Bab 8

Romance Completed 6228

*OPS Popular*

Firah bersiap sedia untuk menjalankan operasi popular di sekolah. Untuk itu, Firah perlu berjumpa dengan Hazumi untuk meminjam beg gitar miliknya.

"Zumi,Mana beg gitar tu? " tanya Firah.

"Sekejap, ada gitar lagi" Hazumi sedang mempersiapkan beg gitar untuk Firah.

"Hmm, nak tanya sikit boleh tak? Kenapa Firah tiba-tiba nak jadi popular? " tanya Hazumi kerana hairan dengan sikap Firah. Selalunya Firah ni tidak terlalu mengejar populariti walaupun dia ada lah seorang Yang ceria.

"Biarlahhh, uuuu. " Firah menjelir kan sedikit lidahnya.

"Hmmm okay la.. Tak kesah sangat pun.. Asalkan Firah gembira dan bahagia" Hazumi menjawab.

Firah hanya mendiamkan diri . Situasi tiba-tiba menjadi kekwat atau orang utara sebut sebagai awkward. Tiba-tiba Umi munculkan diri.

"Persiapan semua dah siap ke? " Umi bertanya.

"Siappp!! " Firah menggalas beg gitar Hazumi.

"Kalau macam tu kita akan mulakan ops kita ni selepas waktu rehat ni. Target kita adalah Rudy dari kelas 3 Alpha" Umi memberi kata-kata semangat kepada Firah. Umi dan Firah dah berbincang terlebih dahulu tentang niat Firah untuk melakukan operasi ini adalah untuk menarik perhatian Rudy.

"Aye aye captain" Firah membuat gaya seperti lagu ost spongebob. Firah pergi meninggalkan bilik muzik.

...

Hazumi sebenarnya terkejut dengan pengakuan Firah tentang niatnya untuk menarik perhatian Rudy. Setahu Hazumi, Rudy adalah pemain kelab bola sepak dimana beliau mempunyai banyak peminat. Firah pasti akan kecewa jika Rudy menolak hasrat hati Firah nanti.

"Rasa tak sedap hati la dengan plan ni. Kenapa mesti Rudy... " Hazumi meluahkan rasa hatinya pada Umi.

"Ho-uh, Zumi masih fikirkan perasaan perempuan lain di depan Umi ya" Umi bertanya.

"Kenapa pulak tak boleh? Firah tu kan kawan sejak Hazumi kecil lagi. Lagipun kita ni kan Fake Relay je. Bukan betul pun" Hazumi memberi alasan.

"Still Hazumi kena laksanakan tanggungjawab sebagai bf Yang betul. Jadi tak boleh cuba-cuba beri perhatian pada perempuan lain." Nada Umi seakan-akan tegas tapi sinis.

"Jangan-jangan ni plan Umi untuk kenakan Firah!!! " Hazumi mula mengagak memandangkan perubahan Firah Yang terlalu ketara dan plan Yang tak masuk akal.

"Kalau ya, kenapa? " Umi menjawab.

"Tchh... " Hazumi keluar untuk mencari Firah.

"Berhenti, kalau Hazumi pergi jugak. Umi akan bocorkan rahsia Hazumi pada semua orang. " Umi mengugut.

Hazumi tidak berkata apa-apa dan meninggalkan Umi.

...

"Cis, dah terlambat" Hazumi mengeluh kerana Firah dan Rudy dah pun bertemu. Kini mereka berdua ada didepan mata Hazumi. Hazumi pasrah jika Firah akan kecewa lagi.

"Hoho tak sangka Firah ni pandai main gitar ye. Nampak kool. " Rudy memuji Firah.

"Hehe, Sikit-sikit je. Bukan selalu main pun . Sebab tu jarang nampak" Firah merendah diri.

"Sabtu ni free tak? Rudy nak ajak Firah dating" Rudy mengajak Firah untuk keluar.

"Hmm, okay" Firah menerima pelawaan Rudy.

"Ehhh, camtu je" Hazumi mula pucat bila mengenangkan sangkaan dia salah dan meninggalkan Umi dalam keadaan marah.

....

"Alamakkk, macamana nak menghadap Umi nanti" Hazumi Cuba memikirkan cara untuk memujuk Umi.

Umi masih lagi menunggu di bilik muzik. Kelihatan wajahnya garang. Tangannya disilangkan. Kaki kirinya dihentak-hentak seolah-olah sedang memijak sesuatu Demi melepaskan geram.

"erkk, hehehe. Sorry" Hazumi Cuba pujuk Umi.

"Huhh, tiada sorry untuk Hazumi" Umi mencebik.

"Abis, Umi nak Hazumi buat apa? " tanya Hazumi.

"Teman Umi keluar sabtu ni.. " Umi menjawab.

"Keluar? Pergi mana? Buat apa? " Hazumi bertanya soalan bertubi-tubi.

"Ikut je laaa" Umi menjegilkan mata pada Hazumi.

"Baikkk" Hazumi cuma ikut flow.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience