Mengubat hati

Short Story Completed 5910

Hanya mesej ditinggalkan kepada Amir selepas melawat Abah di Wad Melati.Selesai subuh di surau. Syakir terus bergegas ke Melaka. Tidak bukan untuk menjemput kekasihnya itu. Tepat pukul 8.25 pagi dia terpacak di depan bilik Fitrah.
"kenapa ni?"
"awak kemana? saya datang bilik awak.awak takde?"
Syakir terdiam. dia tidak buka cerita.

Fitrah bergenang airmata. perlahanan suaranya.
" kenapa awak tinggalkan saya."
" tak. ni saya ada dengan awak ni."
Fitrah terdiam. menundukkan muka. tiba-tiba Fitrah dalam pelukan Syakir.

"kita balik ye."
"kata sehari lagi. " ujar Fitrah.
"saya ada hal sikitlah."
muka Fitrah berubah masam. Syakir serba salah.
"kali ni je .please." Syakir merapatkan tapak tangan.
"okay."
"jom siap-siap"
"tunggu kejap eh."

______________________________________________

Toyota Vios luncur laju ke timur tanpa ada menyimpang ke arah lain. Matanya fokus kearah jalan. Fitrah berdiam diri. masih memikirkan Abah, kawan baiknya Amir dan Fitrah. Dia tak sanggup menipu lagi. Syakir mula berbicara.
" Abah masuk hospital."
"haaa kenapa awak tak cakap dengan saya?"
" saya tak nak beban kan awak."
" awak bebankan diri awak sorang-sorang. saya ada dengan awak."
Syakir terdiam. Fokusnya masih kearah jalan. telinga panas mendengar bebelan Fitrah. Tapi fikirannya hanya untuk Abah.
Sampai di sekitar hospital. Syakir berjalan laju ke arah wad Abah. Zaidon masih lagi terpejam. Syakir terus berada di sisi ayahnya. Tidak lama selepas itu, ayahnya sedar. Syakir mengesat airmata yang mengalir.
"kenapa menangis ni Kir? Abah sihat dah. Nurse tadi dah bagi abah makan ubat. Siapa tu kir?"
"kawan Kir, Fitrah. abah rehat ya. kurangkan bercakap. Kir janji Kir akan sentiasa dengan abah." Air mata Syakir semakin deras. sebenarnya, Syakir mendapat tahu berita dari Amir. Dr Adzlan ada beritahu Abah perlu berehat lama kerana abah perlu jalankan pembedahan besar. terdapat satu pendarah di kepala Abah. keadaan itu mungkin menyebabkan Abah akan berehat selamanya.

"Kir." suara dari belakang memanggil. Faiz dan Amir muncul. Dia terus mendapatkan kawan-kawannya. Mereka yang selalu berada dengan Syakir. Apa-apa masalah mesti mereka orang yang mencari penyelesaian. Fitrah terdiam hujung katil. kadang-kadang, dia melihat telefonnya. seperti ada yang tak kena. Hatinya tidak tenang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience