BAB 3

Romance Completed 3154

“Awak tahu tak, epal ni boleh ubat kesedihan orang? Orang yang tengah nangis pun boleh ceria balik lepas makan epal.” Aku bagaikan terpaku mendengar kata-katanya itu. Aku tahu itu semua auta. Langsung aku tidak percaya dengan kenyataannya itu. Tetapi entah kenapa, hatiku yang kecewa tadi bagaikan terubat sedikit. Perlahan-lahan epal di tangan kirinya aku ambil.

“Terima kasih,” ucapku perlahan.

“Saya Ahmad,” ujarnya memperkenalkan diri.

“Luna,” balasku pula. Dia tersenyum memandangku. Bagaimana harus aku menggambarkan senyumannya itu? Amat manis dan hampir membuatkan hatiku ini terpaut padanya.

“Saya dah lama perhatikan awak…” ujar Ahmad sambil tangan kanannya bermain-main dengan sebiji lagi epal.

“Perhatikan saya?” Aku mengerutkan dahi memandangnya. Dia mengangguk.

“Saya selalu tengok awak sorang-sorang kat sini.”

“Saya tak ada kawan…” Perlahan ayat itu kututurkan. Aku tidak tahu kenapa begitu mudah aku berkata begitu padanya. Seolah-olah mengadu pula. Sedangkan, aku tidak kenal siapa dia, dan dia tidak kenal siapa aku. Adakah itu kerana aku mula merasakan ada keserasian antara kami? Tetapi, mustahil dalam masa yang singkat ini aku boleh merasakan semua itu.

“Kalau macam tu, biar saya yang jadi kawan awak. Boleh?” Aku pandang wajahnya dengan rasa tidak percaya. Benarkah dia sudi berkawan denganku? Dia tersenyum lagi.

“Awak nak menyanyi masa majlis tu nanti, kan?” soalnya. Aku diam. Hanya kepalaku yang terangguk-angguk. Memang itu yang aku inginkan. Tetapi, kalau sudah tiada ruang buatku, untuk apa lagi aku berharap?

“Jom! Ikut saya,” ajaknya sambil bangkit berdiri. Aku hairan.

“Nak ke mana?” Ahmad memandang jam tangannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience