"EH, Puteri? Awal datang?"
Puteri hanya tersenyum segaris. Lambat-lambat dia berjalan ke arah aku.
"Akid, Puteri nak tanya sikit boleh tak?" Soal Puteri lemah lembut. Aku perasan muka dia macam tak bermaya. Mata dia pun ada eyebag. Tak cukup tidur agaknya. Ke demam?
Aku membuat muka hairan. Eh, Puteri ni. Datang kerja awal-awal lain macam pulak dia ni. "Eh, tanya je lah. Bukan kena bayar pun."
Puteri tersenyum segaris.
"Betul ni?"
"Yup."
"Tak gurau eh?"
"Eh, buat apa nak gurau pulak."
"Okay..."
Puteri menarik nafas panjang. Kemudian dihembuskan. Matanya tepat memandang aku. Eih, seram pulak aku kalau gini. Puteri ni dah kenapa?
"Kenapa Ashiqin mati?"
Zup! Berderau darah aku dengar Puteri cakap macam tu.
Mana taknya, look at her. Dia punya shift petang ngan malam aje. Now, pagi. Dahlah datang tiba-tiba dengan muka pucatnya. Seram jugaklah aku. Pastu, tanya kenapa Ashiqin mati. What the hell is this?! Who is Ashiqin?!
"Erk... Err... Puteri, are you okay? And... who's Ashiqin?" Aku bertanya gagap. Serious, aku tengah blur sekarang ni. Apa maksud Puteri?
Aku nampak Puteri mengeluh perlahan. "Okey. Sorry. Puteri ingat Akid kenal Ashiqin. Takpelah. Kalau Akid dah ingat siapa Ashiqin, bagitahu Puteri tau. Nak tahu jugak apa punca dia takde. Sorry, again. Bye."
Laju Puteri melangkah keluar dari kafe.
Tapi aku still blur. Serious, aku tak faham apa-apa. Apa Puteri nak? Ashiqin? Aku kenal dia ke? Siapa, eh? By the way, apa maksud Puteri 'nak tahu jugak apa punca dia takde'? Arghh! Who's Ashiqin?!
"Assalamualaikum..."
Kedengaran satu suara yang telah mengganggu lamunanku.
Aku menoleh kemudian menjawab salam. Eh, awal pulak si Boba ni datang? Heh, lantaklah.
"Buat apa tu, babe?"
"Cuci motor." Balasku acuh tak acuh.
"Bad mood nampak..."
"Seriously, kau dah nampak aku tengah lap meja kan? Yang kau tanya tu asal?"
Zharif tersengih.
"Alaa... kita kan Melayu..."
Aku menjeling Zharif.
Kelihatan Zharif berjalan dan menyangkut kunci motornya di tepi kaunter. Jaket dibuka. Apron disarungkan ke tubuh.
"Mana Luqman?" Soal Zharif sambil mengemas sedikit di tempat kaunter pembayaran.
Aku lihat jam.
"Sembilan minit lagi." Balasku.
Zharif mengangguk tanda faham. Maksudnya sekarang pukul 8.31 lah tu. Sebab selalunya kafe ni buka pukul 9.00 pagi. So, owner galakkan pekerja dia datang pukul 8.40 pagi supaya dapat standby kan apa yang patut.
"Eh, Kid. Tadi aku nampak Puteri keluar dari kafe ni. Muka pucat pulak tu. Aku tegur, dia terus lari. Ada something yang kau bual ngan dia tadi ke sebelum aku sampai?" Tanya Zharif sambil matanya mengecil ke arahku.
Aku mengeluh lemah. "Hm, entahlah. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana."
Zharif datang dekat ke arahku. Lantas menepuk kuat bahuku yang sedang mengelap meja.
"Cakap pakai mulutlah, babe." Sindir Zharif sambil tersengih ke arahku.
Aku menjeling Zharif. Malas nak layan. Tahu dah Zharif tu. Lawanlah mulut dengan si Boba tu. Sampai esok pun takkan habis.
Kelihatan Luqman dan Yasmin baru sahaja masuk ke kafe. Dia orang beri salam, aku jawab je dalam hati. Aku bukan sombong. Tapi aku still fikir pasal Puteri sekarang ni. Apa maksud Puteri, eh? Ashiqin? Serius, aku tak pernah dengar nama tu sebelum ni. Kalau pernah pun dulu je masa aku sekolah menengah. Itu pun Asikin. Bukan Ashiqin.
Hah... Tak tahulah. Nantilah aku fikir. Sekarang aku nak kemas meja pulak.
Kelihatan seseorang sedang masuk ke dalam kafe lalu duduk di meja yang berdekatan dengan pintu masuk.
Lihat dari segi pakaian, macam doktor. Pakai kot putih. Tapi, dari segi orangnya... Hmm...
Pakai tudung shawl peach menutupi dada. Kasut sneakers jenama Adidas berwarna putih kelabu. Handphone kecik aje aku tengok. Aik? Bukan doktor gaji besar ke? Lantaklah. Biarlah orang nak pakai apa pun. Yang aku nak sibuk kenapa.
Tapi perempuan tu nampak hipster pulak bila pakai gitu. Haha. Aku memang tak bolehlah kalau tengok perempuan ala-ala remaja yang berpakaian sedikit hipster atau ayu. Tapi mengikut syariah. Memang comel!
Aku baru je nak ambil order gadis tadi, kelihatan Yasmin berjalan ke arah gadis itu sambil memegang not dan mengeluarkan pen.
Aku mengeluh perlahan. Alaa... Baru nak ambil order dia tadi... Hm, takpelah.
Kalau dengar cara aku mengeluh, mesti macam budak-budak yang tak dapat beli lollipop. Hahaha.
Aku sambung tugasku yang tergendala sebentar tadi. Kelihatan Yasmin mendekatiku.
Eh, asal datang sini? Kejapnya ambil order.
Setibanya Yasmin di hadapan aku, Yasmin bersuara. "Aaa... Akid. Nak tanya."
Aku mengangguk.
"Customer tu kata boleh tak dia nak booking 4 meja yang besar untuk pukul 8.30 malam ni. Katanya dia nak buat parti kecil-kecilan."
Aku tercengang. What?! Four tables? Nak buat apa?
"Hah? Banyaknya. Meja kat kafe kan kecil-kecil aje. Sikit pulak tu. Kenapa nak kat kafe jugak? Tak boleh ke kalau kat restoran lain?" Suaraku diturunkan dengan nada perlahan. Takut-takut kalau ada orang dengar.
Yasmin mengangkat bahu.
"Hmm... Mungkin lebih baik kalau Akid yang handle customer tu. Boleh?"
Aku tak angguk, tak geleng. Laju aku melintasi Yasmin.
Sampai je depan pelanggan tadi, aku cuba untuk memaniskan muka.
"Assalamualaikum. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?"
Gadis tadi yang sedang ralit memandang skrin telefon, memandangku dengan bola matanya yang kelihatan sedikit coklat. Cantik anak mata dia!
"Err... Saya sebenarnya datang sini sebab nak booking beberapa meja yang bersaiz besar untuk adakan parti kecil-kecilan malam ni." Jawab gadis tadi dengan lemah lembut. Mukanya dihiasi dengan senyuman kekok.
Aku mengangguk perlahan. "Hm, saya sebenarnya bukanlah nak halau cik. Tapi lebih baik kalau cik adakan parti tu dekat mana-mana restoran terdekat. Sebab meja kami semuanya kecil-kecil je."
Seriously, aku rasa teramatlah bersalah masa nak cakap tadi. Dengan si perempuan tu buat muka kecewa dia. Haduh, bersalah saya.
"Aaa... saya nak adakan kat sini sebab tak nak tempat yang terbuka. Kafe ni kan tertutup jadi saya lebih selesa dekat sini." Balas gadis tadi sambil menghadiahkan sebuah senyuman. Kekok. Huhu.
Tengok muka dia aku jadi makin bersalah. So, better accept ajelah. Kalau parti mestilah beli makanan banyak, kan? So, kira rezekilah ni.
"Baiklah. Tapi, berapa orang?"
"12 je."
"Je?"
"Ye."
Wah... bukan calang-calang ini gadis. Senyum manis kat aku...
"Okay. Choose your table and place."
Gadis tadi mengangguk. Kemudian, dia berdiri. Handphone di tangan disimpan di dalam poket kot putihnya. Tertera nametag di kotnya.
Izzara
Cantik nama. Secantik orangnya. Haha. Apalah aku ni. Anak dara orang ni... Jangan diganggu... Marah umi nanti... Bukan anak abi kalau 'menggatal'.
Gadis yang diberi nama Izzara tadi terus berjalan menuju ke arah hujung sudut kafe. Kelihatan dia berfikir untuk seketika. Kemudian dia tersenyum dan mengangguk.
"Yang ni bolehlah. Tapi saya nak empat meja. Kalau boleh susunkan bentuk segiempat supaya semua meja menghadap."
"Alright. Four tables booked."
Share this novel