BAB 8

Romantic Comedy Series 25206

Azira tiba di tempat kejadian. Pembunuh itu telah meletakkan mayat Raihana di sebelah tanah perkuburan. Azira merasakan seperti dirinya diperhatikan oleh seseorang tetapi segera dia tepis jauh jauh perasaan tu. Dia mendengar seperti ada bunyi tapak kaki sedang berjalan menuju ke arahnya. Dia tak berani memusingkan kepalanya kebelakang, tiba tiba satu tangan menyentuh bahunya. Azira terus berlari ke keretanya, dalam keadaan yang kelam kabut dia menghidupkan enjin dan terus pulang ke rumah.

Sesampainya di rumah dia terus demam. "Hahahahaha tu lah , pi lagi sana malam malam buta. Kan dah kena tegur. Takpe esok baiklah demam awak ni"kata Mirza yang geli hati mendengar cerita Azira. "Kawan dah kena macam ni still lagi nak gelakkan. Apa punya kawanlah"Azira memuncungkan mulutnya tanda merajuk. Pantang kena kacau sikit merajuk. Budak manja ..

*TOKTOKTOK*

Bunyi ketukan yang kuat itu mengejutkan mereka berdua. Mirza segera berlari ke pintu sambil memegang pistol miliknya. Apabila pintu dibuka tiada siapa diluar. Namun sepucuk surat telah diletakkan diaatas rak kasut. Mirza mencapai surat itu dan segera masuk kedalam rumah. Mereka membuka surat itu. Ia tertulis 'NIWZA HAJIDAHK' dan terdapat cebisan otak manusia .

Mirza dan Azira memutuskan untuk membawa surat itu ke balai polis pada esok hari memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi dan pembunuh tersebut baru sahaja mengetuk pintu rumah mereka dengan kuat. Menandakan dia ada berdekatan mereka. Keselamatan mereka tidak terjamin jika keluar dari rumah itu sekarang. Namun satu perkara yang pasti. Esok akan ada mangsa baru dijumpai dengan keadaan yang mengerikan...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience