Completed
3230
Eizarn yang sedang leka menghirup air berisi teh bercampuran daun pudina tiba-tiba disergah dari arah belakang lantas satu kayu yang berada ditepinya diangkat lalu dilibas sipengganggu tetapi libasannya ibarat terhalang oleh sesuatu,kepala ditoleh sebelum dia merengus kasar..
"apa yang kau buat disini Renz?" soalnya dengan wajah masam,jarang melihat lelaki berambut coklat kehijaun ini muncul dihadapan umum,jika muncul pasti mahu berbincangkan sesuatu yang penting.
"aku cari kau tadi dirumah tiada jadi aku kesini la.."
"em..aku sibuk jadi aku tak duduk disitu lagi.."
"sementara atau selamanya?"
"entah..lihat la jika aku mahu pulang aku pulang,jika tidak aku duduk saja la ditempat tinggal aku.."
"kau ni jika mahu merajuk sekalipun,jangan sampai lupa beritahu aku.." bebel Renz sebelum duduk dikerusi berhadapannya.
"Apa yang kau buat disini Renz?" soal Eizarn dengan nada malas, jika boleh dia tidak mahu berjumpa dengan sesiapa,kata-kata dari abangnya semalam membuat dirinya tidak dapat tidur dengan lena,bila lena saja bayangan Feryhan bermain diruangan mata kerna itu dia mengambil keputusan pagi tadi mahu keluar dari rumah itu untuk seketika..
"aku mencari Sang Puteri yang sedang bercelaru.." perli Renz, segelas air bewarna hijau jernih muncul dihadapan lelaki itu.. magic sentiasa berlaku bila berdepan dengan lelaki itu..
"aku celaru atau tidak jangan sibuk.." dingin suaranya..
"sejak bertunang ni kau kerap sangat marah..jangan marah nanti jatuh sayang ."
"tak mahu aku,sudah la Smurf.." bidas Eizarn dengan muka masam mencuka..
"Smurf itu juga la yang akan menjaga kau tau dan dia juga la yang bakal membuat kau bahagia.." balas Renz dengan nada tenang dan selamba..
"erm.."
"kau tahu,baik kau terima dia,bila kau terima dia kebahagiaan kau dapat,lagipun itu yang kau mahukan sejak dulu..kebahagiaan bermula dari cinta.."
"im not fall in love with him right now,Renz. So dont have love in my heart for him.." bidas Eizarn sekali lagi..
"aku yakin didalam hati kau sudah ada namanya cuma kau tidak mengaku saja.." sindir Renz sambil menghirup air hijau itu dalam lagak biasa..
Eizarn merenung tajam kearah lelaki itu..
"kau mahu tahu sesuatu princess?"
"apa.." balasnya dingin.
"Omama dan Obaba sudah pulang tau,dan sekarang mereka berada diistana.." air yang berada didalam mulutnya tersembur sehingga terperecik kehadapan.
Omama adalah panggilan untuk nenek bagi mereka,manakala Obaba adalah panggilan untuk datuk mereka,mungkin sedikit pelik tetapi itu adalah kenyataan.
"pengotor,princess mana adab kau ha?"
"kau yang buat aku hilang adab..apa.maksud kau Omama dan Obaba sudah pulang?bukan mereka keluar berurusan diluar kawasan?"
"sudah dua bulan berlalu Princess pasti la mereka sudah pulang.."
"oh noo..serius kau?!bila mereka sampai?!"
"pagi tadi.." balas Renz dengan muka acah tenang sedangkan dingin.
"Mengapa tidak beritahu aku sejak tadi.." marah Eizarn dengan muka masam.. beberapa pasang mata yang berada disitu menoleh kearah mereka dek gara-gara jeritan dari gadis itu..
tiba-tiba telefonnya berbunyi lagu lantas dikeluarkan telefonnya yang berada dipoket seluar lalu diangkat.
"Hello.."
"Adinda!!" telefon dijarakkan.. Renz menjongket keningnya sebelum tersenyum ibarat memahami apa yang terjadi lalu dia mengangkat kaki pergi dari situ meninggalkan Eizarn sendirian
"wow..asal tiba-tiba ubah panggilan ni.."
"Adindaku,Obaba sedang mencari adinda..sila pulang sebelum Omama mencari adinda.." suara Jalil dalam nada sedikit cemas.. ibarat tertelan biji kapur dikerongkong sehingga membuatkan dirinya tidak boleh bicara..
"adinda dengar tidak ni.."
"ha?okay..kejap lagi Aren pulang.." panggilan dimatikan lantas dua keping not dues(ringgit) diletakkan diatas meja lalu beg tangan diangkat dan dia berlalu pergi..
Kereta Camry dipandu laju untuk tiba diistana milik keluarganya dengan kadar segera.. bila omama dan odada sudah pulang segalanya perlu diubah,mengapa la disaat begini omama dan odada tiba,sepatutnya sebulan lagi ini pasti ada yang tidak kena,hatinya yang gelisah diistifar sehingga tenang..
Tiba saja diistana keluarga kereta camrynya diparking dibawah garaj kereta,kunci diambil,beg tangan dicapai sebelum dia keluar dengan langkah perlahan lebih kepada lemah lembut tidak terlalu kelam kabut..
Pintu diketuk,salam diberi sebelum pintu dibuka dari dalam lalu muncul wajah Omama dengan muka dingin,tertelan air liur seketika lantas tangan tua itu disambut lalu diciumnya lembut..
"Cucunda dari mana?" soal Omama dengan nada sedikit tegas..
"err..Aren..Aren keluar tadi.."
"sendirian?bukan sepatutnya berteman?"
"err..ada teman,Renz menemani Aren Omama.." alasannya.
"hurm..jika begitu tak mengapa,Masuk la Obaba rindukan cucunda.."
"Omama tidak rindukan Aren?" sengaja dia mengusik nendanya..
"pasti la rindu..jika tidakĀ omama tidak akan kemari.." tubuh cucunya didakap penuh kasih dan rindu.
mereka berdua berjalan menuju keruangan berkumpul keluarga kelihatan kekandanya sedang berbual dengan Obaba dan Ayahanda mereka..
"Abang!!"jerit Eizarn dengan muka masam. terkejut mereka bertiga dengan jeritan ituĀ ,baru selangkah menapak tiba-tiba telinganya dipiat oleh Omama..
"auw..auw..sakit Omama.."
"Omama kata apa sebelum ini?dimana adab kamu,Aren?mengapa bicara begitu?panggil begitu kepada kekanda kamu?dimana adab kamu?" tegas suara Omama bicara..
Jalil sudah menekup mulut menahan ketawa dari terlepas.
"eer.. maafkan Aren Omama, err..kanda, ad..adinda mahu berbual dengan kanda seketika boleh?" matanya dikerdip laju..
"amboi sampai saja terus mahu berjumpa dengan kekanda dulu ya?Obaba disini tidak nampak?" tersengih dirinya sebelum tubuh datuknya dipeluk erat lantas pipi orang tua itu dicium kanan kiri ..
"okay nanti kita berbual ya Obaba sekarang Aren ada perhintungan dengan kanda Jalil.." satu kenyitan nakal dihadiahkan untuk Obabanya sebelum lengan kekandanya ditarik keluar ketaman..
"Ada apa ni Adinda, tiba-tiba tarik tangan kanda,kita bincang dalam boleh saja kan" perli Jalil dengan muka tidak bersalah.
Eizarn memeluk tubuh dengan muka masam.
"Sengaja..kanda betul-betul sengaja mencari pasalkan?"
"mana ada.."
"ada!"
"No.."
"yes!"
"okay apa yang adinda nak cakap sebenarnya ni?cepat kanda dengar.." kini dia duduk dikerusi yang berada dihadapan adiknya.
"Duduk la sini,sakit tengkuk kanda terpaksa mendongak memandang adinda yang tinggi ni.." sambungnya lagi..
Eizarn duduk dengan wajah yang masih masam..
"Okay sekarang apa yang adinda mahu bicarakan.."
"Kanda,adinda pelik tau,mengapa Omama dan Obaba pulang awal,sepatutnya masih ada baki lagi sebulan tau.." akhirnya terluah juga apa yang dia mahu suarakan..
"Oh itu,Apa yang kanda tahu,bonda dan ayahanda ada minta pendapat dengan Omama dan Obaba tentang.." ayatnya sengaja digantungkan..
"tentang?" kening dijongket..
"tentang apa lagi,tentang perkahwinan adinda dan Fery la!.."
"What!!" terjerit dia seketika..
"yup!betul apa yang kanda bicarakan ni.. dan mesti adinda terkejut bila kanda bicarakan hal ini.."
"teruskan.." debaran didada membuat dia tidak senang duduk..
"adinda bakal berkahwin dua minggu dari sekarang.."
"What!!!" dan akhirnya dia pengsan dipaha kandanya..
Jalil menggaru kepala yang tidak gatal sebelum tergelak kelucuan..
Share this novel