Bab 5 - Izzara...

Action Series 543

MARKER pen yang dipegang dibawa ke ruang yang diberi nama 'Estación de Estudio'. Terpampang wajah seseorang di papan kenyataan itu.

Lelaki yang bertuxedo hitam itu tersenyum. Marker diconteng ke arah gambar seseorang itu. Atau lebih tepat lagi, dipangkah.

"Satisfecho!"

"Puas hati aku."

Kemudian, matanya bertukar arah pada gambar di sebelahnya. Kelihatan...

Seorang gadis bertudung.

Senyuman dilebarkan.

"Rieny..."

"In Spanish... Bermaksud... Ketawa."

Lelaki itu ketawa halus.

"I miss you my Spanish Angle."

"ALONG! Wake up! It's already 10.30 a.m!"

Terbeliak mataku apabila jeritan atau lebih kepada teriakan betul-betul berada tepat di sebelah telingaku.

Aku pandang sebelah. Huh!

"Adik! Asal kacau orang tengah tidur? Aduh, potong ah." Rungutku.

Hm, mimpi tengah syok tadi.

Airis mencebik. "Hello! Umi yang suruh, okey. If you want to get angry, get mad at Umi. After all, if you're brave. In the morning, you want people to spit. I'm gonna tell Umi."

Hah, dah start dah slang British dia. Power betul English adik aku ni.

Aku pun mencebik. "Hah, yelah-yelah. Dah, gi main kat luar." Aku menghalaunya.

"Eh, ingat orang ni budak kecil lagi ke?"

"Ha'ah. Memang. Budak kecil cerewet. Kuat bebel. Perasan cantik."

Usai mendengar aku menyakat dia, terus dia lari keluar bilik. Cari seseorang. Siapa lagi kalau bukan Datin Aisyah as known as Umi, kan? Tergelak juga aku dengan perangai adik bongsu aku ni.

Huargh... Mengantuknya! Menggeliat luu... Aku tengok jam di dinding bilikku yang berbentuk gitar. 10.31 a.m.

Pergh, lewatnya aku bangun. Inilah akibat tidur lepas Subuh. By the way, nak aje aku sambung tidur. Mana taknya, mimpi indah kut tadi.

Nak tahu ke mimpi apa? Hmph... No, no, no.

Tapi tulah. Nanti si Princess Airis perasan cantik tu pergi report kat Queen Umi.

Tiba-tiba, telefon bimbitku berbunyi. Aduh, jauhnya handphone aku. Malasnya nak ambil...

Bangun ajelah.

Aku mendekati meja kecil yang menempatkan jam loceng dan telefon bimbitku. Tertera nama Zharif yamg keluar. Nak tahu aku save nama dia apa?


Boba Kurang Tepung

Hahaha... Lawak tak? Nak tahu kenapa? Sebab... Si Zharif ni, peminat nombor satu Boba! Tak kisahlah apa pun perisa air tu. Yang penting, ada Boba.

Tapi dulu lain, sebab dulu mana ada boba-boba ni. Dulu aku pun tak ingat apa nama Zharif yang aku save. 'Psycho w' Puteri' kut. Entahlah. Lagipun, aku memang suka save contact orang dengan nama yang pelik-pelik.

Eh, dahlah. Entah berapa jam aku berdialog sorang-sorang ni. Apa lagi? Angkatlah call. Kang merajuk si Boba tu.

Tut... tut...

"Assalamualaikum, Kid."

"Waalaikumussalam. Haa... nak apa?"

"Hamboi... Suara baru bangun tidur. Sah Subuh gajah! Hahaha."

"Eh, kau... Mana ada. Aku tidur lepas Subuhlah. Tu yang suara macho baru bangun tidur! Serak-serak gitu kan..."

"Ah, kau... Bab berangan memang nombor satu. Macho konon. Single aje memanjang. Hahaha!"

"Eh, kau. Nak cakap orang dia pun sama."

"Hello, sekurang-kurangnya aku muda setahun daripada kau, okey."

"Ah, tak ada kurang. Tak ada lebih. Yang kau call aku ni kenapa? Nak apa? Nak bayar hutang?"

"Aik? Aku tak ada hutang apa-apa ye dengan kau. Aku call ni sebab nak ajak kau lepak tengahari ni. On tak on?"

Berkerut jugak dahi aku ni. Apa pasal si Zharif ajak aku lepak? Selalu ajak lepak hujung minggu hari Sabtu. Masalahnya, hari ni Jumaat.

"Tengahari? Seriuslah. Kau tak Solat Jumaat ke?"

Kedengaran seperti Zharif mencebik.

"Aduh, kau ni kan, Akid... Maksudnya, aku ambil kaulah tengahari ni untuk Solat Jumaat. Then, lepastu kita lepaklah!"

Aku senyum sendiri. Aduh, loadinglah kau ni, Akid. Patut single. Eh?

"Ohh... okey-okey. Pukul berapa kau ambil?"

"Haa... Lupa... Anak Dato' mesti ada banyak kereta, kan? Hahaha! Kaulah ambil aku. Pakai kereta best-best ye..."

Ceh. Kurang asam gelugur punya Boba!

"ASAL lambat? Berkurun tau aku tunggu. Imam masjid pun dah berjambang tunggu kau. Dahlah lambat. Pakai kereta murah pulak tu. Haih..."

Aku mencebik.

"Eleh, kau. Kira okey dah ni aku nak ambil kau. Kalau ikutkan, lalu depan rumah kau pun aku tak hinginlah! Dahlah merungut pakai kereta apa. Eh, adik bongsu aku lagi pandai bersyukur la. Imam masjid tunggu konon. Kau dengan imam masjid pun tak pernah nak bertegur sapa."

Itu dia... Berdas-das aku hentam si Zharif ni. Mana taknya, banyak sangat celoteh. Aku lebih rela layan Airis daripada layan si Zharif ni. Inilah padahnya akibat terlebih makan boba. Mulut pun macam boba! Bebel aje tahu.

Zharif tersengih.

"Haduh, kau... gurau-gurau manja pun tak boleh ke? Janganlah sentap sangat."

Argh, Zharif ni. Gurau tak kena tempat! Aku dah bagi tazkirah dah pun.

"Kepala hotak kau gurau manja! Dasar lelaki lembut!"

Patut pun Puteri malas nak layan kau!

Nak je aku sambung ayat tu. Tapi sebab aku rasa aku dah melampau sangat. Kang merajuk brotherhood aku nanti. Siapa nak pujuk?

Haa... sejahat-jahat mulut Akid ni... Hati dia baik... Cepat rasa kesian... Hahaha.

Eh, tapi mulut Akid tak jahat eh...

"Haa... dah, dah. Imam masjid pun dah berbini empat tunggu kau. Lambat sangat naik kereta. Cepat!"

Zharif hanya mengangguk bak burung belatuk. Yelah... Dah kena sound dengan 'bakal' pemilik tempat kerja dia kan... Eh?

USAI Solat Jumaat, aku dan Zharif berjalan di sekitar kafe untuk mengambil angin pada hari minggu. Eh, kerja ke? Mestilah. Ini Jumaat, okey.

Habistu kenapa aku dengan Zharif rileks je jalan-jalan? Bukan ke kami ni shif sepenuh masa? Sekarang dah petang dah pun.

Hehe. Sebenarnya kitorang sengaja ambil shif separuh hari. Yang pagi macam biasalah. Luqman dan Yasmin yang buat kerja. Hahaha. Kejam betul aku. Hari minggu suruh dua orang je pekerja yang akan bertugas di kafe.

Ala... sekali-sekala, kan? Bukan selalu Akid macam ni.

Lagipun, Luqman dan Yasmin tak ada pula nak merungut bagai. So, greenlight untuk aku dah ada depan mata!

Tiba-tiba, aku rasa ada sesuatu menyiku lenganku.

"Kid, tengok tu." Bisik Zharif di sebelahku.

Aku? Pandanglah mana yang Zharif tunjuk tu.

Mataku mengecil. Ingin fokus ke arah yang ditunjukkan Zharif tadi.

Kelihatan ada sebuah keluarga kecil sedang berkumpul di hadapan pintu sebuah farmasi. Eh, farmasi? Sejak bila ada farmasi dekat area Skudai? Kalau ada pun, baru dua buah. Itupun jauh dengan kawasan-kawasan sini. Agaknya Zharif nak tunjuk inilah tadi kut.

Aku pandang nama farmasi tersebut.


Pharmacy Bee Centre.

Hm, aku agak ni farmasi baru. Eh, ada gambar lebahlah dekat banner yang terdiri di sebelah pintu masuk!

Aduh, Kid. Gambar kartun lebah pun nak kecoh. Patut tak ada orang nak.

"Weh, Kid. Asal bising-bising dekat farmasi tu?" Zharif menghentikan lamunanku.

Mata kami memandang ke arah pintu masuk farmasi tersebut.

Seorang ayah, ibu dan anak perempuannya. Ya, mungkin sebuah keluarga. Kemudian, ada seorang gadis yang aku agak adalah pekerja di farmasi tersebut.

"Nampak macam bergaduh aje."

Aku mengangguk. "Itulah. Kita datang dekat, nak?"

Zharif mengangkat kening. Memberi tanda 'jom'.

"Err... Assalamualaikum. Maaf, ada apa bising-bising ni, ya?" Aku memulakan mukaddimah.

Seorang lelaki yang aku fikirkan ayah itu memandang aku dan Zharif.

'Uish. Berpeluh. Farmasi bukan sejuk ke?'

"Waalaikumussalam. Kamu berdua ni siapa?"

Zharif memperkenalkan diri kami dengan ala kadar sahaja. Tak perlu nak terperinci pun.

"Tak, ni ha... Semalam anak kami ni demam. Tak sempat nak pergi klinik, kami pergilah farmasi ni. Lepas tu, dia bagi ubat dan bil harga ubat. Dalam bil tulis dua ubat harganya RM60. Saya pun bayarlah. Tapi bila kami balik rumah, ada satu ubat je yang dapat. Mana lagi satu ubat tu? Tahulah farmasi baru buka. Tapi nak majukan tu tak perlulah sampai tipu pelanggan. Habis duit kami!"

Panjang lebar lelaki itu memberi keterangan. Nampaknya, dia memang nak menang.

Aku pandang gadis yang berkot putih tadi

Eh, sekejap. Aku rasa... Macam pernah nampak perempuan ni. Tapi kat mana ya... Hah, nantilah. Sekarang bukan masanya, Akid.

Gadis tadi membuka mulut. "Erm, sebenarnya saya tersilap sebab saya masih baharu. Maafkan saya sangat-sangat. Saya cuai."

Okey. Aku dah dapat cam siapa dia. Gadis yang datang kafe aku tempoh hari. Nama dia apa aku tak ingat.

Macam mana aku boleh cam dia? Hm, tengok muka kesal dia pun dah dapat ingat macam muka kesal dia hari tu sebab tak dapat adakan makan-makan dengan kawan dia.

Zharif pula menyampuk.

"Laa... minta maaf aje? Dah tu? Tak nak pulangkan duit ke?"

Gadis tadi mengeluh.

"Sebenarnya, bukan saya tak nak. Tapi peraturan farmasi, duit tidak boleh dipulangkan. Kalau nak juga, kami boleh gantikan dengan ubat atau barang yang lain. Yang penting, duit tak boleh dipulangkan."

"Then, why not you give them that medicine which you've done careless for?"

Sampukku tiba-tiba.

Aih, mulut ni. Asal gatal sangat nak speaking, hah? Nak tunjuk handal? Huh, bukan masa yang sesuai...

Gadis tadi menjawab dengan laju.

"It's not that I don't want to. But, they said they didn't want that medicine. They just want that money. So, I have no choice. Mala suèrte."

Dialog gadis itu bagaikan air sungai yang deras. Laju yang teramat! Dan... fasih yang teramat! Serupa adik bongsu aku, Airis.

Tak sangka pula aku dia balas aku balik dengan speaking. Full English. Tak ada Malay. Tapi kan... aku ada dengar sesuatu tadi. Ayat last perempuan tu. Dia cakap perlahan sangat masa sebut ayat last tu. So, aku tak berapa nak dengar.

Tak apalah. Never mind. Hehehe.

"Wait, Dzakwan?"

Lamunanku terhenti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience