BAB 4

Romance Completed 3154

“Masih ada masa setengah jam lagi sebelum uji bakat tu berakhir. Awak masih ada masa lagi untuk buktikan bakat awak. Jom!” Aku terpaku seketika. Mendengar kata-katanya itu, aku merasakan harapan yang tadinya layu kini kembali segar semula. Tanpa ragu, aku mengikut langkahnya kembali ke arah bilik uji bakat yang telah aku tinggalkan tadi. Seperti yang aku jangka, Nia dan Tiara terkejut memandang aku.

“Ahmad, kenapa you bawa dia datang sini? Kan ke…” Ahmad mengangkat tangan, memberi isyarat agar Nia diam.

“Kalau kau tak nak uji bakat dia, biar aku yang buat.” Selamba sekali dia berkata-kata sambil duduk di kerusinya. Wajahku dipandangnya dengan senyuman manis.

“Awak boleh mula…” Aku mengangguk. Jari-jemariku mula memetik gitar yang aku bawa bersama. Lagu kegemaranku, Kisah Dongeng aku nyanyikan dengan sepenuh perasaan. Walaupun dengan hanya menggunakan gitar, aku tetap dapat menghayatinya dengan baik. Usai menyanyi, aku menundukkan kepalaku tanda ucapan terima kasih.

“Great!” Ahmad menepuk tangan tiba-tiba. Aku mengangkat muka, merenungnya dengan rasa tidak percaya. Ketika itu, aku dapat menangkap jelingan tajam Nia dan Tiara.

SEJAK itu, hubungan aku dengan Ahmad semakin baik. Hampir setiap hari dia datang mencariku. Sungguh, aku benar-benar terharu dengan sikapnya yang benar-benar mengambil berat akan diriku.

Dia juga selalu menemani aku setiap kali aku mahu berlatih menyanyi untuk persembahanku nanti. Aku sudah bersedia untuk persembahanku malam ini. Dalam debaran menanti giliran di belakang pentas, Nia dan Tiara tiba-tiba datang mendekatiku.

Melihat mereka, debaran di hatiku semakin menjadi-jadi. Apa sebabnya, aku sendiri tidak pasti. Tetapi hatiku bagai dapat menghidu sesuatu yang buruk bakal berlaku.

“Hmm… cantiknya penyanyi kita ni malam ni. Siap pakai reben lagi…” Nia mencuit rambut yang aku ikat satu dengan reben ini. Aku tertunduk. Sungguh aku tidak berani berdepan dengan kedua-dua gadis ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience