DUA

Romance Completed 7559

AQILA membuka pintu biliknya melangkah turun ke ruang setelah selesai menunaikan solat isyak. Aqila menuruni anak tangga perlahan-lahan sambil memegang penahan di tangga. Kepalanya dirasakan tiba-tiba pening. Dia merasakan sakit kepalanya semakin kerap datang. Tetapi hanya sebentar. Apabila dia mengambil ubat perlahan-lahan kepalanya terasa pulih.

Aqilah tidak jadi melangkah ke ruang tamu sebaliknya dia terus menuju ke dapur. Tekaknya haus sehinggakan membuatkannya terasa seperti puasa apabila tidak meminum air.

Petang tadi selepas pulang daripada restoran Aqilah terus mengurungkan diri di dalam bilik. Dia tidak menjamah makanan ataupun minum air sejak pulang petang tadi. Aqilah membancuh dua cawan milo panas untuknya dan Diyana.

Dengan langkah perlahan menuju ke ruang tamu Aqilah mendekati Diyana yang sedang menonton televisyen. Dia duduk bersebelahan dengan Diyana. Di rumah sewa itu mereka tinggal bertiga. Aliyah pulang ke kampung kerana menghadiri majlis perkahwinan sepupunya dan akan pulang pada hari ahad.

“Nah untuk kau”Aqilah memberikan air milo yang dibuat kepada Diyana.

“Cerita apa”

“Thanks buatkan aku air..cerita Kasih Seorang Ibu. Baru start”jawab Diyana. Aqilah tiba-tiba terbatuk kecil.

“Qila..kau ni kenapa. ”risau Diyanah melihat keadaan Aqilah.

“Aku oklah. Aku ras macam tak sihat nak demamlah ni. Patutlah pening kepala aku tadi”jawab Aqilah.

“Pening. Kau asyik mengadu kat aku pening kepala. Kau pergilah klinik.”ujar Diyana.

“Aku oklah Yana. Aku tak nak pergi klinik aku tak suka nak pergi makan ubat daripada klinik. Nanti aku ambil panadol je.”

“Hishh..kau ni penakut sangat nak makan ubat daripada klinik tu kenapa”

“Ubat kat klinik tu semuanya pahit. Kalau aku ambil panadol, panadol tu tak rasa apa kau tau”sempat lagi Aqilah bergurau dengan Diyana. Diyana pantas mencubit lengan Aqilah.

Aqilah mengaduh kecil. “Hah ambil tu..biar padan muka kau suka sangat main-main”Aqilah ketawa kecil apabila dimarahi oleh Diyana. Dia tahu Diyana risaukan keadaannya.

“Eh lepas habis belajar kau nak buat apa lepas tu”tanya Diyana. “Aku rasa aku nak balik kampung dulu duduk dengan family aku”kata Diyana.

“Erm..aku rasa aku nak sewa jelah rumah ni sampai aku ada duit nak beli rumah. Aku pun bukannya ada siapa-siapa lagi. Mak ayah aku pun tak ada saudara dekat sini. Habis belajar nanti aku terus nak cari kerja”kata Aqilah. Sekali sekala dia terbatuk kecil.

“Kau duduklah dengan aku kat kampung sekejap”ajak Diyana. Mengharap sangat Aqilah dapat menemaninya di kampung.

“Tak apalah aku stay sini sajalah. Aku balik kampung dulu nak uruskan rumah peninggalan arwah mak dan ayah aku”

“Kau nak buat apa rumah tu”

“Aku nak jual lepas tu duit rumah tu boleh lah aku simpan atau buat aku belanja. Ayah dan mak aku pun pernah cakap kalau mereka dah tak ada jual kan saja rumah tu. Kami pun bukan orang senang. Adalah duit untuk aku sara duit. Sekali sekala aku baliklah kampung ziarah kubur mak ayah aku”terang Aqilah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience