Bab 1

Romance Completed 6228

"Hazumiiii!! " jerit Firah memanggil Hazumi keluar.

HA. ZU. MI.!!!

"Ye ye, dah siap dah ni " Hazumi sedang mengikat tali kasutnya.

Firah adalah kawan sejak dari tadika lagi Dan merupakan jiran kepada Hazumi. Semenjak kepergian ibubapa Hazumi, keluarga Firah Yang membantu menjaga Hazumi sementara menunggu makcik Sarah berpindah ke rumah Hazumi.

Hazumi Dan Firah menuju ke sekolah dengan berjalan kaki memandangkan jarak ke sekolah tidak jauh.

"Hmm, Hazumi! " Firah memulakan perbualan.

"Ye, kenapa? " Hazumi bertanya.

"Dengar cerita ada seorang budak baru masuk tahun ni, namanya Umi" cerita Firah kepada hazumi.

"Yeke, okay" Hazumi membalas selamba kerana dia sedang fokus membaca buku.

Hazumi berhasrat untuk masuk ke Universiti Awam no 1 di Malaysia iaitu Universiti Malaya dalam bidang medik. Beliau bukanlah seorang Yang genius namun berkat usahanya, Hazumi berjaya mendapat tempat pertama pada tahun lepas.

...

Cikgu Zaki masuk kedalam kelas tingkatan 3 beta.

" Baik, saya adalah guru kelas 3 beta. Hari ni saya nak susun kedudukan tempat duduk. Semua pelajar boleh mencabut undi di depan Dan duduk di no meja masing-masing" terang cikgu Zaki.

Hazumi mencabut undi di depan Dan mendapat no 25. Meja di no 25 ada lah di bahagian pling belakang ditepi tingkap.

"Okay jugak duduk di belakang ni" Hazumi bermonolog dalam hati.

"Alahhh, dapat no 3" Rungut Firah sebab tak dapat meja Yang berhampiran dengan Hazumi.

Umi bergerak menuju ke meja kosong di sebelah Hazumi. No yang Umi dapat adalah no 24. Semua pelajar lelaki dalam kelas 3 Beta memberikan pandangan cemburu terhadap Hazumi kerana budak baru duduk di sebelahnya.

"Errr, kenapa aku merasakan ada aura Yang hendak membunuh aku" Hazumi bermonolog dalam hati setelah semua pelajar lelaki memandangnya.

Umi mempunyai rupa paras Yang cantik. Rambut Yang panjang melebihi paras bahu. Tubuh badan Yang tinggi dan ramping seperti seorang atlet. Dan mempunyai mata Yang cantik seperti gadis Arab. Jadi tidak hairanlah Umi mempunyai banyak peminat walaupun baru sahaja berpindah ke sekolah ni.

"Hai, nama saya Umi" Umi memperkenalkan diri.

"Hazumi, selamat berkenalan" sambut Hazumi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience