BAB 6

Romance Completed 3154

“Awak nak tarik diri?” Tekaannya itu hampir-hampir membuatkan aku menangis. Sesungguhnya, Ahmad sentiasa mengerti rasa hatiku.

“Kenapa?” soalnya lagi.

“Tempat saya bukan kat sini…”

“Siapa kata?” pintasnya. Aku menunduk. Kolam mataku terasa panas. Apa yang perlu aku lakukan sekarang?

“Nia dengan Tiara ada cakap apa-apa ke pada awak?” Aku diam. Tidak mahu menceTiara kan perkara sebenar.

“Dia orang cakap apa?” Ahmad tetap mendesak agar aku berceTiara. Aku menggeleng-geleng.

“Tak cakap apa-apa. Cuma saya yang nak tarik diri. Saya tak yakin dengan diri saya…” Aku tidak tahu sama ada dia percaya atau tidak. Yang pasti, aku sudah tiada alasan lain lagi. Aku tidak mahu memburuk-burukkan nama Nia dan Tiara di depannya. Ahmad mengeluh. Aku memberanikan diri memandangnya.

“Saya minta maaf…” Aku tidak tahu untuk apa ucapan maaf itu. Tetapi hatiku mendesak agar aku berkata begitu. Adakah aku sudah mengecewakannya?

“Awak tak patut tarik diri…”

“Tapi…”

“Iqa, dengar sini.” Ahmad merenung tepat ke dalam mataku.

“Awak kena yakin dengan diri awak. Percaya yang awak boleh buat. Kalau orang lain boleh, kenapa awak tak boleh?” Aku diam. Hati dan perasaan terus berperang sesama sendiri.

“Satu yang saya nak awak tahu, awak terlalu penting untuk saya. Saya akan selalu ada untuk awak, tak kira apa saja yang jadi.” Kata-katanya itu ibarat salju yang menyejukkan seluruh ruang hatiku. Sungguh, aku terharu. Betapa pentingnya aku ini buat dirinya. Adakah kata hatinya serupa dengan kata hatiku?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience