Series
25206
Keesokan paginya negara dikejutkan lagi dengan penemuan mayat dalam keadaan yang sangat mengerikan. Ia menimbulkan perasaan takut dikalangan masyarakat. Pembunuh bersiri kini ada dikalangan mereka menyebabkan semua perempuan tidak keluar rumah kerana ketakutan.
"Petunjuk yang kita ada setakat ni tentang mangsa kedua cuma nama dia. Aishah Raihana. Kali ni ada apa apa organ yang hilang dari mangsa ?"Zafril buntu memikirkan kes ini. Dah 6 tahun dia bekerja sebagai polis, inilah kes pertama yang tiada apa apa petunjuk atau saksi. Tiada siapa yang melihat atau mendengar siapa dan dimana mangsa dibunuh.
"Ada Zaf, cuping telinga kanan mangsa hilang. Ada sebuah keluarga akan datang nanti untuk memastikan sama ada itu anak mereka atau tidak. Menurut mereka anak perempuan mereka yang bernama Raihana, 17 tahun hilang sejak 2 hari lepas"jelas Mirza.
"Saya yakin itu anak saya Raihana. Jam tangan yang dipakai tu, saya yang hadiahkan kat dia sempena hari jadi dia bulan lepas"kata Encik Kamil, ayah kepada mangsa. Ibunya tidak mampu untuk melakukan pengecaman mangsa kerana terlampau sedih.
"Baiklah pak cik, terima kasih atas kerjasama yang diberikam. Insya Allah kami akan menangkap pembunuh kejam ni secepat mungkin"Azira berkata penuh simpati sambil mengiringi keluarga mangsa ke kereta.
"Azira, kitorang dah tau apa kaitan antara mangsa. Kedua dua mangsa berusia 17 tahun, bersekolah disekolah yang sama dan berada di kelas yang sama"kata Nazafee setelah mengesahkan maklumat tersebut. "Maknanya dorang kenal antara satu sama lain. Siasat kalau ada lagi yang berkawan rapat dengan dorang"Azira merasakan dirinya semakin dekat untuk menangkap pembunuh tersebut.
Malam itu sekali lagi Azira dan Mirza menerima sepucuk surat misteri. Isi kandungannya ialah cuping telinga dan ayat '4 SNIAS AHPLA , ROBMON 33'
"4 sains alpha, nombor 33. Apa maksudnya tu?"Mirza berasa keliru. Tanpa melengahkan masa mereka terus menghantar cuping telinga itu ke jabatan forensik.
"Saya nak pergi ke tempat kejadian sekejap, awak nak terus balik or ikut saya?"soal Azira yang nyata mengejutkan Mirza. Siapa yang pergi ke tempat pembunuhan waktu tengah malam begini?
"Err saya balik rumah dululah. Saya balik naik teksi je. Jangan balik lambat sangat, dah pukul 12.30 malam dah ni"Mirza tiba tiba merasa seram sejuk. Berani betul kawan aku yang sorang ni. Mirza berkata didalam hati. "Ok"setelah memberikan sedikit duit kepada Mirza, Azira terus memecut laju ke tempat kejadian.
Share this novel