Renyah

Short Story Completed 5910

Setahun Abah telah pergi. Rumah peninggalan Abah pon Wak Man yang tengok-tengokkan. Sekali dua,Ada juga Syakir singgah melawat kubur Abah. Kawan-kawannya pun dah berkerja. Amir dah selamat berkahwin dengan Mariam. Tak sangka mereka selamat diijabkabulkan. Jodoh semua telah ditentukan.

Syakir memandang kearah pantai. Dari balkoni chelet Pulau Perhentian. Indah tak terkata. Syakir menikmati tiupan bayu. Rambutnya dia sisir angin. Mukanya tenang. Hari itu malam terakhirnya di Pulau Perhentian. Esok dia bercadang hendak pulang melawat Abah, Faiz , Amir, Wak Man , Fitrah. Muka Syakir tiba-tiba berubah. Matanya bergenang. Hatinya cukup mudah untuk mengalirkan air matanya.

Syakir bersandar pada kerusi. Dia tidak senang duduk. Tangan kanannya mula memicit dahi.

"Assalammualaikum."
"waalaikumussalam, Fitrah."
"awak sihat?"
"Alhamdulillah. Awak?"
"Saya sihat cuma penat sikit je."
"kenapa awak call ni? minggu depan saya balik Kampung. Boleh kita jumpa." senyuman manisnya terukir.
" Ohh yeke? ermm."
" macam tak suka je?"
" eh takde la." Fitrah berubah.

" Minggu depan ayah saya nak kahwinkan saya dengan Azhar." nadanya sayu.
"awak jangan bergurau. saya sayang awak Fitrah."
" Saya minta maaf Syakir." Fitrah mula teresak-esak.
"Saya tak percaya. awak tipu saya. awak sengaja nak kenakan saya kan? ni mesti kerja si Faiz kan? " Balas Syakir tanpa dia sedar airmatanya dari kelopak matanya.
"Saya minta maaf sangat-sangat. ini semua keputusan ayah. Saya tak mampu nak buat apa-apa dah". Fitrah terdiam. hanya esakannya jelas terdengar.

Telefon dimatikan. Syakir menghempaskan badannya ke atas katil. Dia terasa kosong . Hanya satu-satunya orang yang dia percaya mengkhianatinya. Dia terasa dirinya dipermainkan. Matanya masih bertakung airmata kesedihan. Fikirannya melayang..

Dia tersedar dari lamunan. Bulan terang malam itu penemanan setianya. Peristiwa berapa hari yang lepas membuatkan kepalanya sangat berat.
Percutian dia kali ini sangat menyedihkan. Walaupun bulan penuh dan terang tapi dia rasa hatinya kosong dan gelap.

"kalau abah ada, mesti abah dengar kata-kata Syakir. Syakir tak kuat abah. Semua ni tak adil. Dia tipu Syakir. Kenapa abah pergi." bisik hatinya.
suasan menjadi gelap seketika. Awan gelap menutupi bulan seolah-olah faham akan perasaan Syakir.

......................................................................
Assalammualaikum
Syakir ada kat mana?. kami dekat Murni Bistro. Jom lepak . Aku belanja.

- Faiz

Mesej baru masuk ke telefon pintarnya dibaca. Faiz mengajak Syakir lepak dengannya di Murni Bistro. Mungkin Amir ada sekali. Baik juga si Mariam. Lepaskan Amir malam minggu macam ni.Syakir mencongak. Tiga sahabat ni tak pernah terpisah. Syakir mencapai kunci keretanya. Lalu terus memandu ke arah pekan Murni.

"amacam sihat ke orang dah berumah tangga ni." Syakir bergurau.
"Alhamdulillah sihat. kau sihat? makin sado sekarang."
" sihat la juga. "
Faiz mencelah." kau buat tak nampak je eh aku kat sini."
" nampaklah. tak kan aku lupa abang handsome kita ni."
" banyak lah kau. jangan lupa order. minta kat mamak tu."
"terbaik." Syakir mengangkat jari ibunya.
Mamak pun bergegas menghantar pesanan Syakir tadi kearah meja mereka bersama mee goreng. Faiz memang hantu mee goreng.
"Kopi Ais lagi ke bang."
"favourite mana boleh tinggal."
mereka ketawa berdekah. ketawa tanpa henti. habis semua cerita zaman kanak-kanak diungkit. Setiap episod ada je yang lawak tak kering gusi. Syakir membuka cerita semasa di asrama. Mereka bertiga pernah di denda 3 hukuman berturut.

Malam tu mereka bersepakat dengan kawan-kawan yamg lain . Hujung minggu, gelanggang futsal jadi sasaran. Line clear. Ustaz Luqman telah pulang ke rumah setelah selesai meronda asrama. Gelanggang futsal penuh malam itu. hampir 15 orang termasuk mereka. seronok bermain tanpa mereka sedar jam sudah lewat 2 pagi. Malang tidak berbau. Ustaz Luqman tenang datang dari belakang blok E. Tidak satu orang pun yang tinggal. hanya seketul bola futsal sahaja yang tinggal. Sebaik sahaja subuh menjelang, Warden yang garang macam harimau telah tunggu dihadapan surau. Selesai subuh, satu persatu nama di panggil. Paling memalukan.

" Syakir !!! Amir !! Faiz !!! mu datang ke depan. sekarang. aku nok mu cari geng-geng mu. jumpo aku depe datarang sura." loghat terengganu bercampur kelantan memang jelas satu persatu.

15 orang tentara siap berkawad dihadapan Surau An-Nur. Mereka didenda kerana melanggar peraturan asrama. Hukuman pertama selesai dijalankan. Dua sebatan ketapak kaki. Hanya tuhan yang tahu betapa sakitnya. Hukuman kedua mereka selesai juga. Berkawad dengan berkaki ayam. Amir anak Cikgu Rosli, guru disiplin. Maka dia lah yang menjadi komandan.
Air kopi disedut. Mereka sambung berdekah.

Cerita disambung oleh Faiz.
mereka di denda berjalan itik sambil menyanyikan lagu ' hang pi mana' . dari Blok Asrama lelaki sehingga Asrama perempuan. Syakir pula kali ini mnjadi penyanyi utama. Mereka rasa malam itu malam yamg sangat bersejarah. Lama jugak mereka jadi bahan ketawa warga sekolah itu. Popular sampaikan ramai cikgu-cikgu sekolah itu mengenali mereka.
Cerita ditutup apabila Amir tiba-tiba mendapat panggilan. Isterinya suruh pulang.

"bini telefon ke bang?" Faiz bergurau.
Amir tersengih. mereke bersalaman dan Amir beransur pulang.Tinggal mereka berdua di situ.

"kau hantar aku boleh?"
"bereh boh."
Faiz tadi diambil oleh Amir. Sengaja dia malas keluar kan kereta dari parkir. Selesai Faiz membayar bil makan di kaunter. mereka pun beransur pulang.
Dalam perjalanan pulang, Kereta Syakir ditahan oleh sekumpulan budak-budak motor dan sebuah kereta Honda. Dia ditarik keluar. Faiz terdiam di dalam kereta. Dari dalam kereta, Dia lihat Syakir ditumbuk. Tak tenang hatinya. Kawan baiknya dipukul tanpa berbincang. Faiz keluar lalu mendapatkan Syakir. Satu persatu budak motor itu dilunyaikan oleh Faiz. Syakir tersandar di tepi kereta. Dia memegang perutnya. Sakit ditumbuk oleh lelaki itu.

Sebelum mereka beredar, ketua kumpulan samseng tu menjerit.
"jaga kawan baik kau tu. jaga kacau bini orang."
Faiz hairan. dia mengangkat Syakir dan segera membawa ke rumahnya. Malam itu juga Syakir menceritakan perkara sebenar .Dia tahu. Lelaki itu Azhar. Tunang Fitrah. Nampaknya bagaimana Fitrah akan kahwin dengan orang yang panas baran seperti dia. Fikirannya tertumpu pada Fitrah.
Syakir bermalam di rumah Faiz.Amir pun telah diberitahu oleh Faiz. Dia berasa terhutang budi kepada Faiz atas apa yang berlaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience