CUMS 4

Short Story Completed 3230

Eizarn berjalan disetiap rak perubatan bagai sedang mengira setiap stock yang ada..

"Cik Ash tak tengok fail ke?selalunya Encik Alil akan meneliti semua stock sambil tick laporan didalam fail.." terang Amber sambil melihat adik kepada Pengarah syarikat tempatnya bekerja..

"oh..saya boleh hafal dengan semua ini,jadi jangan risau sebentar lagi saya akan tulis berapa bilangan stock yang tinggal disini sebelum kita pindahkan setiap barang kedalam rak ini.." Amber mengangguk kepala sebelum berjalan kearah rak lain..

Eizarn menyambung semakkannya,fail putih yang berada ditangannya dibuka tanpa melihat isi dalam butiran tersebut sebelum matanya ditunduk untuk membaca butiran laporan itu..terbuntang matanya luas dek kerna terkejut..

"Eh?!ni fail siapa aku ambil?takkan la.." kata-katanya tersekat dikerongkong sebelum dia melepaskan keluhan berat..kenapa la dia boleh tersalah ambil fail ini la padahnya bila terlalu tergesa-gesa.. kepalanya digelengkan perlahan..

"Cik Ash okay?" soal Amber yang tiba-tiba muncul entah dari mana.. Eizarn menggaru kepala perlahan..

"Err..erm.. Amber, awak tahu dekat mana pejabat atau mana-mana bilik Doktor Smurf tidak?" akhirnya keluar juga soalan itu dari mulutnya..

"Ha?siapa pula Doktor Smurf tu Cik Ash?" terkerut dahinya memikirkan jawapan kini soalan berbalas soalan..

"Saya tak tahu tapi yang saya tahu dia Doktor.."

"Doktor?tapi mengapa Cik Ash panggil dia Doktor Smurf?"

"sebab biru.." jawabnya dua patah perkataan..

"err.. begini saja Cik Ash,apa kata Cik Ash minta bantuan para petugas hospital disini minta tunjukkan dimana bilik Doktor Smurf tu berapa?mungkin nanti Cik Ash boleh tahu dekat mana biliknya dan boleh tahu namanya.." Amber memberi cadangan sambil mengusik adik majikannya itu...

Eizarn yang tidak faham dengan gurauan itu sekadar mengangguk kepala lalu meminta izin terlebih dahulu untuk mendapatkan fail miliknya semula pada Doktor Smurf..

Dia melangkah sehingga tiba dikaunter pertanyaan yang berada dihadapan pintu masuk hospital sempat juga dia memerhati keadaan sekeliling sememangnya berbeza dari yang lain..

"ya Cik boleh saya bantu?" soal pekerja yang berada dikaunter itu..

Eizarn menggaru kepalanya seketika sebelum bersuara

"Erm.. saya nak tahu dimana ya terletaknya bilik Doktor Smurf?" soalan darinya membuat keadaan disekitar kaunter pertanyaan menjadi sunyi sepi seketika,manakala pekerja kaunter itu terkebil-kebil..

Kepala digaru sebelum dia bersuara.. "Doktor Smurf? saya rasa tiada pula nama Doktor Smurf disini.." tergelak kecil dirinya seketika..

Eizarn menggaru kepala menahan malu,nampak sangat dia tersalah kata,hujung bibirnya digigit menahan malu..

"Err.. maksud saya.." tiba-tiba matanya tertacap pada sekujur tubuh yang berada dijauh dihadapannya lantas fail yang berada diatas meja kaunter pertanyaan itu ditarik dan digenggam..

"tak apa la cik saya dah jumpa Smurf yang saya cari.." terus kakinya melangkah laju kearah lelaki yang dikatakan olehnya..

pekerja tadi memandang kearah Eizarn yang sedang mengejar sesuatu sebelumnya matanya tertacap pada seorang doktor..

"Takkan Doktor Fery yang dimaksudkan gadis tadi?" soalnya sendirian sebelum menyambung semula kerjanya..

Eizarn melajukan langkahnya kehadapan,matanya masih memandang kearah Doktor Smurf yang dikatakan itu,sebaik saja dia tiba disisi lelaki itu pantas dua orang doktor memandangnya serentak termasuk Doktor Smurf itu..

"Ya?boleh saya bantu Cik?" soal rakan kepada Doktor Smurf itu, matanya masih memandang lelaki yang dia tuju soalan dari rakan lelaki itu diabaikan sebelum satu fail dilekapkan didada lelaki itu..

"apa ni?"soal lelaki itu dengan muka penuh kerutan.rakannya menjadi pemerhati.

"buta ya Encik Smurf ni? ini nama dia fail,fail awak tertukar dengan fail saya dan saya nak fail saya balik sekarang.." tangannya masih memegang fail yang berada didada lelaki itu..

"Fery.. your staf or?" sampuk rakannya..

"my angel.." Eizarn terlopong mendengar jawapan dari lelaki itu ,sejak bila pula dia jadi bidadari kepada lelaki ini?ergh..mula dia mahu naik angin sudah la dia mahu cepat boleh pula Encik Smurf ini berborak dengan kawannya lantas dia berdehem kuat sehingga menyentakkan dua lelaki yang berada dihadapannya..

"boleh tak cepat sikit?saya banyak kerja ni.." ton suaranya mula tinggi..

"Err..fail ada dalam bilik saya.." balas Doktor muda itu dengan kerutan didahi..

"habis tu tak reti nak pergi ambil?saya banyak kerja hari ini jadi Encik Smurf boleh tak jangan nak melengahkan masa saya untuk hari ini?" kepala digaru sambil matanya memandang kedalam anak mata gadis yang berada dihadapannya..terasa tenang dengan apa yang dilihat didalam mata gadis itu sebelum tiba-tiba satu tumbukan kuat kena diperutnya terbongkok dia seketika..

Beberapa pasang mata memerhati gelagat mereka bertiga tetapi mata mereka lebih menumpukan kearah gadis yang berani menumbuk doktor muda itu selaku pemilik hospital besar ini..

"Fery!kau okay tak bro?!" terkejut punya pasal bahu rakannya dipegang,kuat juga penangan gadis kecil ini sekali tumbukan mampu membuat rakannya terus terbongkok menahan perit..

"Oh Encik Smurf ada nama.. Fery ya?Fery tails ke apa ni?" perli Eizarn selamba..

Lelaki yang bernama Fery atau lebih kepada Doktor Feryhan menegakkan semula badannya perutnya yang terasa senak diusap perlahan..

"Awak ni kan.." tak sempat nak bersuara lebih,Gadis tadi sudah menarik tangannya pergi dari situ..

"Eh..eh..apa awak ni? mana awak nak bawa saya ni?!" terjerit kecil dia dibuatnya.. kuat juga gadis yang berada dihadapannya kerna mampu menarik dirinya yang lebih besar dan berat darinya..

"Saya nak bawa awak kemana?saya nak awak yang bawa saya kebilik awak sebab saya nak fail saya balik,awak faham tak?" tegas suaranya berkata..

Feryhan menggaru kepala sempat juga dia melemparkan senyuman kearah beberapa orang pekerja dan pelawat yang datang kehospital milik keluarganya ini..

"awak nak bawa saya kebilik saya?awak tahu ke tidak bilik saya dekat mana?" soal lelaki itu kepelikkan.

Eizarn memberhentikan lariannya secara mendadak tanpa dia duga Feryhan juga tidak sempat membuat brek kecemasan terus terlanggar dirinya..

"Arggh" wassalam tubuhnya sudah dihempak oleh tubuh sasa milik lelaki itu,beberapa pasang mata turut terkejut dengan kejadian tadi tetapi mereka tidak berbuat apa-apa sekadar tersengih menahan tawa..

"bangun la..berat tahu tak!" bentak dirinya dengan muka merah,merah menahan marah dan malu..

Tiba-tiba satu suara menjerit lantas sehingga mengejutkan mereka berdua..

"Aren!"

"opocot mak kau melatah jauh.." terus tubuh Feryhan ditolak kuat terhentak kepala lelaki itu dilantai hospital..

"Aduuhh..sakitnya.." adu Feryhan sambil menggosok kepalanya,melihat lelaki itu mengaduh sakit tidak penting sekarang ini baginya suara yang menjerit tadi, adalah penting..

"Apa Aren buat ni?" suaranya masih tinggi.. Eizarn bangun dari baringnya sebelum membetulkan blouse dan rambutnya yang sedikit kusut..

"Err..ab..abang, apa yang abang buat dekat sini?" soalnya dengan nada sedikit cemas,cemas kerna takut abangnya berfikiran lain dari apa yang terjadi dan jika boleh dia tidak mahu mummy dan daddynya juga tahu mengenai kejadian yang berlaku tadi..

"Abang buat apa? Amber kata adik nak ambil fail tapi ini yang abang nampak..adik kalau iya pun gatal mahu berkahwin ,jangan la buat hal disini.." tergeleng kepala melihat apa yang terjadi tadi..

"itu bukan yang berlaku sebenarnya..abang jangan nak tuduh adik ya.." masam wajahnya dengan tuduhan dari abangnya..

"habis tu tadi apa?"

"Encik smurf ni ha buta tak nampak adik dekat depan itu yang dia langgar.." jelingnya kearah Feryhan yang baru bangun dari jatuhan,jubah putihnya ditepuk bagi menghilangkan debu..

"siapa pula Encik Smurf nya ni?" terkerut dahi saat mendengar satu nama panggilan keluar dari bibir adiknya

"yang tepi abang tu.. itu la Encik SMURF.." perkataan smurf ditekan..hampir jatuh rahang Jalil dengan panggilan yang dibuat khas oleh adiknya untuk lelaki yang berjawatan doktor ini..

"why smurf?" soal Jalil dan Feryhan serentak sempat juga mereka berpandangan sesama sendiri sebelum senyum

"smurf blue and yes, dia pun biru juga abang lihat la dari atas sampai bawah.. eh stop bawah tak,bawah tu ada kasut dan seluar putih jadi tak..sampai baju saja biru.." bebel Eizarn panjang

"alahai adik aku ni.." keluh Jalil perlahan sambil tergeleng kepala, Feryhan pula tergelak kecil dengan panggilan unik dari gadis yang berada dihadapannya ini untuk dirinya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience