Completed
3230
Malam itu, Eizarn sudah bersiap dengan gaun malam paras lutut bewarna hijau lembut,rambut perangnya disanggul tinggi terdapat beberapa helaian rambut dibiarkan lepas,kasut tumit tinggi 4inci bewarna putih diambil sebelum turun kebawah dengan ceria..
Setiba dibawa kelihatan keluarganya sedang menunggu ketibaan dirinya.. Jalil kelihatan kacak dengan baju sut hitam,didalamnya kemeja merah hati yang kosong,rambutnya disikat kanan sehingga menutupi mata hijau kecoklatan miliknya.
"waah..princess sudah siap,cantiknya puteri kita ni mummy daddy.." puji Jalil dengan muka bangga kerna mempunyai adik yang cantik..
Eizarn sekadar mencebik..dia tahu jika abangnya memuji pasti ada sesuatu yang cuba mereka lakukan jadi dia sekadar berdiam diri saja..
"diam saja puteri kita ini mummy..ada yang tak kena ke?" Soal Jalil dengan dahi penuh kerutan..
"adalah tu yang difikirkan.." jawab mummy mereka dengan senyuman manis..
"sudah lambat ni..jom kita gerak sekarang..Alil,Kamu pandu ya.." Jalil mengangguk kepala sebelum mengambil kunci kereta Jenis CRV..
Eizarn sekadar berdiam diri didalam kereta sambil melayan game ditelefon Asus miliknya.. Abang dan kedua ibubapanya sibuk berbual berkaitan dengan dunia perniagaan kerna itu dia lebih gemar berdiam diri dari bersuara..
Sebaik saja tiba dilokasi mereka tuju, Kereta CRV diparkingkan disatu ruang kosong.. Eizarn turun bersama mummynya..baju gaun malamnya dibetulkan..
"Mereka sedang menunggu kita dimana Daddy?" soal mummy mereka.. Eizarn mengangkat kepalanya.. sebuah restoran yang indah dihadapan mata mereka menjadi tumpuannya..terasa rugi tidak bawa kamera Nikkonnya,yang lagi indah adalah suasana yang berada dibelakang restoran itu..meskipun tidak dapat melihat ombak tetapi bunyi desiran pantai membuat hatinya tenang dan damai..
"Mereka tunggu kita didalam..jom Aren jangan termenung saja,daddy tahu kamu teruja dengan suasana pantai tetapi sekarang kita sudah lambat jadi mari cepat.." tangan anak gadisnya dicapai sebelum ditarik untuk mengikutinya jika ditinggalkan pasti anak gadisnya ini akan pergi ketempat lain..
Eizarn mengikut langkah daddynya masuk kedalam restoran yang kelihatan ramai pengunjung malam itu,mungkin ada membuat sedikit jamuan kerna itu restoran tepi pantai ini mempunyai ramai pengunjung atau mungkin disebabkan kedudukannya yang cantik dengan adanya landskap semula jadi iaitu persisiran pantai..
"Ya Sir,can I help you?" tegur seorang pelayan yang baru tiba..
"oh saya ada temu janji dengan keluarga Erven.."
"Oh..mereka berada dimeja hujung..saya tunjukkan kepada Tuan sekeluarga.." langkah mereka disambung mengikuti langkah pelayan tadi..
Eizarn memandang setiap sudut restoran itu sehinggalah menyebabkan pelanggaran berlaku, tanpa dia duga dia sudah terlanggar sekujur tubuh dari arah hadapan, tuah menimpanya kerna sewaktu tubuhnya hampir jatuh kebelakang tiba-tiba tubuhnya sempat disambut oleh lelaki yang dilanggarnya tadi..pinggangnya kemas berada didalam pelukkan lelaki asing itu
Setelah berdiri dengan stabil pantas Eizarn memohon maaf sebelum berlalu pergi meninggalkan lelaki tadi..
Eizarn tiba dimeja yang mana keluarganya berada..
"maaf lambat tadi terfokus dengan deko serta reka bentuk restoran ini.." alasan diberi bercampurkan senyuman manis..
"Aren sentiasa begini.." tergeleng kepala daddynya dengan alasan yang diberi oleh anak gadisnya..
"adik ni.." tangan adiknya ditarik supaya duduk dikerusi disebelahnya..
"Maria,Firman kenalkan ini la anak gadis aku yang baru habis ijazah baru-baru ni.." Eizarn bangun dari duduknya lantas berjalan kearah pasangan suami isteri tadi sebelum menyalami mereka..
"Aunty dengan Uncle boleh panggil saya Aren.." suaranya lembut kepalanya diusap lembut oleh Aunty Maria..
"Cantik anak kau,Rean" kembang kempis hidung Eizarn bila dipuji dirinya cantik oleh rakan mummynya ini..
"Bangga Aren kena puji.." perli Jalil yang berada ditepinya kini pantas perut abangnya diketip dengan kukunya yang panjang sehingga terjerit abangnya itu..
"kamu mengapa Alil?" soal daddy mereka berdua
"ketam gigit Alil, daddy..sakit betul nasib baik tak berbisa.." perutnya digosok kasar menghilangkan pedih..
Makan malam menjadi riuh dengan gurau senda dari Jalil dan Eizarn adakala tempat itu mentukar menjadi medan perang mulut antara dua adik beradik itu sehingga membuatkan ibubapa mereka menggeleng kepala tanpa Eizarn sedar sepasang mata galak memandang wajahnya..
"Mummy,Daddy, Uncle, Aunty.. Aren minta diri untuk kepantai dulu ya..nanti Aren datang kesini semula.." lantas gadis itu bangkit dari duduknya sebelum terus melangkah pergi meninggalkan ruangan meja makan itu,tujuannya satu merasai ketenangan ditepi pantai..
Meskipun gelap tetapi ditempat dirinya berdiri tersuluhnya cahaya bulan umpama mengizinkan dirinya untuk melihat keindahan alam diwaktu malam ,matanya ditutup rapat bagai sedang merasai ketenangan itu..
Tiba-tiba satu deheman dari arah belakang kedengaran.. pantas dia menoleh kearah belakang tetapi untuk melihat susuk tubuh sipengacau ketenangannya tidak dapat dilihat gara-gara terlindung dengan bayangan dirinya..
"Terasa indah malam ini bukan?" suaranya sedikit garau tetapi lembut..
"Tadi ya tetapi sekarang jadi suram pula.." sindir Eizarn sambil memeluk tubuh.. ketenangan yang dia rasai tadi ibarat sudah terhalang dengan sesuatu wajah cerianya hilang diganti dengan wajah yang masam..
"eh?mengapa pula?saya lihat masih sama tetapi kini menjadi lagi indah.." puitis suara itu lagi..
Dari apa yang dilihat oleh dirinya, orang yang berada dihadapannya adalah seorang lelaki dengan ketinggian yang serupa model kemungkinan didalam 193cm kerna dia sendiri terpaksa mendongakkan kepalanya keatas,ketinggiannya juga hanya sekadar 173cm..
"ehem.." mendengar deheman itu membuat dirinya tersentak dan tersedar dari lamunan lantas kepalanya dipaling kearah lain..
"awak sudah ganggu ketenangan saya tahu tak.." suaranya sedikit kasar tetapi mata masih memandang kearah tempat lain,melihat reaksi gadis itu membuatkan dirinya tergelak..
"maaf jika saya sudah mengganggu ketenangan saudari tetapi bagi saya melihat saudari lagi membawa ketenangan didalam hati dan jiwa saya.." mendengar kata-kata lelaki itu membuat dirinya pantas menoleh kearah mata lelaki itu sebelum renungan terkejut bertukar menjadi tajam..
"Simpan ayat manis awak itu untuk gadis diluar sana jangan pada saya.." sehabis kata terus dia melangkah pergi meninggalkan tempat itu..
"tiap kali kita bertemu pasti awak melarikan diri terlebih dahulu.." bicara Lelaki itu sendirian dengan senyuman yang masih lekang dibibirnya..
Eizarn mempercepatkan langkahnya sehingga tiba dimeja makan,kelihatan keluarganya sudah bersedia untuk meminta diri pulang..
"lain kali kita berjumpa lagi ya Firman..gembira aku jumpa kau disini.."
"tiada masalah Zuen,jika ada apa-apa kita jumpa saja dipejabat tidak pun kau datang saja kerumah kami,pintu rumah kami sentiasa terbuka untuk tetamu seperti kau sekeluarga.." mendengar kata-kata ajakan dari Uncle Firman membuatkan Daddy Eizarn,Zuen tergelak besar..
"jika tiada halangan aku kesana la ya.."
"ha eloklah boleh kenalkan anak gadis kau kepada anak teruna aku itu..ada rezeki kita berkeluarga la.." sampuk Aunty Maria..
Eizarn sekadar tersengih seperti kerang busuk..
'aduh Aunty, saya masih muda lagi jangan la fikir sampai ke pintu gerbang perkahwinan pula..' gumam Eizarn didalam hati..
"betul juga tu,tidak salah keluarga kita bersatu kita juga boleh saling bantu membantu.." sokong Madam Rean,mummy dua beradik itu..
Jalil sudah menahan ketawa dari terlepas kasihan pada adik tunggalnya itu menjadi mangsa keadaan,semoga dirinya tidak akan menjadi seperti itu..doanya didalam hati..
Eizarn yang melihat abangnya sedang menahan tawa terus menampar lengan abangnya kuat tetapi bernasib baik kerna tidak didengari orang tuanya termasuk Aunty Maria dan Uncle Firman gara-gara muzik yang berada didalam direstoran itu..
"Habis la adik,mummy dengan daddy sudah rancang mahu satukan adik dengan anak rakan mereka.." sakat Jalil dengan sengihan lebar..
"eii tak nak adik..adik masih muda tau,malas la fikir pasal kahwin ni sepatutnya abang kahwin dulu baru adik.." balasnya dalam nada perlahan..dengar dek daddy dan mummynya pasti akan diberikan jelingan tajam..
Tersengih Jalil dengan jawapan adiknya itu,baru nak menjawab ibubapanya sudah memanggil untuk pulang lantas dua beradik itu meminta izin untuk pulang..
Share this novel