CUMS 9

Short Story Completed 3230

Malam itu seluruh keluarga Eizarn termasuk keluarga Feryhan berkumpul diistana milik keluarganya. Terasa sedikit kekok dengan apa yang berlaku dihadapannya kini. Boleh pula Omamanya mengizinkan Feryhan duduk bertentangan dengannya,perlukah sehingga diperlakukan begitu?argh..Omama selalu bersikap begini.. keluhnya perlahan

"Aren tak rasa nak tambah?bukan tadi adinda kata lapar,lama tak makan masakan Omama tapi kekanda lihat sikit pula makan,diet ke?" suara Jalil dengan kening diangkat..

gadis itu menarik muka masam sebelum menundukkan kepalanya menahan malu disaat matanya bertentangan dengan sepasang mata biru yang sentiasa membuat dirinya lemas.

"Sayang diet ke?" suara tunangnya lembut.. Hatinya yang semakin celaru bertambah pula dengan satu perasaan yang sukar dikatakan mungkin malu..

kepala digelengnkan tanda 'tidak' ,pinggan,sudu dan garfu ditolak ketengah,sapu tangan digapai sebelum dilap lembut dipermukaan bibirnya untuk menghilangkan kotoran sewaktu makan tadi.

"Im done.." kerusi ditolak kebelakang lalu dia berjalan meninggalkan ruangan dapur terus ketaman istana..

semua mata memandang kearahnya dengan pandangan pelik sebelum Feryhan mengambil keputusan untuk turut meninggalkan ruangan makanan itu lalu mengikuti langkah tunangnya itu.

Dress malam bewarna hijau lumut tanpa lengan dibetulkan,lengannya yang terdedah sesekali diusap dengan tapak tangannya mahu menghilangkan kesejukan yang dialami,sudah tahu malam tetapi tetap juga memakai baju tanpa lengan.

Tiba-tiba badannya menerima satu kain atau lebih kepada baju kot bewarna biru gelap lantas kepalanya ditoleh kearah sisinya wajahnya yang merah semakin merah dengan kehadiran lelaki itu..

"Sejuk?pakai kot saya ni dulu ya.." pesannya lembut,lantas bahu gadis itu dipeluk sehingga rapat kedadanya..

Gadis itu mengambil pilihan untuk memandang kelangit pekat,cahaya bulan yang terang baginya indah meskipun terasa unik dengan warna bulan itu yang bewarna biru sebelum tiba-tiba bibrinya terlepaskan tawa perlahan.

"awak ketawa,sayang?" soal lelaki itu kepelikkan,pertama kali lihat ketawa gadis itu membuatkan dirinya terasa diawangan..

"ehem..tidak la.." nafi gadis itu dengan wajah yang masih memandang bulan..

"Apa yang menarik sangat bulan itu ya sehinggakan tunang saya ni langsung tidak mahu melihat wajah saya.." suaranya seakan merajuk..

wajah lelaki itu dipandang sebelum kepala ditoleh kearah hadapan semula..

"apa yang menarik pada bulan ya?"

"ermm..ya.."

"menarik pada bulan adalah ia sama biru dengan awak ,jadi bagi saya bulan itu menarik ."

"oh..jadi bagi awak saya ni menarik la ya?" terkedu seketika dengan kata-kata tunangnya,terkena dengan batang hidung sendiri.

"err..mana ada,saya bicarakan mengenai bulan itu.."

"ya tapi awak bicarakan tadi bulan itu sama biru seperti saya, jadiiii saya ni menarik la bagi awak kerna saya juga biru."

"heish..mana ada la..sibuk saja awak ni." baru niat nak melangkah pergi tetapi pinggangnya dipeluk erat dari belakang,bahunya dijadikan tongkat dagu lelaki itu.

"shhh.. jangan lari,biarkan begini.." ibarat satu arahan,kakinya kaku ditempat itu.

Ibarat terkena renjatan sewaktu pinggangnya diusap lembut dengan tangan lelaki itu tiba-tiba satu akal terlintas dikepalanya..

"Awak ni perempuan ya?" mendengar soalan dari gadis itu membuat dirinya berkerut penuh tanda tanya..

"mengapa bicarakan begitu.?"

"iyalah..tangan ni" tangan kanan lelaki itu diambil lalu dipegang kemas,tapak tangan lelaki itu dibawa main dengan jari.

"mengapa dengan tangan saya?"

"tapak tangan ni lembut,biasa jika lelaki sejati dia akan kasar tau tapi awak tidak ia lembut..jadi awak ini.." belum sempat nak menghabiskan kata bibirnya dikucup sekilas.

"saya ini lelaki sejati tetapi jika awak tidak percayaa saya boleh buktikan malam pertama kita nanti.." terus kelu bibirnya mendengar ayat dari tunangnya itu.

"err.. mengenai itu.."

"tidak suka?" kata-katanya dicantas lagi oleh lelaki itu..

"ermm..bukan tidak suka tetapi erm,hati?cinta?anak?saya.. saya masih belum fikirkan lagi.." mendengar kata-kata dari gadis itu membuat dirinya mengeluh perlahan sebelum melakarkan senyuman.

"mengenai hati dan cinta awak jangan risau,saya akan sentiasa buat awak jatuh cinta pada saya,cinta awak hanya untuk saya. saya yakin awak akan bahagia bila bersama saya,saya janji tidak akan pernah kecewakan awak dan mainkan perasaan awak kerna awak adalah wanita paling penting dalam hidup saya.."

"sa..saya.."

"shhhh.. saya berikan awak masa dan waktu tetapi jika melibatkan anak saya mahu ia cepat,boleh?" gadis itu melepaskan tangan tunangnya dengan muka sedikit dingin..

"no..saya tidak boleh.."

"mengapa pula?"

"saya kata tidak boleh,tidak la.."

"mengapa?awak err..tidak boleh.. err.."

"No!!bukan!" jeritnya geram,sanggup lelaki itu mahu bicarakan dirinya mandul mahu saja dia menyepak celah kelangkang lelaki itu geram..

"habis itu apa?"

"saya tidak mahu terikat dengan anak buat masa sekarang ini,saya mahu fokus dengan kerjaya saya dan bila stabil baru saya fikirkan semua itu.." luahnya dengan tegas..

"jika sudah diberikan rezeki awal bagaimana?"

"elakkan..saya tidak kira,saya mahu awak pastikan awak elakkan semua itu berlaku..faham.." keluhan berat dilepaskan sebelum dia akur dengan keputusan gadis itu. Eizarn mengangguk sebelum dia melangkah kaki pergi meninggalkan lelaki itu sendirian ditaman..

DUA MINGGU berlalu,penungguan untuk menyatukan dua hati sudah berakhir, hanya sekali lafaz Eizarn Ash Kusyrin sah menjadi isteri kepada Feryhan Audin Erven.Gaun pengantin bewarna hijau bercampur biru menjadi tema pasangan itu untuk menggabungkan dua warna menjadi satu.

kelihatan pasangan pengantin yang baru bernikah itu seperti sedang seronok berbual bersama yang lain tanpa memikirkan sebarang masalah.

Jalil muncul dengan muka ala-ala macho terus sekotak hadiah diberikan kepada adindanya..

"For you my sweetheart.." kotak hadiah bertukar tangan lantas tubuh kekandanya dipeluk kemas.

"Thanks kanda.." jalil tergelak dengan ucapan dari adindanya itu tetapi dia tahu puncanya.

"tiada masalah untuk adinda,kanda seorang ini." pipi dan dahi adindanya dikucup lembut sebelum hidung mancung adindanya dicuit..

"ehem..err, kami sudah,kekanda bila?" sampuk Feryhan tiba-tiba.. dia sedikit cemburu melihat kemesraan kanda iparnya bersama isterinya meskipun perasaan itu tidak patut muncul..

"kanda?haa..tunggu la 2juta tahun lagi.." jawabnya dengan tawa besar sebelum satu pukulan hinggap dilengannya..

"jangan mencari pasal la kanda,jika bonda dan Omama dengar ni pasti mereka marah.." bebel adindanya itu. Jalil sekadar tersenyum tanda mengalah sebelum lengannya dipeluk oleh adinda kesayangannya ini..

"Selepas ini pasti tidak boleh rapat dengan kanda lagikan,yala adinda sudah bernikah,pasti sunyi nanti.." bawah bibirnya digigit tanda sedih sebelum tangan kekandanya mengusap kepalanya.

"jangan la sedih kanda akan bersama adinda kanda ini,jika berlaku apa-apa beritahu saja kepada kanda ya,biar suami adinda ni tahu jika melukakan adinda kanda, dia perlu berdepan dengan pengawalan adinda dua orang.." wajahnya tenang tetapi serius didalam kata-kata..

"Sesiapa menyeruku?" tegur satu suara dingin.

Eizarn yang terkejut lantas memeluk lengan orang itu manakala Feryhan terkejut dengan kelakukan isterinya itu sebelum menarik tubuh isterinya untuk jauh dari lelaki asing itu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience