Rajuk

Short Story Completed 5910

"Sir"
hilang lamunan Syakir apabila sebaik sahaja dikejutkan oleh pemandu teksi. masih terbayangkan apa yang akan terjadi kepada Fitrah setelah dia bercuti ke German. Syakir menyeret bagasinya ke halaman rumah sementaranya di German.

"Syakir..!! "
belum sempat sampai di depan pintu. satu jeritan yang biasa dia dengar. kalai tak salah tu la lah Faiz. Rakan karibnya yang sentiasa mengikutnya kemana sahaja. tapi kali ni tidak. Syakir mendapat sesuatu 'hadiah' daripada Faiz.

"Kir, masok cepat luar tu tak berapa baik. sejuk sangat tu. karang demam. puas pulak aku nak cari ubat." bebel Faiz.

"jap la. beg aku ni dah la berat"
setelah Syakir keluar. teksi pun berlalu pergi. selesai tambang dibayar.

"benda best nak bagitahu kau ni. tapi sebelum tu kau kene siap dulu. hantar beg dalam bilik tu." sambil menunjukkan ke arah pintu yang terbuka.
"Okay. baik boss" Syakir bergurau pula.

beberapa minit selepas itu. mereka pun keluar dari rumah. Faiz memang biasa dengan kawasan sekitar tempat tinggalnya sebab setiap kali ayahnya ke German, dia akan mengikut bapanya.

"kemana kita nak pergi?"
"ikut je lah"
"kau biar betul. kau jangan jual pulak aku kat sini."
"ada ke orang nak kat kau" kali ni gurauan Faiz membuatkan Syakir mengelamun jauh.

"woi..kau terasa ke? aku gurau je la." pujuk Faiz.
"eh takde lah,aku teringat dia lah."
"dah lah tu. kau kan. cuba sesekali kau lupa kan benda tu. dia orang punya. aku bawak kau ke sini sebab tu la." mulut murai berbicara lagi.
"hmm..."
" mana tau kat sini jumpa minah salleh cantik ke "
"ishh kau ni merapu je. kita kat sini sekejap je kan."
"mana tau. jodoh kita tak tau. kau ingat tak Azam" mereka berpandangan mata.

Azam tu sepupu Faiz. tapi entah lah dua pupu ke tiga pupu ke. Azam ni mengembara ke serata dunia. Dia pernah cerita dia pergi outstation dengan dua matlamat pertama kerja tapi yang kedua ni tau tau nk cakap macam mana. asal jumpa je minah cantik buat awek. sampaikan datang malaysia. semata-mata nak jumpa mak ayah Azam tapi nak jadi kan cerita . minggu lepas kawin dengan anak Haji Deraman, Rusma.

"ingat. "
Syakir terus kaku terdiam.

"okay jom kita dah sampai."
"serius lah. Kat malaysia aku ajak gi lepak pantai kau tak nak. kat sini kau beria bawak aku eh."
"kat malaysia lain. sini lain." sambil Faiz mengangkat kening.
"sudah lah otak kuning."
"dah jom kita menikmati pemandangan yang indah sambil tu aku belanja kau aiskrim."

Syakir tersenyum. Hanya Faiz sahaja yang faham apa yang dia alami. Hatinya yang terluka sampai sanggup pergi ke luar negara. Parah sangat ke hati Syakir ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience