EMPAT

Romance Completed 7559

Aqilah jalan berseorang menuju ke kantin untuk membeli air. Diyana masih lagi di tandas. Buat apa pun Aqilah tidak tahu lantas dia meminta diri untuk ke kantin terlebih dahulu. Selepas menuruni tangga Aqilah merasakan pandangannya semakin kabur. Kepalanya pula begitu pening.

Aqilah sempat menyambar lengan seseorang yang lalu di situ semasa dia hendak terjatuh. Aqilah berpaut pada lengan Farish. Dia masih tidak menyedari orang yang dipegangnya adalah Farish.

“Maaf…saya tak”serentak dengan itu Aqilah melihat ke arah Farish. Meskipun pandangannya kabur dia pasti jejaka di hadapannya adalah Farish. Aqilah pantas meleraikan pautannya.

“Maaf…saya..saya tak sengaja”Aqilah pantas beredar meninggalkan Farish.

Dia berjalan sambil memegang dinding. Dia tercari-cari sesuatu. Dimanakah dia meletakkan telefonnya. Aqilah duduk dipondok yang berdekatan. Poket baju dan seluar diseluk untuk mencari telefonnya. Beg tangannya juga diselongkar. Kepalanya semakin pening.

Nombor Diyana yang sudah di setkan speed dail terus dihubungi.

“Yana..to..tolong aku. Aku pen..pening sangat.”kata Aqilah tergagap-gagap.

“Qila kau ada kat mana sekarang”cemas suara Diyana bertanya.

“De..dekat pondok.”selepas berkata telefon bimbitnya terus terlepas dari tangan.Aqilah tak sedarkan diri.

Ditempat lain, Farish masih lagi terbayang wajah perempuan yang mengaku tunangnya. Perempuan yang tidak kenal erti putus asa apabila dia sering menghalau Aqilah dari hospital dan juga rumahnya. Muka Aqilah yang diperhatikannya tadi nampak sungguh pucat. Sakit ke ?

Tepukan dibahu mematikan lamunannya. “Kenapa kau ni..senyap je”tanya Aizat.

“Aku nak tanya kau..betul ke Aqilah tu tunang aku dan aku hampir kahwin dengannya”tanya Farish.

“Baru sekarang kau nak tau. Dulu masa Aqilah cakap dia tu tunang kau, kau marah kau halau dia”sampuk Imran. Geram dia dengan sikap Farish.

“Gambar-gambar masa pertunangan korang tak cukup membuktikan bahawa korang tu memang bercinta. Gambar masa kita sambut birthday Aqilah semuanya kan ada pada kau. Takkan kau tak boleh ingat.”soal Imran.

“Dah memang aku tak boleh nak ingat dekat Aqilah tu kau nak aku buat apa”bentak Farish
.
“Ok..aku tak salahkan kau. Tapi wajar ke kau selalu bersikap kasar dengan dia apabila dia tegur kau. Kalau kau benci sekalip pun tak perlu sampi nak herdik dia kan. Dahlah aku pergi dulu ada hal” Imran pantas berlalu selepas mendapat mesej daripada seseorang. Farish mendiamkan diri manakala Aizat hanya mampu menggelengkan kepala melihat sikap Farish.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience