Rate

BAB 11- UBAT

Romance Completed 454604

Inas kebingungan sendiri.. Di rumah yang besar dan mewah itu..nak cari Raif dia malu.. Serba salah jadinya..

"lah kenapa berdiri disini inas? Kenapa tak masuk bilik...?" tanya Maya.

" Hmm.. Inas.. Tak tahu bilik inas..." kata Inas polos..

"hah! Iya ke.. Manja ni nak kena tau.. Ke manalah dia menghilang.. Boleh pula dia tinggalkan Inas sendirian macam ni.." kata Maya menarik lengan Inas secara lembut.

"marilah naik ke atas mama tunjukkan bilik untuk Inas.." kata Maya..

Berjalan lah mereka berdua memanjat anak tangga naik ke atas.. Inas terpegun melihat susun atur ruang rumah itu kelihatan sangat kemas dan teratur..

"ini biliknya, Inas.. Inas masuklah.. Mandi solat dulu ya.. Semuanya dalam bilik ni.. Inas boleh guna.. Ini bilik inas.." terang maya kepada Inas..

"ya.. Terima kasih mama.. " kata Inas lalu berjalan masuk ke dalam bilik tersebut.. Maya menarik pintu bilik tersebut agar kembali tertutup semula.

"mana manja ni? Tak nampak batang hidung.. Haish..ke ana pula dia menghilang.. " rungut Maya..

"Tun.. Tuan Widad ada tunggu Tun di bawah.." kata pembantu rumahnya yang baru memanjat anak tangga naik ke atas.. sedang berdiri tak jauh dari Maya.

"ya.. Terima kasih.. Ada nampak Manja?" tanya Maya sambil melangkah kakinya turun ke bawah..

"tak Tun.. Nanti saya cari dia.." kata pembantu rumah tersebut.

Inas melihat ruang bilik yang dihias dengan gaya feminim.. Menggunakan warna pastel merah jambu lembut dan gabungan warna putih..

"bilik siapa ni? Takkan ni bilik Raif kot! .. Macam bilik perempuan.." kata Inas.

Inas membuka almari yang ada di situ.. Mengambil sehelai baju dan juga seluar panjang dari almari itu. Dia membuka bahagian yang lain untuk mencari tuala.. Bila dapat semua barang keperluannya.. Inas berjalan masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.. Sekali bersiap untuk solat.

Maya menemui lelaki yang bernama Widad.. Seorang peguam peribadi keluarganya sejak dari dahulu lagi..

"Tun.. Ada masa untuk saya?" tanya Widad menarik bibirnya tersenyum menyapa tuan rumah.

"untuk tuan Widad.. Pasti saya ada masa..sibuk macam mana pun saya akan cuba luangkan masa untuk tuan.. " balas Maya kepada lelaki yang sebaya dengannya..

Masuklah mereka berdua ke dalam bilik bacaan.. Sebaik masuk ke dalam.. Mereka bertembung dengan Raif yang berada di dalam bilik itu..

" manja! .. Kamu. Disini sejak dari tadi? " tanya Maya.

Raif yang sedang membaca di sofa mengangkat wajahnya melihat ke arah Maya dan juga Widad..

"mama..uncle..!?" kata Raif. Menutup buku yang berada di tangannya.. Lalu bangun berjalan kepada dua orang tua yang berada di muka pintu.

"manja..kamu sihat?" tanya Widad.. Raif sudah dianggap seperti anaknya sendiri.. Sejak sahabatnya Rasyiqul meninggal, ketika itu Raif baru berumur sepuluh tahun..

"alhamdulillah sihat.." jawap Raif.. Sambil bersalaman dengan Widad.. Bibir Maya mengembang bila mendengar jawapan yang keluar dari bibir Raif.

"marilah duduk dengan uncle.. Ada benda yang uncle nak bincangkan dengan Manja.." kata Widad.. Raif menganggukkan kepalanya..

Berbincang lah mereka bertiga didalm bilik bacaan itu.. Sampai terlupa yang hari ini mereka baru menerima ahli baru dalam keluarga itu..

Selesai Inas solat..inas turun ke bawah semula..tapi langkahnya terhenti sebaik mencapai anak tanga yang terakhir...kerana dia tidak tahu dia harus menuju kemana..

''kedapur sajalah..tapi dimana dapur..'' Inas berpaling ke kiri dan kanan..

Ketika itu dia melihat pintu bilik bacaan terbuka.. Keluarlah Maya, Widad dan juga Raif yang masih mengenakan baju melayu putihnya..semasa akad nikah tadi.

''inas!'' panggil Maya. Lalu mengangkat tangannya melambai memanggil Inas. Raif turut berpaling melihat kepada Inas dengan wajah yang tersenyum manis.

''ya mama..'' sahut Inas..sambil berjalan kepada mereka.

''tuan, ni kenalkan isteri Manja..Inas..'' Kata Maya memperkenalkan Inas kepada Widad..

''Ya.. Inas.. Saya widad..peguam keluarga ni..'' kata widad mempelkenalkan dirinya kepada Inas.

Inas sekadar menganggukkan kepalanya dan terseyum kepda lelaki yang bernama Widad itu..

''manja lepas ni tanggungjawab dah bertambah..ingat tu..'' pesan widad kepada Raif.

''insya Allah ..'' jawap Raif.

Mereka mengiringi widad berjalan keluar dari rumah tersebut..

''manja naik atas mandi dulu ya.. mama..'' kata Raif. Maya menganggukkan kepalanya.

''yealah naiklah..kejap lagi turun...kita makan malam..'' kata Maya mengingatkan Raif yang sudah berjalan pergi.

Inas kebingungan sendiri sama ada dia perlu ikut naik mahupun diam saja disini..

''inas tak nak naik?'' tanya Maya mengusik menantunya...

''hmmm..mm..'' Inas berpaling melihat kepada Raif yang semakin menjauh naik keatas.

''kalau tak nak naik.. duduk borak dengan mama..'' ajak Maya. Inas mennganggukkan kepalanya setuju..

Selesai makan malam Inas naik ke biliknya..sempat dia membelek telefon bimbitnya sebelum dia benar-benar tertidur.

Manakala Raif masuk kedalam biliknya..tapi tak melihat Inas berada didalam biliknya..dia mendongak melihat kepada jam yang tergantung di dinding biliknya.

'mana dia pergi? Takkan dia dah lari..?' raif keluar dari biliknya.. Kemudian dia melihat kepada pintu yang bertentangan dengan pintu biliknya..

Perlahan-lahan tangannya memulas tombol pintu bilik itu.. menyuakan kakinya melangkah masuk kedalam bilik itu..

'kenapa dia tidur disini? Ah! Lupa..mama cakap ni bilik pengantin..' raif duduk di samping Inas yang sudah dibuai mimpi. Tangan Raif membelai rambut inas..perlahan-lahan tangan Raif menyelup masuk ke bawah leher Inas..dan satu lagi tangannya,memegang erat bawah lutut inas..mengangkat tubuh Inas lalu dibawa ke dalam biliknya..diletakkan tubuh Inas dengan berhati-hati di atas katil..

Tok..Tok..

Pintu bilik raif diketuk dari luar. Raif segera berpaling menegakkan tubuhnya..kemudian berjalan ke pintu lalu membukanya..

''mak cik ann..'' kata Raif.

''ini..makcik bawakan ubat untuk manja..macam biasa..'' kata Rohana.

''terima kasih mak cik..'' Raif mengambil pil itu dan memasukkannya kedalam mulutnya.. Rohana menyuakan segelas air putih kepada Raif. Air putih itu ditelan dengan rakus oleh Raif. Kemudian gelas kosong itu dikembalikan semula kepada Rohana.

''Kenapa tak tidur bilik sini? Bukan Inas ada di bilik ni?'' kata Rohana menunjuk kearah pintu yang ada di bertentangan dengan bilik Raif... Soalan itu tak dikawal oleh Raif..dia hanya menarik bibirnya tersenyum.

''selamat malam makcik ann..'' Kata Raif. Lalu menutup kembali pintu biliknya..

''eh nanti...''

Pap! Pintu ditutup rapat..

''aduh..masih nak main-main lagi.. Kesian Inas ni kalau tahu perangai sebenar Manja..'' Rohana melihat botol ubat yang dipegangnya..kemudian dia mengeluh.

''tak sempat aku nak pesan..dia dah tutup pintu.. Haisshh...'' keluh Rohana lagi.

Inas memeluk sesuatu yang sangat selesa baginya..wajahnya disembamkan rapat dan bergesel sembur disitu..manakala tangannya memeluk erat bantal peluk itu..

'bantal peluk?'

'setahu aku, aku tak ada bantal peluk..'

Inas membuka matanya..

'ok aku masih bermimpi..' Inas kembali memejamkan matanya..berusaha untuk tidur kembali..

Tapi raif mengangkat tangannya yang menjadi bantal Inas lalu memeluk belakang tubuh Inas..mmbuatkan mata Inas kembali terbuka dengan lebih luas dari tadi.. Inas segera menolak dada Raif yang melekat di wajahnya..

Inas bangun duduk di atas katil..memerhati keadaan bilik yang terasa sangat asing baginya ..

''kat mana aku ni?'' tanya Inas cemas..

''kenapa bangun? '' tanya Raif..bila merasa katilnya bergerak gerak.

''eh! Kau siapa? Kenapa aku boleh ada disini..'' tanya Inas menolak Raif menjauh agar menjauh..

''eh jangan bergerak.....'' raif cuba menggapai tangan inas tetapi inas menempis dengan menampar tangan Raif..

''arrgghhhh...'' gedebuk Inas sudah selamat mendarat di atas lantai..

'aduh.. Ibu.. Sakit!' adu inas.. Memegang punggungnya.

Cepat-cepat Raif melompat turun dari katil..membuka lampu supaya bilik itu kembali terang benderang..

''ini saya manja..ada sakit dimana-mana?'' kata Raif memegang bahu inas..perlahan-lahan mengangkat Inas bangun dari terus duduk di atas lantai.. Inas mengelengkan kepalanya..menatap dalam ke wajah Raif.

''manja?'' kata Inas sepatah.

''ya manja..suami kamu..'' kata Raif lalu memeluk Inas. Inas membekukan tubuhnya..

''saya kena panggil manja?'' tanya inas yang sedang kakukan tubuhnya dipeluk Raif.

''hmm ya.. Tapi boleh tak sekarang kita tidur.. Saya mengantuk..'' kata Raif seperti anak kecil yang merengek minta di dodoikan. Pelukan mereka terlerai..

''hah ya..tapi sebelum tu..! Macam mana inas boleh ada dalam bilik ni?'' tanya Inas.

''Manja yang angkatkan..'' jawap Raif

Pap! Bilik kembali menjadi kelam.. Bila Raif sudah kembali menutup lampu bilik itu.

'dia angkat aku? Kenapa..kan mama kata bilik aku disana? Habis ni bilik siapa?'

''ni bilik siapa?'' tanya Inas lagi..terasa tangannya ditarik lembut oleh Raif.

''bilik Manja..'' jawap Raif. Mendudukkan Inas di katil..

''kita tidur bilik asing-asing..? '' tanya Inas keliru.

'apa punya soalan lah kau ni Inas..' terasa mahu dia menampar wajahnya sendiri ketika itu.

''mama cakap..bilik ni tak sesuai untuk isteri manja..sebab tu mama siapkan bilik lain untuk kamu ..tapi kalau kamu nak balik kebilik tadi..manja tak halang..'' kata Raif..menolak bahu Inas agar berbaring di katil..

'memang tak sesuai.. Dah macam bilik budak- budak..dengan bantal kecil penuh diatas katil.. Gambar cartoon donald duck disana sini..'

''satu lagi inas nak tanya..'' kata inas berpaling ke sisi melihat kepada Raif yang sedang berbaring di sebelahnya.

''isteriku .. suami kamu ni dah sangat mengantuk..'' kata Raif mengambil tangan Inas lalu dibawa ke pipinya dan tangan inas dicium oleh Raif . Inas segera menarik tangannya semula.. Dia merasa kekok dengan keadaan itu.. Akhirnya, Inas berhenti dari terus bertanya..

'kenapa dia berubah jadi macamni..dia nampak seperti orang lain..merengek macam budak kecil.. dia pura-pura bodoh? atau sememangnya dia begitu..? tapi kenapa masa akad nikah tadi..dia nampak normal, sama macam lelaki lain..' Inas menatap wajah Raif Althaf yang sudah memejamkan matanya rapat..dari cahaya suram lampu bilik tidur dia melihat wajah itu..sampai matanya juga turut terpejam sama..

Assalamualaikum hai.. Bab 11 - UBAT.. Dapat teka dah siapa MANJA.. terus ke Bab 12 - MILIK MANJA.. jawapannya ada disana.. Sayang hampa semua.. Selamat membaca. (^_-)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience