Bab 7

Romance Completed 6228

Hazumi bersiap-siap untuk pergi ke sekolah. Dia mengejut makcik Sarah untuk memberitahu makcik Sarah tentang sarapan Yang telah disiapkan. Hazumi tahu makcik Sarah selalu kerja lebih masa sehingga pulang lewat pagi. Jadi Hazumi akan sentiasa memastikan Yang dia tidak akan menyusahkan makcik Sarah.

Hazumi membuka pintu pagar kemudian dia terserempak Firah juga sedang membuka pintu pagar .

"Hazumiiii, morninggg... " Firah menegur Hazumi.

"Firah okay ke ni?? " Hazumi terkejut dengan perubahan mood Firah dari suram kepada ceria.

"Okay la, kenapa tanya?" Firah membalas.

"Tak ada apa.. Saje je tanya.. " Hazumi lega Yang Firah dah tak merajuk lagi.

"Hmmm, cantik tak klip rambut Firah yang Firah tengah pakai sekarang? " Firah bertanya pada Hazumi.

Hazumi memandang klip Yang dipakai oleh Firah. Klip rambut berbentuk seperti kucing Yang bercorak apricot tiger.

"Okay la.. Kenapa tanya? " jawab Hazumi.

"Huh, salah ke kawan sejak kecil nak tanya soalan macam tu" Firah mencebik.

"Ye ye, comel. Tak kata salah pun" Hazumi Cuba memujuk.

Firah mengepamkan pipinya sebagai tanda protes.

...

Cikgu Zaki masuk ke dalam kelas.

"Baik hari ni cikgu akan mengajar selama setengah jam saja sebab sebentar lagi cikgu ada mesyuarat dengan pengetua. Jadi masa Yang ada tu nanti cikgu nak kamu siapkan kerja Yang cikgu berikan ya" Cikgu Zaki memberi penjelasan.

Cikgu Zaki adalah ketua Guru kelas 3 Beta Dan juga Guru kelas sejarah.

Bagi Hazumi, belajar Sejarah adalah mudah kerana dia hanya perlu menghafal fakta dan menyusun kronologi Sejarah. Disebabkan itu dia selalu mendapat A setiap kali peperiksaan Sejarah. Tetapi lain pula bagi Umi. Baginya sejarah itu sukar untuk difahami oleh logik akalnya kerana baginya sejarah Yang ditulis itu seolah-olah kekurangan fakta Yang lengkap. Walaubagaimanapun Hazumi Dan Umi adalah antara pelajar terbaik Sejarah. Cuma cara mereka memahami sejarah adalah berbeza.

"Baik, cikgu kena keluar sekarang. Jangan lupa siapkan esei Sejarah Yang cikgu berikan. Esok Ketua kelas akan kutip buku esei kamu untuk diperiksa" Jelas Cikgu Zaki.

"Baik cikgu!!! " Jawab semua pelajar serentak.

Firah datang ke meja Umi.

" Kenapa Firah tiba-tiba datang ke meja Umi?? " Hazumi bermonolog didalam hati.

" Tolong ajar Firah macamana nak memikat hati crush kita? " Firah memohon tunjuk ajar dari Umi.

" Fir Firah ada crush? " Hazumi terkejut.

" Ada lah.. Ingat Hazumi sorang je ke ada perasaan.. " Firah menjawab.

"Errr.. " Hazumi terkelu tapi dalam hati sebenarnya dia adalah mangsa keadaan.

"Ho-uh, menarik. Nak tarik perhatian crush. Kamu mesti menjadi orang no 1 dalam kelas. " Umi memberi cadangan.

"Haa periksa lambat lagiii.. " Firah mengeluh.

"Kalau macam tu kamu cuba bermain alat muzik. Orang Yang bermain alat muzik nampak cool. " Umi memberi cadangan lagi.

"Nak main apa? lagipun Firah bukan pandai pun nak main alat muzik. Karate pandai la. " Firah menjawab.

"Cuba alat muzik gitar. Tak perlu main pun. Cuma bawa je beg gitar. Baru nampak macam gitaris. Lagipun dalam kelas mana boleh main gitar." Umi menerangkan pada Firah.

" Macamana kalau ada orang pegang beg tu dan tahu dalamnya kosong? " Firah bertanya jika ada Yang perasan nanti.

" Tak perlu risau. Kalau ada orang cuba sentuh beg tu. Terus marah dia dan cakap . Gitar ni mahal tau, kalau nak sentuh mesti ada rm4500 dalam poket " Umi menjawab.

" Mana korang nak dapat beg gitar tu? " Hazumi bertanya.

Umi dan Firah memandang Hazumi sambil tersengih.

" Apaaaa?? " Hazumi terlupa Yang dia ada gitar. Maka beg gitarnya lah Yang akan menjadi mangsa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience