Bab 3

Romance Completed 6228

Tuk tuk tuk!!!

Ketukan datang dari pintu rumah Hazumi. Kelihatan Firah datang menjenguk untuk melihat keadaan Hazumi. Sejak kepergian ibubapa Hazumi, sudah menjadi satu rutin bagi Firah untuk melawat Hazumi dirumah.

"Masak apa malam ni? " Tanya Firah.

Hazumi seorang Yang berdikari. Beliau sendiri tidak mahu menyusahkan makcik Sarah memandangkan makcik Sarah Yang menyara kehidupan mereka berdua.

"Tengah masak ayam sambal je malam ni" jawab Hazumi.

"mmm, sedapnya. Nak makan jugak! " Firah mula teruja.

"Masuklah, nanti Zumi siapkan nasi untuk dimakan" Hazumi mempelawa Firah masuk.

Bagi Hazumi, beliau menganggap Firah sebagai adiknya sendiri memandangkan Firah adalah seorang Yang pendek Dan kecil seperti budak sekolah rendah tetapi hyper.

"Eh, tahu tak Yang Umi budak baru tu ada boyfriend? " tanya Firah.

"Entah.. " balas Hazumi sambil menyedok nasi ke pinggan.

"Dengar kata boyfriend Umi tu budak kelas kita jugak... " Firah mula bergossip.

"ye yee je kau.. mane mu dengar cerita ni?? " soal Hazumi tapi dalam hati dia sudah pun tahu tentang berita tu.

"adalahhh, tapi sekarang dah heboh kat sekolah tentang pengakuan Umi mengenai boyfriend dia.. " cerita Firah.

"Yeke, dah tahu ke siapa boyfriend dia?? " tanya Hazumi.

"Amboi, kepoh jugak mu ye. ingatkan serious je manjang. Entah la, takda siapa pun tau siapa identiti boyfriend Umi tu.. Tapi kan, tak logik jugak kan , baru first time masuk sekolah dah ada boyfriend.. Macamne mereka berkenalan ek? " panjang lebar firah bercakap.

"Dah macam Prince meed dengarnya. Penuh dengan teori konspirasi" Hazumi Cuba melawak.

Firah terus mencubit Hazumi sebab terlalu geram. Tapi dalam hati Firah, dia sebenarnya merasa lega sebab Umi sudah mempunyai kekasih. Jadi dia masih lagi mempunyai peluang untuk mendapatkan perhatian Hazumi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience