Cinta berputik

Short Story Completed 5910

Pertemuan pertama selepas kali terakhir mereka berjumpa lepas SPM. Fitrah kali ni benar-benar hendak berjumpa dengan Syakir. Syakir memang tersenyum sebelum berjumpa sampai lah ke meja McD Genting Sempah. Kalau tak sebab kawan baik dia, Amir dengan Faiz, Syakir tak kan keluar rumah . dia lebih suka menghabiskan masanya dengan ayahnya di rumah. Tapi kali ni.....

"Apa hajat awak nak jumpa saya ni"
"takde apa. saje je"
"kalau tak ada apa, abis kenapa kita berjumpa?"
"saya nak jumpa awak sebab kita kan dah lama tak jumpa"
sudah setengah jam duduk di situ hanya semata borak kosong. tersenyum sipu. bergelak ketawa. Fitrah dulunya sangat pemalu. jarang bercakap tapi hampir 6 tahun berpisah membawa hala tuju masing-masing. Fitrah sangat berbeza. Kulitnya sangat halus. matanya yang bulat dan tajam. Tapi tudungnya masih tudung bawal. lagipun dia memang sesuai dengan tudung bawalnya tu.

"boyfriend awak tak marah ke kita makan berdua ni"
"awak rasa?"
"hmm.." terus terdiam
"takde la awak saya mana ada boyfriend." senyumnya meleret.
Syakir terus terdiam. tiada soalan dari mulutnya.
"hoi cik abang? kenapa awak diam." Fitrah bersuara.
Syakir seperti dipukau.
"eh taklah saya terfikir bila lagi kita boleh berjumpa" Syakir dah mula.
"bila-bila masa je awak." Fitrah tersenyum.

Mereka berbual panjang. Setelah habis air Pepsi disedut. mereka tiada cerita dikongsi. tak sangka 2 jam mereka berbual. Matahari pun dah semakin terik. Jam di pergelang tangan kanannya di intai. lima minit lagi tepat jam 11 pagi. Mereka pun berlalu keluar dari situ. Syakir memandu kereta keluar dari simpang meluru kearah timur.

"jadi lepas ni nak pergi mana?"
"ikut awak lah"
"kalau ikut saya. saya nak balik. ayah saya suruh beli makanan untuk dia. awak?"
"awak hantar saya ke rumah Alia lah. lagi pun rumah saya dekat je dengan rumah dia. Dah lama tak jumpa dia."
"okay baiklah puan."
Fitrah menarik muka masamnya. Syakir faham. mesti dia merajuk punya.
"nak saya pujuk ke?"
"tak payah. mengada je awak tu."

..............................................................................

"Assalammualaikum."
pintu yang tidak berkunci ditolak. Tiada suara yang menyahut.
"masih tidur kot" bisik hatinya

dua bungkus makanan diletakkan diatas meja. nasi lemak ayam tu memang makanan favourite bapanya. Mak Kiah memang sedap masakannya. Sampaikan beratur orang membeli nasi lemaknya. Awal pagi dah berniaga semata-mata nak menyara anak-anaknya masih sekolah. Suami Mak Kiah pun dah lama pergi. Eksiden depan sekolah. Sampai lah sekarang Mak Kiah berkerja sendiri. Tapi murah rezeki Mak Kiah, anak-anaknya semua berjaya. baik lelaki mahupun pun perempuan. Anak Mak Kiah yang bongsu ni pun baru dapat keputusan SPM. Pelajar contoh semestinya cemerlang.
"abah ni kata nak makan tadi. ni dalam bilik lagi tak lapar ke? kalau aku kejut karang rasa ganggu dia pulak." Syakir mengintai pintu bilik ayahnya.
Sambil melayan drama melayu. sesuap demi sesuap nasi lemak dimakan.

Syakir mengelamun jauh. Fikirannya teringat kata-kata kawannya. semua nak berumah tangga. dia masih sendiri . Fitrah pun sama. Kenapa dengan Fitrah.

" baru pulang Kir"
"haah abah. tu ada nasi bungkus atas meja. makanlah dulu."
"Nasi Lemak je"
"tadi abah cakap nak makan. Kir beli nasi lemak."
"hmmm... "
"alamak abah Kir lupa pulak kopi panas"
"haih biasa ingat je hari ni lain macam je."

Syakir rasa ayahnya tahu sesuatu. Syakir tak buka cerita pun. kebiasaan, walaupun tengah hari ataupun petang, sebungkus air kopi dan sebungkus memang tersedia untuk bapanya. Tapi kadang-kadang, awal pagi Zaidon akan mengeteh dengan kawannya di warung Pak Mail di hujung kampung. Kawan baik, sampai putih rambut pun masih lagi sekelapa. Haji Deraman, Tok Mat dengan Mutusamy.

"Okay harini special untuk abah. Kopi kapal api untuk abah."
"pandai ye kamu Kir."
" kena pandai cover bah."
" abah ubat makan belum? ke nak Kir suapkan jugak?" Syakir bergurau manja.
"hehh banyak lah kamu." Zaidon membalas sambil tersengih.
Bapanya amat sayangkan Syakir. mana taknya ,Syakir satu-satu anak tunggalnya. dah besar panjang Syakir ni masih bermanja. Mereka dua beranak je tinggal .Ibunya entah kemana pergi. Baru lagi lagi rumah,masa tu syakir kerja. Balik sahaja dari rumah. Ayahnya hanya bergenang airmata. Syakir tidak tahu kenapa. Sejak kebelakangan ni, Ayahnya sering sakit. pernah sekali Ayahnya terjatuh semasa hendak ke tandas. Huru-hara jugak hari tu Syakir. bergegas dia bawa Ayahnya ke hospital.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience