti sandwich telur yang telah siap dihidang dihadapanku.

'Hmm... sedap bau. Pandai aje adik aku ni bekerja kat dapur. Cuma tulah. Mengharapkan pembalasan.' Getus hati kecilku.

"Air mana air?" Soalku bila tak nampak kehadiran sebarang muk di situ.

"Did you just said 'sandwich telur' only? No drink. If you want too, give me one more Cadbury Bubbly Chocolate. Deal?" Airis mengangkat keningnya.

"Ceh, kedekut." Aku tak mampu nak balas apa-apa. Geleng je mampu. Mana taknya. Pokailah aku nanti kalau beli Cadbury selalu. Ya, aku tahu aku anak Dato'. Tapi itu tak membuktikan yang aku hidup senang.

Kadang orang pun pelik dengan aku. Yelah, anak Dato' tapi kerja kafe. Memanglah kafe tu popular sekarang. But now, aku just pekerja biasa. Bukannya owner. You know. Bukan owner.

Actually, aku yang minta nak jadi pekerja biasa je. Nak jugak jadi orang rakyat biasa-biasa je kan. Tak bestlah asyik hidup senang je. Takde life experience lah kalau gitu. Tapi, sometimes teringinlah jugak nak jadi owner kafe tu. Lagipun, boleh je kalau aku nak kafe tu terus. Just inform abah aku. Then, settle. But, itu bukan cara aku. Aku lebih suka guna usaha sendiri. Yow, ni Akid lah! Usaha tangga kejayaan!

"Takpelah, Along buat air sendiri." Aku mengalah.

Lepas buat air milo panas, aku sambung breakfast yang tergendala sebentar tadi. Makan punya makan. Minum punya minum. Tup, tup. Dah habis...

Aku tengok jam. 7.45 pagi. Eh, mana umi ngan abah? Tak turun-turun lagi. Selalu pukul 7 dah siap dah. Ni, batang hidung pun tak nampak.

Pada masa yang sama, aku nampak Mak Mah baru keluar bilik. Kemudian, dia masuk dapur.

"Eh, Tuan Akid dan Cik Airis dah bangun? Selamat pagi. Dah sarapan dah ke? Mak Mah belum sediakan apa-apa lagi ni. Maaf ya." Tegur Mak Mah yang kelihatan serba salah.

Aku hanya tersenyum dan menggeleng.

"Don't worry, Mak Mah. Nothing to sorry." Balas Airis di sebelahku.

Mak Mah mengangguk dan meminta izin untuk memulakan tugasnya di dapur.

"Okeylah dik, Mak Mah. Akid siap-siap dulu ya. Hari ni nak pergi kafe awal sikit." Aku meminta izin untuk naik ke bilik dan bersiap-siap untuk ke Khasyah Cafe. Saja nak datang awal sikit hari ni.

AKU berjalan menuju ke kafe selepas memarkir kereta. Aku membuka semua lock door. Aku masuk, kemudian membuka semua suis. Aku lihat jam di dinding. 8.23 a.m. Hm, baik aku kemas sikit-sikit, sapu ke, apa ke.

Umi ngan abah aku takde kat rumah. Mak Mah kata diorang ada meeting tergempar awal pagi tadi. Tu yang tak sempat nak bagitahu aku dan adik-beradik.

Tengah aku kemas-kemas, aku nampak ada seorang gadis berdiri di depan pintu kafe.

Aku pun memandang wajahnya.

"Eh, Puteri? Awal datang?" Soalku.

-To be continued-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience