TIGA

Romance Completed 7559

3 BULAN YANG LALU

Pada pagi itu beberapa teman rapat Aqilah menemaninya di rumah mereka. Mereka bersama orang tua Aqilah menunggu rombongan pengantin lelaki tiba di rumah itu. Mereka sedang rancak berborak sementara menunggu ahli rombongan yang masih belum tiba.

Aqilah yang berada di dalam bilik terasa berdebar-debar. Sebentar lagi dia akan menjadi isteri kepada lelaki yag dicintainya Farish Rizki.

Diyana sibuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar. Dia menelefon Imran bagi memastikan mereka sudah dalam perjalanan ke rumah Aqilah. Sebentar kemudian kelihatan sebuah Estima hitam dan beberapa buah kereta tiba dihalaman rumah.

Puan Salmah bersalaman dengan Datin Sofea dan berpelukan dengan mesra. Meskipun Datin Sofea merupakan orang yang disegani tetapi dia tidak pernah mengambil kira tentang pangkat mahupun darjat orang lain.

Ramai tetamu yang hadir kebanyakannya saudara Datin Sofea dan Datuk Rahim. Suasana meriah jelas terasa.

“Mana Farish. Tak datang lagi ke”tanya Diyana apabila Farish tidak tiba tepat pada masanya.

“Farish drive seorang tadi. Dia tak bagi aku ikut. Tak apalah sekejap lagi dia sampailah tu”

Diyana merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena.Setengah jam kemudian Farish tetap masih belum tiba.

Semasa Imran berkira-kira hendak menelefon Farish, telefon bimbitnya berbunyi nama Farish tertera di situ. Segera diangkat oleh Imran.

“Hah Farish kau ada kat…”Imran terhenti daripada meneruskan pertanyaannya. Setelah berterima kasih kepada si pemanggil Imran menarik Diyana dan membisikkan sesuatu.Diyana begitu terkejut dengan berita yang disampaikan oleh.

Imran memaksa Diyana menyatakan berita itu kepada keluarga Aqilah dan Datin Sofea. Dengan langkah yang berat Diyana terpaksa memberitahu hal yang sebenarnya. Wajah ahli keluarga Farish dan Aqilah nampak begitu resah.Puan Salmah dan Datin Sofea meluru ke tingkat atas. Datin Sofea menerangkan perkara yang berlaku kepada Aqilah.

Semasa Aqilah turun dari tingkat atas bersama Puan Salmah dan Datin Sofea dengan muka yang keruh, tetamu mula berbisik semasa sendiri. Semua yang ada berasa hairan apabila Datin Sofea mengatakan bahawa majlis perkahwinan Aqilah dan Farish terpaksa dibatalkan disebabkan kemalangan yang menimpa Farish.

Suasana menjadi hingar-bingar apabila semua tetamu bergerak meninggalkan kwasan rumah Aqilah. Ada yang bersimpati dengan nasib yang menimpa Aqilah. Mereka semua bergerak ke hospital yang menempatkan Farish. Aqilah pasrah dengan nasib yang menimpanya. Perkahwinan mereka terpaksa dihentikan.

Farish berada ditahap kritikal dan tidak sedarkan diri selama tiga hari berturut-turut. Orang tua Aqilah terpaksa pulang ke kampung untuk menguruskan kebun mereka. Selama tiga hari itu Aqilah sentiasa menemani Farish di hospital dan pada hari keempat Farish telah sedar dari koma. Aqilah tidak sabar untuk berjumpa dengan tunangnya.

Aqilah memasakkan makanan kesukaan Farish. Dia ditemani oleh Aliyah datang ke hospital. Semasa mereka tiba dihadapan pintu Aqilah mendengar suara orang yang sedang berbual. Setelah memberi salam Aqilah memasuki bilik Farish dan menegur tunangnya.

“Awak dah sedar Farish. Macam mana keadaan awak”tanya Aqilah.

“Siapa kau”tanya Farish. Pelik. Tidak pula dia mengenali wanita dihadapannya.

“Eh..tak kan awak tak kenal saya. Aqilah, tunang awak. Kita dah hampir nak berkahwin”terang Aqilah.

“Farish tak akan kau tak kenal Aqilah..tunang kau”tanya Aliyah.

“Eh kau pulak siapa..aku tak kenal kau”kasar suara Farish.

“Tunang ? Kahwin ? Aku tak kenal kau macam mana aku boleh nak kahwin dengan kau. Mama papa siapa perempuan ni mengaku tunang Rish”soal Farish.

Semua yang berada di situ terkejut. Tidak kenal ke Farish dengan Aqilah. Apa yang terjadi sebenarnya…

Doktor mengatakan kebarangkalian Farish hilang ingatan disebabkan hentakan yang kuat dikepalanya semasa kemalangan sehingga menyebabkannya koma.Setelah ditanya pelbagai soalan tentang dirinya doktor mengesahkan bahawa Farish kehilangan memorinya sejak dua tahun lepas.

Dua tahun lepas jugalah kali pertama dia mengenali Aqilah dan bercinta kemudian itu mengikat tali pertunangan sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

Aqilah sedih apabila Farish tidak mengenalinya. Yang lebih membuatkan Aqilah sedih apabila setiap kali Aqilah datang ke hospital Farish akan menghalaunya. Begitu juga apabila dia datang ke rumah orang tua Farish setelah Farish dibenarkan keluar. Farish mengatakan bahawa dia perempuan terhegeh-hegeh, tidak tahu malu sudah dihalau masih lagi datang bertandang.

Aqilah tidak tahu kenapa nasibnya begini. Semasa sampai mereka dirumah dia dikhabarkan pula dengan berita kematian orang tuanya.

“Mak dan ayah aku accident. Mereka meninggal ditempat kejadian”beritahu Aqilah kepada Diyana dan Aliyah.

“Masa tu mereka dalam perjalan pulang ke rumah”Air matanya mula mengalir.Diyana menenangkan sahabatnya. Terasa lemah tubuh badannya, tidak mampu untuk dia berdiri. Orang yang paling dia sayangi sudah meninggalkannya seorang diri.

“Sabar Qila”pujuk Diyanah sambil memeluk bahunya.

“Aku baru ingat nak call orang tua aku malam nanti. Patutlah aku rasa tak sedap hati sejak pagi tadi”Aqilah mula teresak-esak.

“Aku nak balik kampung”kata Aqilah.

Dengan duit simpanannya Aqilah membeli tiket kapal terbang. Terpaksa. Kalau hendak menaiki bas pukul berapa akan sampai di sana. Ibu dan ayah akan diskebumikan tak lama lagi. Aqilah tidak henti-henti nangis. Diyana dan Aliyah yang sentiasa menemaninya tidak puas memujuk Aqilah supaya bersabar. Kini tinggallah dia keseorangan di dunia tanpa ayah dan ibu.

‘Qila harap ayah dan ibu akan tenang di sana. Qila akan doakan kebahagiaan ayah dan ibu. Qila sayang sangat dekat ayah dan ibu…’desis Aqilah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience