Bab 6

Romance Completed 6228

*Tuk tuk tuk... *

Ketukan datang dari pintu rumah Hazumi.

"Sekejappp!! " Hazumi menjawab dari dalam rumah.

"Eh makcik Irah, ada apa ni dalam keadaan sedih? " tanya Hazumi selepas melihat keadaan ibu Firah dalam keadaan menangis.

"Fi, Firah kemalangan " Makcik Irah memberitahu Hazumi dalam keadaan teresak-esak. Makcik Irah tahu Yang Hazumi adalah rakan baik anaknya Dan jiran mereka sejak ibubapa Hazumi ada lagi.

"Di mana Firah sekarang makcik? " tanya Hazumi cemas.

"Firah sekarang berada di hospital. Makcik nak jemput Hazumi pergi ke sana sekarang" Makcik Irah menjemput Hazumi untuk melawat anaknya.

" Baik makcik, sekejap saya bersiap sekarang" Hazumi meluru masuk ke dalam rumah untuk bersiap-siap pergi ke hospital.

Hazumi memastikan semua pintu dan tingkap sudah dikunci dan menulis nota untuk Makcik Sarah jika beliau pulang awal. Jadi Makcik Sarah tidak risau jika Hazumi tiada di rumah.

...

"Firah, kamu okay ke? " tanya Hazumi.

"Eh, Hazumi.. hmmm, Firah okay" jawab Firah.

"Bagus la macam tu.. " Hazumi berasa lega melihat keadaan Firah.

Bapa Firah iaitu Pakcik Ibrahim masuk kedalam bilik setelah berjumpa dengan doktor pakar.

"Macamana keadaan Firah, bang? " tanya makcik Irah.

"Doktor kata Firah perlu menjalani pembedahan di kakinya kerana kecederaan parah pada tulang kaki kanannya dan menasihatkan Firah untuk sentiasa mengelakkan aktiviti lasak Yang boleh menjejaskan keadaan kakinya" kata pakcik Ibrahim.

Firah mula menangis mengenangkan beliau tidak dapat lagi melakukan aktiviti kegemarannya iaitu seni mempertahankan diri Karate-do.

"Jangan menangis Firah, Hazumi janji Yang Hazumi akan belajar bersungguh-sungguh dan menjadi doktor supaya dapat merawat dan menjaga Firah ." Hazumi memujuk Firah.

"Betul ke? " tanya Firah.

"Betul, Hazumi janji. " Hazumi berjanji dengan Firah.

...

Hazumi teringat semula apa Yang terjadi pada tahun lepas. Kerana Firahlah Hazumi belajar betul-betul dan menjadi pelajar terbaik tahun lepas.

Lampu bilik Firah gelap dan hari ni Firah tidak melawat Hazumi di rumah seperti biasa.

Hazumi sebenarnya memasak untuk dua orang malam ni dan sedang menunggu kedatangan Firah. Namun Firah nampaknya masih tidak datang.

"Kenapa dengan Firah hari ni, merajuk ke? " Hazumi bermonolog di dalam hati.

Akhirnya Hazumi tertidur di meja makan setelah penat menunggu kehadiran Firah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience