SATU

Romance Completed 7559

Selesai sahaja mereka berdua menunaikan solat Zohor, Aqilah bersama dengan Diyana melangkah menuju ke restoran berdekatan. Mereka memilih tempat yang sedikit tersembunyi sedikit berbeza dari hari sebelumnya kerana kedai yang sering dikunjungi masih dipenuhi pelanggan.

Setelah memesan makanan Aqilah lebih banyak mendiamkan diri berbanding Diyana. Diyana yang sedang cakap di telefon bersama buah hati kadang-kadang tersenyum adakalanya tergelak sendiri.

Aqilah memerhatikan keadaan sekeliling. Mengeluh. Kepala yang terasa sedikit pening dipicit perlahan-lahan.Angin bertiup kencang seperti menandakan hari hendak hujan. Nasib baik dia bawa payung. Nak menapak ke stesen bas bukannya dekat habis basahlah jawabnya kalau dia meredah hujan.

“Dah puas cakap”tanya Aqilah.

“Erm..dah, susah jugak kan bercinta jarak jauh ni. Aku dekat Kuala Lumpur, Rafiq dekat Pulau Pinang.”kata Diyana.

“Memanglah. Kalau korang boleh bertahan dengan hubungan jarak jauh ni insyaAllah sampai korang ke akhir hayat”jawab Diyana.

“Maksud kau”

“Yelah..selalukan kita tengok orang yang bercinta jarak jauh kebanyakannya tak sampai ke mana pun hubungan mereka. Tup-tup putus.”

“Yelah..tapi aku harap aku dengan Rafiq tak adalah sekerat jalan”pinta Diyana.

“Aminnn..cakap, cakap jugak. Makanan kita mana”tanya Aqilah.

“Hah panjang umur. Tu nak sampai dah”kata Diyana apabila terpandang seorang pekerja restoran yang sedang membawa makanan menuju ke arah mereka.

Diyana yang sedang menjamu selera tidak Aqilah yang sedang leka menyedut jus tembikai terpandangkan seseorang yang melangkah masuk ke dalam restoran tersebut di ikuti oleh beberapa pelajar lelaki mengambil tempat selang tiga buah meja dari tempat mereka.

Aqilah memerhatikan Farish yang berseluar jeans hitam dan t-shirt polo berwarna merah. Rindu terhadap lelaki itu.

Tanpa berlengah lagi, Aqila melihat Farish bersama rakan-rakannya terus memesan makanan. Walalupun makanan yang dipesan oleh Aqilah sudah tiba tetapi masih belum dijamah oleh Aqilah. Seleranya tiba-tiba hilang apabila terpandangkan Farish. Aqilah hanya menyedut jus tembikainya dengan fikiran yang berkecamuk.

Diyana yang perasan akan tingkah Aqilah memandang ke arah tempat yang di dilihat oleh Aqilah.

“Qila..kenapa kau tak makan”tanya Diyana.

“Entahlah tiba-tiba aku tak ada selera.”ujar Aqilah.

“Sudahlah tu..jangan fikirkan sangat pasal Farish. Kalau ada jodoh korang tak akan ke mana pun”beritahu Diyana.

“Aku rindu dia Yana. Kenapa dalam ramai-ramai orang aku yang dia tak ingat. Kekasih dia sendiri Yana. Kawan-kawan dia pun dia boleh ingat. Tapi kenapa bukan aku”soal Aqilah.

“Kau tak boleh salahkan dia jugak. Mungkin memang dia tak boleh nak ingat kau langsung.”

“Aku tahu. Kalau ye pun dia tak boleh nak ingat aku, perlukah dia cakap kasar dengan aku. Sakit hati aku Yana.”Aqilah mengelap air mata yag sudah mengalir dipipinya. Tersentuh hati Diyana mendengar esakan Aqilah.

“Sabarlah Qila. Kau doakanlah saja supaya Farish pulih ingatannya.”kata Diyana sambil mengusap bahu Aqilah.

Diyana menghabiskan makanannya manakala Aqilah tidak menjamah sedikit pun makanan yang dipesan. Dia ingin cepat pergi dari situ. Makin lama melihat Farish, makin sedih bila dia terkenangkan sikap Farish terhadapnya.

“Jom..aku dah habis makan. Betul kau tak nak makan ni”tanya Diyana bila melihat makanan Aqila tidak berusik.

“Nanti kau lapar macam mana”

“Tak apa aku masak jelah apa yang ada kat rumah. Cepatlah aku nak balik”gesa Aqilah.

“Baik aku suruh pekerja tu bungkus je makanan kau. Taklah membazir. Kau boleh makan kat rumah kan”kata Diyana.

Setelah membungkus makanan tersebut, Diyana pantas menyaingi langakah Aqilah yang begitu laju. Mereka terpaksa melintas di hadapan meja Farish untuk keluar dari situ. Aqilah tidak memandang sedikit pun ke arah Farish. Diyana dibelaknag tidak diambil peduli.

“Hey Yana, buat apa kat sini”aduhhh boleh pulak ada orang tegur si Diyana. Nak tak nak Aqilah terpaksa berhenti dihadapan. Imran kawan Farish menegur Diyana.

“Makanlah kat sini”jawab Diyana.

“Dengan siapa ? Kata makan tu kat tangan tu siapa punya. Kau punya jugak. Kuat makan betul kau ni eh lepas tu lajunya kau jalankan sampai tak nampak kita orang dekat sini”banyak tanya pulak si Imran ni.

“Amboi kau ni tanya macam wartawan lah pulak. Aku makan kat sini dengan Aqilah”sengaja ditekankan nama Aqilah. Dia perasan Farish memandang ke arahnya.

“Makanan ni pulak Aqilah punya katanya tak ada selera nak makan dekat sini padahal dia yang beria-ria nak makan kat sini tadi.. so aku bungkuskanlah.”

“Lagi satu aku nampak je korang semua ni kat sini tapi disebabkan Aqilah tu hah kat depan tu dah laju sangat aku kejarlah. Dia nak balik cepat”semua yang berada disitu memandang ke arah Aqilah.

Aqilah yang merasakan dirinya di perhatikan mengalihkan pandangan..Zappp matanya bertembung dengan mata Farish..Aqilah pantas mengalihkan pandangan. Tidak sanggup memandang Farish. Aqilah mengambil keputusan untuk menunggu Diyana di luar restoran.

“Eh dahlah..aku balik dulu kesian Aqilah sorang-sorang kat luar”Diyana pantas meminta diri untuk pergi dari situ apabila melihat Aqilah sudah keluar dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience