Terkenang kisah lama

Short Story Completed 5910

Telefon bimbit berdering tanpa henti. mata Syakir masih terpejam. Terlena dibuai mimpi. Tapi biasanya dia bangun awal pagi. Sebelum matahari naik dia dah siap mandi dan berpakaian solat subuh lagi.

" alamak dah lewat dah ni. aduh mimpi apa ni. " mulutnya mengomel sendiri.
Syakir cepat meluru ke tandas mengambil wuduk dan solat subuh. seperti biasa,selepas subuh dia akan bersiap-siap untuk berjogging di sekeliling tasik berdekatan rumahnya.

Telefon tiba-tiba berdering. bingkas dia mencapai. tertera nama samaran kawannya 'Tiger'. tengok nama lah. nama sebenarnya Amir Bin Rosli. Salah seorang kawannya yang baik. masa sekolah dulu Amir ni sangat garang maklumlah anak guru displin. Kemana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi.

"hello"
"Syakir siap-siap jom aku nak ajak kau teman aku pergi Starmall kejap"
"Faiz?"
"dah ajak dah. kau tu cepat. tak pasal-pasal kami belanja aku nasi ayam penyet."
"sorry sikit aku dah siap lama dah."
"kat mana? "
"macam biasa"
" bereh." balas Amir.

"kenapa pulak awal-awal pagi dia ajak aku keluar ni . penting sangat ke? dah buang tebiat ke budak ni?" bisik hatinya.

...........................................................................

"apa yang penting nya amir" Faiz menanya.
" weh aku ada masalah lah "
"haa cerita apa masalah kau" Syakir menyambar
"jap. macam ni ayah aku suruh aku masuk meminang anak Haji Ramli hujung kampung tu, Mariam."
"haa abis tu apa masalahnya kahwin je lah" Faiz membalas sambil menggelakkan amir.
"taknak aku boleh mati aku kalau kawin ngan dia. kau tak ingat dulu masa lepas SPM dulu. masa tu dia kerja kat Pasaraya tu. dia balik malam sebab baru habis kerja. ada budak-budak motor kacau dia"
"ohh si budak Halim tu. menyesal tak habis budak halim tu . berbalut tangan dia." Faiz menyampuk.
"haha kena lah ngan kau tu. garang nak mampus masa sekolah dulu. kau denda aku sebab lambat ke perhimpunan kan?."Syakir menjawab.
Amir menundukkan muka.
"Sorry lah dulu aku jalankan tugasan je. korang pon satu dulu pergi lambat sangat turun dari asrama sapa suruh. padan muka hangpa."
"lekla brother awal lagi nak merajuk".Faiz memujuk Amir.

mereka bertiga ni memang rapat dari sekolah menengah lagi. masa Tingkatan 5 duduk sebaris dalam kelas. Kalau dalam kelas, mereka akan menjadi suspek utama jika ada sebarang masalah. sebenarnya mereka amat disenangi oleh semua orang, cuma kenakalan mereka saja membuatkan orang lain menganggap mereka nakal.

Nasi ayam penyet siap terhidang atas meja. tunggu untuk dimakan saja. Syakir masih termenung di meja.
"apa pulak masalah kau ni Syakir. macam kena sampuk dengan hantu. ke kau syok dengan akak waiter tu."
"eh taklah." Syakir membalas dan hanya tersenyum.
"makan cepat hari ni aku belanja."Amir tersengih.

Amir ni antara orang paling kedekut di dunia tapi harini lain macam dia ni. Amir ni kedekutnya sampai kan satu tingkatan faham perangai dia. Mungkin dia belanja makan ni sebab dah meningkat usia kot.

"so, Amir macam mana dengan Mariam. " Syakir mulakan.
"Aku tak tau nak ckp macam. bapak aku dengan haji ramli tu memang kawan baik. aku rasa serba salah pulak nak tolak permintaan ayah aku. tapi si Mariam tu masakan bercakap. senyum pon tak dengan aku ni"
"tak kenal maka tak cinta". Syakir senyum.
"pandai cakap orang, kau tu Syakir. Apa macam Fitrah?" Kali ni dia terkena panahan Faiz.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience