Completed
3230
Dipagi yang tenang,damai Eizarn masih lena diulit mimpi,Bantal peluknya yang berada didalam dakapan dipeluk semakin kemas sebelum tiba-tiba dia mula rasa satu lonjakkan diatas katilnya..
mata dibuka sedikit bagi melihat siapa pengacau lenanya dipagi yang tenang ini..
"bangun adik!bangun..!!bantu abang cepat..bangun!!" jerit Jalil sambil melompat atas katil milik adik tunggalnya.. badan sudah seperti bapa orang boleh pula main loncat diatas katil..sudah lupakah umurnya sudah mencecah 27Tahun..
Eizarn menarik selimut menutupi muka dan kepalanya ,boleh pula abangnya mengganggu lenanya dipagi hari ini.. baru saja niat mahu tidur lena disebabkan dia cuti..
"Eizarn Ash Kusyrin!!bangun!!" jeritnya ditepi telinga adiknya.. sekali nama penuh adiknya disebut,sememangnya dirinya pantang jika ada yang menyebut nama penuhnya pantas matanya terbuntang luas..
"what do you call me?" suaranya dalam nada sedikit serak..
Jalil tersengih tidak bersalah sebelum menarik bantal peluk adiknya
"Adik bangun la.. abang perlukan bantuan adik ni.."matanya dikerdip beberapa kali.. Eizarn merengus kasar,rambut perang keemasannya yang serabai dibetulkan dengan jari.. nasib mudah diuruskan jika tidak pasti sudah tersekat diskala 6.. eh?
"abang ni kan suka sangat ganggu lena adik kan,cuba la bagi ketenangan sedikit untuk adik abang yang cantik ni tidur dengan lena ini tidak!suka sangat kacau..erghh..abang nak minta bantuan apa pula?skodeng gadis mana pula?daddy dengan mummy tahu tak?ha?ha?" tergaru kepala Jalil dengan ayat dari adiknya yang serupa keretapi tanpa henti..
"abang nak minta tolong adik uruskan keluaran ubat untuk sebuah hospital ni, yang mana syarikat kita uruskan berkaitan keluaran ubat-ubatan untuk hospital mereka.." terang Jalil dengan muka ala-ala serius gitu..
"Alaaaaaaa.... ini yang lemah,abang adik tak nak la..tentang ubat?serius adik tak suka suruh orang lain la.." selimut ditarik..
"no..no..abang nak minta tolong siapa lagi,adik saja yang boleh bantu abang tolong la adik,abang nak cepat ni.."
"abang ni kan..suruh orang lain tu bermaksud pekerja abang la yang abang percaya.."
"Adik saja yang abang percaya yang lain kureng la..bantu la abang adik yang kacak ni.." suara dilirihkan dengan muka mahu menangis,dia tahu kelemahan adiknya kerna itu dia sengaja membuat mimik wajah begitu..
Eizarn mengeluh berat,abangnya betul-betul sengaja..
"pleeaseee my deeear.." matanya kali ini dikerdipkan sambil kedua belah tangan dirapatkan bagai merayu..
"fine!adik buat,bagi adik nama hospital yang adik perlu pergi.." akhirnya dia terpaksa akur dengan permintaan abangnya kali ini..kenapa la dia begitu mudah tewas dengan pujuk rayu abangnya ini..
"yes..yes!okay adik pergi siap mandi dulu lepas tu turun bawah abang tunggu dekat bawah ya..dah pergi cepat bangun dan mandi.." arah Jalil dengan nada gembira sebelum dia bangun meninggalkan bilik adiknya itu..
Eizarn menekup mukanya dibantal sebelum menjerit kegeraman.. Jalil yang tahu tindakkan adiknya itu tergelak besar dia harap apa yang dia rancang berjalan dengan lancar..
"cepat ya sayang!!" jerit Jalil dari luar..
"yala!!" balas Eizarn dengan wajah masam,dengan gaya malas dia mengambil tualanya sebelum masuk kedalam bilik mandi..
Jalil menunggu adiknya siap dengan penuh sabar sempat juga dia mengerling jam ditangannya.. sudah sejam tiga puluh minit berlalu,adiknya ini bersiap atau apa?dahinya ditepuk dia hampir terlupa bahawa adiknya jika bersiap pasti mengambil masa yang lama..
Akhirnya adiknya turun dengan wajah masam,meskipun masam wajahnya tetapi dari gaya pemakaian adiknya tetap kelihatan cantik.. matanya memandang pemakaian adiknya yang sekadar memakai lengging bewarna hijau disertakan blouse bewarna hijau bercampur putih,perang keemasannya dilepas begitu saja tetapi dihujung kepalanya terdapat sepit rambut bercorak bunga bewarna emas,handbag kecil bertali panjang dan halus menjadi pilihan adiknya,kasut tumit tinggi berwarna putih sudah berada ditangannya..
"Jom.." suara Eizarn dengan nada malas..
"tak nak pergi tapi pakaian tetap ranggi kan.." perli Jalil dengan nada selamba..
Eizarn sekadar mencebik bibir sebelum kakinya disarungkan kasut tumit putih itu..
"adik ada hal lepas ni sebab tu adik pakai vogue macam ni.." sedas sekali jawapannya, Jalil tergelak dengan jawapan adiknya..
mereka berdua keluar menaiki kereta BMW milik Jalil..
"kenapa tak naik kereta sendiri?" soal Jalil kepelikkan..
"kereta adik tak sihat,ala lagipun naik kereta abang adik juga jadi jangan nak banyak songeh ya.." bebel Eizarn,itu la sikap adiknya,orang lain cakap sepatah dia balas berpatah-patah..
"fail ini untuk pengeluaran ubat tu,bila dah sampai sana adik kena check balik nama ubat ,jumlah ubat semua ya jika ada yang kurang atau lebih adik catat.." terang Jalil,fail putih diserahkan kepada adiknya..
"adik cuma check saja kan?" Jalil mengangguk kepala mengiyakan..
Sebaik saja tiba disebuah hospital,Jalil memberhentikan keretanya ditempat parking khas.. Eizarn turun dengan malasnya..
"Abang ,adik rasa adik nak demam la boleh tak kita balik?" alasannya..baru sampai sudah beralasan Jalil menggeleng kepala saja sebelum tersenyum penuh makna
"adik demam ya?tak apa dik sekarang kita dekat hospital kita tinggal pergi checkup saja..jom.." Eizarn berdiri kaku.. tangan ditarik oleh abangnya tetapi kaki masih kaku ditempatnya
"eh?kenapa tak nak gerak ni?tadi kata demam jom la..ke adik nak abang dukung bawa adik masuk dalam?" sindir Jalil..
Eizarn merengus perlahan.. "yala adik pergi la ni..heish.."
Jalil melepaskan gelak kemenangan,dia tahu mengapa adiknya memberikan alasan yang tidak logik itu semua gara-gara berkaitan dengan hospital.. kepala digelengkan sehingga bila la adiknya mahu lari dari semua ini, sedangkan dia sendiri tahu bahawa keluarganya pembekal ubat-ubatan termasuk herba untuk bekalan setiap hospital yang berada dipelusuk dunia..eceh?seperti besar saja keluarganya ini..
"nanti nak balik call abang tau?" pesan Jalil
"nope, tak perlu sebab Aren balik ni nak kesatu tempat nanti Aren call teksi saja.."
"adik jangan la macam ni.. balik call abang okay.."
"hurm..tengok la.." balas Eizarn perlahan sebelum melangkah pergi meninggalkan abangnya diluar perkarangan hospital..
Eizarn melangkah kaki melalui pejalan kaki kepalanya yang tidak gatal digaru perlahan..
"mana aku nak cari tempat gudang-gudang ni.." bebel Eizarn perlahan.. banyaka mata memandang kearahnya,mungkin sedikit pelik kerna seorang gadis muda sedang berlegar-legar dipejalan kaki hospital sendirian.
Kakinya melangkah menuju kesatu lorong sebelum dirinya dilanggar dari tepi segala mala fail yang dipegang olehnya dan orang yang melanggarnya habis berterabur dikaki lima..
Eizarn mengeluh berat, ini benda yang dia paling tidak suka ingat drama apa tiap kali jadi macam ni saja pasti ada sesuatu yang jatuh seperti sekarang fail jatuh..
"err..maaf..maaf saya nak cepat.." pohon maaf menyapa gegendang telinga Eizarn..
"Bila jatuh saja mesti minta maaf..tiada ungakapan lain apa yang boleh aku dengar setiap hari.." gumam Eizarn perlahan..
Kini mereka berdua sudah berdiri,lelaki yang melanggarnya tadi sudah memandang tanpa kerlipan..
Eizarn yang perasan dirinya ditenung pantas mengangkat kepalanya memandang hadapan,masing-masing terkedu ibarat sedang menghayati ciptaan Allah..
Matanya memandang kearah mata biru cair milik lelaki yang berada dihadapannya sebelum teralih kepada rambut lebat milik lelaki itu,biru kehitaman,bibirnya merah bak delima ,kini matanya memandang kearah pemakaian lelaki itu,baju biru tersarung dibadan tegapnya manakala jubah putih yang dibuat khas untuk pangkat doktor berada ditubuh tegap itu tiba-tiba matanya merenungnya.. biru?rambut,mata,baju semua biru?mulutnya terbuka sedikit tanda terkejut..
"Awak ni baju biru,rambut biru,mata biru..semua biru memang keturunan Smurf ya?nasib baik kulit dengan seluar tu tak biru.." kutuknya..
mendengar komen dari gadis itu bukan membuat dirinya marah tetapi ketawa, terasa lucu mendengar komen dari seorang gadis mengenai dirinya..
melihat gadis yang berada dihadapannya sungguh hatinya terpaut..terpaut dengan gelagat dan sikap gadis itu..
"Mata hijau awak tenang sangat menenangkan..rambut perang keemasan awak ini ori ke celup ya?" selamba saja dia mengutuk ciptaan Allah yang berada dihadapnya.. pada awalnya gadis itu tersenyum..tetapi selepas mendengar kutukan mengenai rambutnya lantas senyumannya mati..
"hello awak boleh tanya rambut saya ni ori ke celup?sudah sah mata awak ni rosak,ori dengan celup langsung tak dapat bezakan.." balas Eizarn selamba..
"Mana tahu celup ke?iyala rambut awak ni sekali pandang nampak macam unik," tersenyum seketika disaat rambutnya dikatakan unik..
"tapi bila dua kali pandang dah sah celup.." sekali lagi senyumannya mati lantas jelingan tajam dihadiahkan untuk lelaki itu..
kurang ajar rambutnya yang sememangnya ori boleh dikatakan celup ingat dia tergilakan fesyen rambut apa sehingga sanggup mewarna rambut asalnya..bentak hatinya..
Doktor lelaki itu tergelak kecil dengan reaksi Eizarn, dia sudah tahu rambut gadis itu adalah asli jika tidak pasti rambutnya kelihatan tebal tetapi sewaktu menyentuh secara tidak sengaja jelas lagi nyata rambut gadis yang berada dihadapannya ini adalah rambut asli..
"Ehem!saya tahu la saya cantik tapi tak perlu la pandang saya macam nak telan saya.." sedas sekali dia berkata..
Doktor lelaki itu sekadar tersengih seperti kerang busuk..
"Ergh..berbual dengan awak membuat masa saya terbuang,sudah la Biru ha..Encik Smurf!dasar Encik Smurf.." kutuk Eizarn selamba sebelum dia berjalan pergi meninggalkan doktor lelaki itu yang kelihatan terpinga-pinga sebelum menilik tubuh badannya lantas tawa kecil dilepaskan..
Eizarn tiba disatu tempat seperti gudang stor khas untuk ubatan dan herba berbeza dari hospital lain yang pernah dia uruskan..
"Cik Ash!saya ingatkan Encik Alil yang uruskan.." tegur satu suara dari hujung lorong seperti yang semua tahu selain nama Aren, nama Ash juga biasa digunakan tetapi yang biasa memanggilnya dengan panggilan Ash adalah pekerja-pekerja syarikat keluarganya..
"selamat pagi Amber.." sapa Eizarn lembut rambutnya yang panjang diikat satu dengan menggunakan akar kayu yang entah dari mana muncul,jika orang lain pasti susah mahu lakukan begitu tetapi tidak pada Eizarn Ash Kyusrin..
"hehe..pagi Cik Ash.."
"semua pekerja yang uruskan ubatan untuk hospital ini sudah ada?atau masih makan?"
"rasanya mereka ada yang masih bersarapan.."
"jika begitu tak apa la..awak boleh bantu saya uruskan kiraan barang-barang yang kita hantar ni..boleh kan Amber?"
"apa saja untuk cik puteri kita yang lembut ini.." Eizarn tergelak dengan gurauan pagi dari pekerja abangnya.. dia lembut?adakalanya lembut tetapi dia juga adakalanya ganas dan garang seperti tadi..hehe
Share this novel