TUJUH

Romance Completed 7559

SEORANG demi seorang pergi meninggalkan kawasan perkuburan itu. Diyana dan Aliyah masih duduk bersimpuh diatas tikar yang dibentangkan di tepi kubur arwah Aqilah. Air mata tidak henti-henti daripada tadi. Seperti tidak percaya Aqilah sudah meniggalkan mereka. Keluarga Farish juga datang menziarahi kubur Aqilah.

Ketika sedang membaca surah yassin, Imran yang menemani Aliyah dan Diyanah terpandangkan Farish yang menuju ke arah mereka. Imran melihat mata Farish yang merah seperti baru lepas menangis. Sedihkah tentang pemergian Aqilah.

“Im..”panggil Farish.

“Aku dah ingat Im…aku dah ingat semuanya”kata Farish.

“Maksud kau”tanya Imran.

“Lepas Qila tiba-tiba nak berhenti dari kolej..aku rasa seperti hilang sesuatu. Aku tak tahu kenapa aku rasa macam tu. Aku tak lalu nak makan. Aku sendiri pelik.”

“Bila aku duduk termenung aku seperti melihat waktu aku bersama dengan Aqilah.”

“Sehinggalah hari tu aku teringatkan waktu masa kita sambut birthday Aqilah dengan kawan-kawan kita yang lain. Masa tu kepala aku terlampau sakit sehingga aku jatuh terhantuk ke bucu meja”

“Lepas beberapa jam aku mula sedar..aku mula ingat semua tentang Aqilah. Aku salah Im..Aku dah banyak buat salah dekat Qila.”Farish sudah teresak-esak.

“Alhamdulillah..kau dah ingat semuanya Farish..Sudahlah aku tahu Aqilah tidak akan salahkan kau. Semua ni bukan kehendak kau. Aku pasti dia dah maafkan kau kau”

“Aku lambat sedar Im..aku sedar bila Qila dah pergi tinggalkan aku”

“Ni surat untuk kau. Aqilah pesan kat aku suruh bagi kepada kau. Dah lama aku kat sini Farish. Aku nak balik dulu..Assalamualaikum”Imran meninggalkan kawasan perkuburan itu bersama Aliyah dan Diyana.

Farish duduk bersimpuh di tepi kubur arwah Aqilah. Disedekahkan Al-Fatihah dan surah yassin kepada arwah tunangnya sebelum berdar dari situ. Surat Aqilah dipegang dengan erat.
Sampai sahaja dirumah Farish terus melangkah masuk ke dalam bilik. Datin Sofea dan Datuk Rahim pasti betapa sedihnya Farish ketika itu. Surat Aqilah dibuka.

Assalammualaikum wahai kekasih pujaan hatiku

Qila pasti saat Rish baca surat ni Qila sudah pergi meninggalkan dunia ni buat selama-lamanya.

Farish,
Qila cuma nak Rish tahu Rish akan sentiasa ada di dalam hati Qila. Qila sayangkan Rish.Qila cintakan Rish..Qila sedih sangat masa Rish tak ingat tentang Qila. Qila cuba sedaya upaya Qila untuk kembalikan ingatan Rish tetapi Rish tak nak beri kesempatan buat Qila untuk membuktikan Qila adalah orang yang Rish cintai Qila adalah tunang Rish dan Qila bakal menjadi isteri kepada Farish Rizki. Tetapi Qila tak salahkan Rish. Qila pasti Rish tidak mengharapkan perkara ni terjadi.

Farish,
Masa Qila pulang dari rumah orang tua Rish Qila dikhabarkan tentang berita kematian orang tua Qila. Ibu dan Ayah meninggal dalam kemalangan dan menghembuskan nafas terakhir ditempat kejadian. Qila seorang diri di dalam dunia ni Rish. Tetapi Qila bernasib baik kerana mempunyai sahabt yang sayangkan Qila. Yana dan Liya sentiasa menemani Qila. Ingat Rish Qila sayang sangat dekat Rish.

Farish,
Ingat tak masa Qila tak sengaja pegang lengan Rish..masa tu Qila pening sangat. Qila tak sangka orang yang ada dihadapan Qila adalah Rish. Tapi Qila cepat-cepat sedar. Qila segera tinggalkan Rish kerana Qila takut Rish akan marah kepada Qila. Yana dan Imran yang tolong hantarkan Qila ke hospital selepas Qila pengsan di pondok. Selepas itu Qila dapat tahu bahawa Qila positif kanser otak. Qila pasrah Rish. Mungkin ni yang terbaik buat Qila.

Farish,
Usah bersedih atas pemergian Qila, redha saja dan lepaskan Qila pergi dengan dada yang lapang. Terima saja hakikat bahawa Allah tidak mengatur cinta kita di dunia ini boleh jadi kita akan bertemu di syurga kelak. Teruskan mendokan kesejahteraan Qila di alam sana, jaga diri Rish dan jadilah sebaik-baik muslim.

Tiada apa yang Qila inginkan melain memohon bantuan ehsan seikhlas hati Rish untuk kali terakhir untuk menyerahkan semua duit simpanan Qila kepada rumah anak yatim. Qila tinggalkan duit itu dekat Yana. Tolong Qila ye Rish.

Duit tu semua Qila nak sedekahkan sebagai amalan terakhir Qila. Qila harap Rish dapat cari orang lain bagi menggantikan Qila di hati Rish. Qila harap Rish akan bahagia dengan orang lain. Sayangilah dia seperti mana Rish sayangkan Qila.

Jangan hampakan permintaan Qila. Jaga diri selalu, redha saja dengan jalan Allah ini, Qila akan tinggalkan Rish bersama senyuman kerana yakin bahawa Allah pasti mengutus wanita persis bidadari, manis raut wajah dan baik budi pekerti dan tinggi imannya untuk Rish.

Rish lelaki yang baik dan Allah pasti memberikan insan yang terbaik untuk Rish.Titipkan doa setiap kali Rish ingatkan Qila.

Salam sayang,

Aqilah Aneesa

Surat Aqilah digenggam erat. Sebak ketika membaca surat itu. Air mata yang mengalir dipipi diseka.Dia harus rela dengan kepergian insan yang dicintainya. Dia berjanji dia akan hidup bahagia seperti mana yang diinginkan Aqilah.

“Aku akan mendoakan mu bahkan takkan pernah putus mendoa dan mencintaimu Qila walau sampai aku menjadi debu.” Bisik hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience